Jumaat, 19 September 2025

SIAM DAN KAMNOJA BERGASAK LAGI




Thailand-Kemboja kembali bergolak

PHNOM PENH: Pemimpin Kemboja, Hun Manet mendakwa tentera Thailand menghalang lebih 20 keluarga daripada kembali ke rumah mereka di sempadan yang dipertikaikan.

Perkara itu dinyatakan dalam suratnya kepada ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini.

Menurut tentera Thailand, penduduk Kemboja itu didakwa menduduki secara haram wilayah Thailand.

Dua negara jiran di Asia Tenggara itu bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata pada akhir Julai lalu, susulan pertempuran selama lima hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang daripada kedua-dua belah pihak.

Pertempuran itu adalah siri terbaru pertikaian berpanjangan mengenai kuil purba yang menjadi rebutan di sepanjang sempadan 800 kilometer mereka.

Sejak itu, kedua-dua pihak saling menuduh melakukan pelanggaran gencatan senjata.

Semalam, pasukan tentera Thailand melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan Kemboja dalam konfrontasi di sebuah kampung di sempadan yang dipertikaikan.

Phnom Penh berkata tindakan itu mencederakan hampir 30 orang, termasuk seorang askar dan seorang sami Buddha.

Dalam surat bertarikh 17 September kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Hun Manet, berkata pasukan tentera Thailand meluaskan zon konflik dengan mendirikan kawat berduri dan sekatan, serta mengusir penduduk Kemboja dari tanah yang telah lama diduduki di dua perkampungan sempadan di wilayah Banteay Meanchey di barat laut sejak bulan lalu.

"Dua puluh lima keluarga dihalang daripada memasuki rumah dan ladang mereka," tulis Hun Manet sambil menambah jurucakap tentera Thailand mengancam untuk melakukan lebih banyak pengusiran, yang berpotensi menjejaskan ratusan isi rumah yang terdiri daripada kira-kira seribu penduduk.

Jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree, dalam satu kenyataan hari ini berkata, penduduk Kemboja yang terbabit dalam insiden keganasan sehari sebelumnya telah mencetuskan kekecohan dengan sengaja dan menduduki wilayah Thailand secara haram.

Winthai juga menuduh anggota tentera Kemboja gagal campur tangan pada semalam apabila penduduk kampung Kemboja membawa kayu panjang sebagai senjata, menunjukkan niat untuk mencederakan pegawai Thailand dan merobohkan halangan Thailand.

Video yang dikeluarkan oleh tentera Thailand lewat semalam menunjukkan pasukan keselamatan Thailand melepaskan gas pemedih mata ke arah beberapa penduduk Kemboja, yang mana sebahagian daripada mereka melontarkan kayu panjang ke arah pihak berkuasa Thailand dan cuba membuang kawat berduri.

Dalam suratnya, Hun Manet memberitahu ketua PBB bahawa tentera Thailand mempunyai niat untuk menggunakan kekerasan bagi merampas wilayah di 17 lokasi lain di sepanjang sempadan bersama itu.

Beliau juga meminta Malaysia, selaku pengerusi semasa blok serantau ASEAN, untuk menggesa Thailand supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap penduduk awam dan menghentikan rancangan pengusiran secara paksa.

Pertempuran ketenteraan Julai lalu antara Kemboja dan Thailand adalah yang paling mematikan dalam tempoh beberapa dekad, dengan 300,000 orang turut terpaksa melarikan diri dari rumah mereka di sepanjang sempadan. - AFP

DUA MUSUH

SUSAH NAK

BERDAMAI

AMIN

BULAN DEPAN

BOLEH BERGADUH

DI KUALA LUMPUR

AMIN

TRUMP ADA

XI JIN PING ADA

AMIN

TRUMP SOKONG

SIAM

XI JIN PING SOKONG

KAMBOJA

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan: