Jumaat, 19 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 19 SEPTEMBER 2025

PUPPY PUTIH


SELAMAT JALAN PUPPY PUTIH
Pagi ini gua  seperti biasa masuk ke Hokkien. Langit kelam. Matahari tak  muncul. KL & KL Sentral berkabus.

Di pintu masuk Cengkerik bersimponi. Cuaca basah  gumbira untuk Cengkerik. Dari jauh gua dengar suara Tekukur. Tapi  suara Warga Hokkien mula kedengaran. 

Lagi rapat gua ke depan Pokok Ara lagi kuat bunyi mereka menyalak. Gua naik ke Wakaf – kosong. Gua terus menuju ke wilayah Puppy.    Dua Puppy datang berkejar. Mereka tahu gua bawa makanan. Ayah dan Emak juga datang nak makan sama.

Kemudian saya pergi ke tempat mayat Puppy Putih. Gua  kapankan Puppy Putih dengan plastik agar tidak di hurung lalat. Gua bercadang petang nak cari cangkul.

Tertiba dua Pekerja Kubur – anak muda Bangla  bermotor – gua tahan. Gua  minta dia gali kubur. Tapi dia tidak ada cangkul tapi akan  cari cangkul. 

Ha ha ..tak lama kemudian mereka datang kembali dengan cangkul.  Gua pilih bawah Pokok Cempaka Putih untuk makam Puppy Putih. Selesai menggali kami  kebumikan Puppy Putih di bawah Pokok Cempaka Putih.

Gua juga janji nak  beri upah pada Bangla ini. Tapi gua tak ada bawa dompet. Lalu kami bertukar no talipon.

Hakikatnya manusia baik dalam dunia ini ramai. Kita boleh bertemu mereka di mana-mana. Inilah indahnya dunia ini. 

Kawan gua Hijrah -  dari Melbourne Australia kata : Mungkin Puppy Putih mati di racun. Untuk gua tak mungkin kalau di racun – adik beradik semua mati. Gua rasa Puppy Putih mati kena langgar.  

Apa pun Puppy Putih telah selamat di makamkan dalam Makam Hokkien di bawah Cempaka Putih. AMIN

AMERIKA
Trump selesai lawatan ke UK. Dia beri cadangan pada PM Starmer agar guna tentera untuk lawan pendatang haram.

NEW YORK
Amerika veto resolusi  Majlis Keselamatan PBB. Resolusi ini mahu  gencatan senjata di Gaza dan perang di tamat.

AMERIKA
Trump ancam stesen TV di Amerika . Trump nak tarik lesen mereka kerana mengikut Trump tiap malam buat berita anti-Trump.

FRANCE
Presiden Macron beri maklumat  saintifik pada mahkamah Amerika untuk buktikan Isterinya yang sekarang  bukan lahir jantan. Macron sedang saman satu Minah Amerika yang buat cerita Isteri Macron ini di lahirkan jantan.

UK
Mungkin hari ini – hari Jumaat UK akan umum untuk iktiraf negara Palestin.

KAMBOJA – SIAM
Gaduh sempadan berebut Kuil lama  bermula kembali. Sia tembak gas pemedih mata pada warga Kemboja.

BRO
SENYUM
SENYUM KITA
SAMBUT PAGI JUMAAT

BRO
Berbuat baiklah pada semua hidupan. Kebaikan itu akan  sampai juga pada kita.

BRO
Jangan remehkan kebaikan walau pun ianya kocik.

BRO
Berbuat baik adalah pelaburan yang paling  menguntungkan kepada   dunia ini.

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: