Ahad, 9 November 2025

KERAJAAN LEMAH MUDAH KENA PAU



Pengerusi PH Sabah letak jawatan menteri

Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota kabinet kerana tidak bersetuju dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu hak 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) yang memegang jawatan menteri pembangunan usahawan dan koperasi itu berkata dia berpegang teguh kepada prinsip dan matlamat penubuhan partinya yang memperjuangkan pelaksanaan MA63 serta hak-hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sangat janggal untuk saya meneruskan keanggotaan dalam kabinet persekutuan dengan pendirian AGC tersebut yang saya percaya akan kekal menjadi pendirian mereka.

"Pendekatan mereka melihat hak 40 peratus Sabah selama tiga tahun saya berada di Kabinet Persekutuan sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai presiden Upko," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ewon berkata dia akan mengutus surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah itu berkata dia telah meneliti penghakiman bertulis Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLC).

Jelasnya, pendirian dan pandangan yang dinyatakan AGC yang dinyatakan dalam penghakiman bertulis itu mengabaikan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia yang mencakupi syarat-syarat persetujuan Sabah menyertai penubuhan Persekutuan Malaysia sepertimana dinyatakan melalui dokumen-dokumen asas perlembagaan.

“Saya kekal dengan pendirian agar AGC seharusnya tidak memfailkan rayuan, sebaliknya memulakan perundingan dengan Kerajaan Sabah untuk melaksanakan hak 40 peratus tersebut,” tegasnya.

Pada 18 Okt, Ewon menerima resolusi yang diluluskan oleh bahagian Upko, menggesa dia untuk meletak jawatan jika AGC membuat rayuan berhubung hak 40 peratus hasil Sabah.

Kerajaan masih belum memfailkan rayuan tetapi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada awal Sabtu berkata penghakiman bertulis setebal 109 halaman itu sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober memutuskan untuk memihak kepada semakan kehakiman SLS, mengesahkan bahawa Sabah berhak secara perlembagaan kepada 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip daripada negeri di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah juga mengarahkan kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyemak dan menyelesaikan tunggakan dalam tempoh 180 hari untuk "tahun-tahun yang hilang" dari 1974 hingga 2021, apabila tiada semakan bahagian hasil Sabah dijalankan.

KERAJAAN
MADAFAKA LEMAH
TAK ADA SOKONGAN
MAJORITI
AMIN
SABAH SARAWAK
SEDANG PAU
AMIN
BILA KERAJAAN
LEMAH BANGLA
PUN BERANI BERAK
KHALAS

Tiada ulasan: