Selasa, 26 Ogos 2025

PROJEK MEMANDULKAN HIZBULLAH



Israel sedia berundur secara berfasa dari Lubnan, jika Hizbullah lucutkan senjata - Netanyahu

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, memberi jaminan akan melaksanakan 'pengunduran berfasa' tentera Israel jika Beirut merampas senjata kumpulan Hizbullah.

Selepas perang antara Israel dan Hizbullah yang disokong Iran tahun lalu, tentera Lubnan dikerahkan ke selatan negara itu bagi membongkar infrastruktur kumpulan militan itu.

Isu pelucutan senjata Hizbullah menjadi persoalan rumit di Lubnan, dengan Kabinet sudah mengarahkan tentera merangka pelan bagi merampas senjata pejuang itu menjelang akhir tahun.

Ketika ini gencatan senjata masih berjalan dalam usaha menamatkan perang, Israel masih melancarkan serangan ke atas Lubnan dengan alasan ia akan diteruskan sehingga Hizbullah melucutkan senjata.

Tentera Israel juga terus menduduki lima kawasan di selatan yang dianggap strategik.

"Israel bersedia menyokong Lubnan dalam usahanya melucutkan senjata Hizbullah dan bekerjasama ke arah masa depan yang lebih selamat serta stabil untuk kedua-dua negara," kata Netanyahu dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu, Israel turut mengiktiraf 'langkah penting yang diambil kerajaan Lubnan'.

Sekiranya kerajaan Lubnan melaksanakan rancangan itu, Netanyahu berkata, Israel bersedia mengambil 'langkah timbal balik, termasuk pengurangan berfasa kehadiran tentera Israel (IDF) dengan penyelarasan mekanisme keselamatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS)'.

Hizbullah menjadi satu-satunya puak yang mengekalkan senjata selepas perang saudara Lubnan 1975–1990, tetapi didakwa lemah selepas perang tahun lalu dengan Israel.

Awal bulan ini, pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, berikrar menentang rancangan kerajaan Lubnan untuk melucutkan senjata kumpulannya.

Minggu lalu, utusan khas AS, Tom Barrack, menggesa Israel menghormati komitmen gencatan senjata yang menamatkan perangnya dengan Hizbullah.

"Ada pendekatan langkah demi langkah, tetapi saya fikir kerajaan Lubnan sudah melakukan bahagian mereka. Mereka sudah ambil langkah pertama. Kini yang kita perlukan ialah Israel mematuhinya," kata Barrack ketika bertemu pegawai Lubnan di Beirut.


JIKA HIZBULLAH

JIKA HAMAS

ISLAMIK JIHAD

LETAK SENJATA

MAKNA MEREKA

SERAH DIRI

AMIN

JADI BARUA

ZIONIS ISRAEL 

MACAM AL-FATAH

MACAM PLO

KHALAS

Tiada ulasan: