Rabu, 31 Disember 2025

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2026


UCAPAN  SELAMAT

TAHUN BARU 2026

AMIN

TERUSKAN BERSUARA UNTUK RAKYAT


TERUSKAN

BERSUARA

UNTUK RAKYAT

KE TAHUN  2026

KHALAS

SUKA KENA HINA TAU SUKA KENA KENCING ?


SUKA KENA HINA

ATAU

SUKA KENA KENCING

KAH KAH KAH

KHALAS

ADA KUASA BOLEH BUNUH MUSUH POLITIK

 

BILA ADA KUASA

BOLEH GUNA

JENTERA KERAJAAN

UNTUK BUNUH 

MUSUH POLITIK

AMIN

KEMBALI KE MUFAKAT NASIONAL


Pemuda UMNO mahu ahli tentukan nasib, konvensyen khas 3 Januari

PETALING JAYA – Pemuda UMNO Pusat akan menganjurkan Konvensyen Khas Pemuda UMNO bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parti menyuarakan pendirian serta isi hati berkaitan hala tuju UMNO dan Barisan Nasional dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketuanya,  Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, konvensyen itu akan berlangsung pada 3 Januari 2026 (Sabtu) di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Menurut beliau, konvensyen berkenaan penting bagi membolehkan ahli-ahli UMNO menyatakan secara terbuka sama ada parti itu wajar terus kekal bersama kerajaan sedia ada atau mengambil keputusan sebaliknya.

“Saya ingin menjemput semua yang masih sayangkan perjuangan UMNO dan berani menyuarakan isi hati untuk hadir ke Konvensyen Khas Pemuda UMNO pada 3 Januari 2026 di WTC, Kuala Lumpur.

“Parti ini milik kita semua. Kita bukan sekadar bercakap, tetapi kita buat apa yang kita cakap. Sama ada kekal atau keluar, kita yang menentukannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dr. Muhamad Akmal turut menjemput seluruh kepimpinan UMNO agar hadir bagi mendengar sendiri suara serta kehendak ahli akar umbi yang menjadi nadi kekuatan parti.

Beliau berkata, sebarang keputusan dan resolusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum diserahkan kepada Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau merakamkan penghargaan kepada Pemuda UMNO Selangor dan UMNO Bahagian Puchong yang memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan Puchong.

Katanya, tindakan itu diambil susulan rasa tidak puas hati ahli UMNO terhadap Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang didakwa masih belum memohon maaf atas kenyataannya berkaitan keputusan mahkamah membabitkan  Najib  Razak, yang disifatkan telah menggores perasaan ahli-ahli UMNO.- 

WOIT 

PARTI DAH

KENA KENCING

AMIN

BEKAS PRESIDEN

KENA JIL

AMIN

PRESIDEN

  SEKARANG

KENA

PICIT TELOR

AMIN

APA LAGI NAK

DI NANTI

AMIN

TINGGALKAN

PAKATAN TERIMA

KHEMAH BESAR

BERSAMA MUFAKAT

NASIONAL

KHALAS

PEMUDA UMNO AKAN BERHIMPUN !!!



Akmal balas Nurulhidayah: Adakah hala tuju Umno hak mutlak Zahid?

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, menyelar nasihat daripada Nurulhidayah Ahmad Zahid, sambil mempertahankan pendiriannya bahawa pemimpin pemuda parti berhak menentukan hala tuju Umno.

Exco Wanita Umno, Nurulhidayah, sebelum ini menasihatkan Akmal bahawa walaupun bersuara adalah hak ahli parti, namun sebarang keputusan mengenai masa depan parti bukan terletak di tangan Pemuda Umno semata-mata.

Anak kepada presiden Umno merangkap pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, itu turut menyatakan bahawa apabila isu hala tuju parti dibawa terus ke ruang awam dengan nada seakan-akan kata-dua (ultimatum), ia membuka ruang kepada persepsi bahawa Umno sedang "retak dari dalam".

Dalam satu hantaran di media sosial bagi membalas pandangan Nurulhidayah, Akmal mempersoalkan jika menyuarakan pendapat untuk menentukan hala tuju parti adalah "hak mutlak seorang presiden parti".

“Lakukan mengikut struktur dan proses dalaman? Berdasarkan apa? Kapasiti kepentingan individu?

“Saya, dan ramai lagi yang sertai politik dan Umno, bukan untuk ikut telunjuk semata-mata menjadi yes boss semata-mata atau untuk diri sendiri, tetapi untuk agama, rakyat, dan negara,” katanya.

Semalam, Nurulhidayah menjelaskan bahawa dia tidak berniat agar nasihatnya kepada Akmal ditafsirkan sebagai serangan peribadi, mahupun usaha untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Sebaliknya, dia berkata pesanan yang penuh berhati-hati dan kasih sayang itu lahir daripada rasa tanggungjawab “sebagai seorang kakak kepada adik” yang tidak mahu melihat adiknya “jatuh lebih jauh.”

“Kerunsingan saya bukan tentang Datuk Akmal secara peribadi. Ia tentang suasana politik yang terlalu ghairah dengan sorakan, sehingga kita terlupa bertanya, selepas sorakan itu, apa kesannya kepada parti, kepada negara, kepada rakyat?

“Pepatah Melayu mengingatkan kita, menang sorak, kampung tergadai. Ia bukan pepatah sinis, tetapi peringatan orang tua-tua tentang bahaya emosi mengatasi hikmah.

Apabila penulisan itu disalah tafsir, diviralkan dan dipotong konteksnya, ia kelihatan seolah-olah saya sedang melawan dan terbuka dilagakan.” katanya,

Akmal, yang juga Adun Merlimau, sebelum ini telah menggesa agar Perikatan Nasional (PN) dibubarkan di tengah-tengah tanda baharu perbalahan dalaman gabungan itu, terutamanya di Perlis.

Dalam membuat gesaan tersebut, Akmal turut mencadangkan kebangkitan semula pakatan Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan Umno, dengan Pemuda Umno akan mengadakan konvensyen khas pada 3 Januari untuk membincangkan isu berkaitan perkara tersebut.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pakatan MN hanya akan dapat dilaksanakan jika Umno dan BN meninggalkan sekutu kerajaan mereka, Pakatan Harapan (PH).

Pakatan MN, yang dikongsi antara Umno dan PAS bermula 2019, menandakan satu pencapaian dalam menyatukan kuasa politik Melayu selepas berdekad persaingan antara kedua-dua entiti tersebut.

Bagaimanapun, susulan kejatuhan kerajaan PH dan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada 2020, PAS memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi membentuk PN — satu langkah yang dianggap Umno sebagai pengkhianatan.

PAS juga berkeras untuk memasukkan Bersatu ke dalam MN, yang ditentang oleh Umno. Pakatan itu berakhir pada Disember 2022 susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15, dengan Umno menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.

Namun, susulan keputusan Presiden Bersatu, Muhyiddin, untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari, jalan ke arah kebangkitan semula MN berdepan ketidaktentuan baharu, memandangkan PAS berkemungkinan besar tidak lagi memerlukan Umno atau pakatan tersebut jika ia berjaya memperoleh jawatan kepimpinan tertinggi PN.

SEMUA MUDAH

TAK PERLU

GADUH SESAMA

SENDIRI

AMIN

PADA 3 JANUARI

PEMUDA UMNO

BERHIMPUN 

AMIN

BUAT KEPUTUSAN

JELAS & TUNTAS

AMIN

UMNO TINGGALKAN

PAKATAN HARAPAN

AMIN

KERAJAN RUNTUH

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

DIIRIKAN MUFAKAT

NASIONAL DAN 

SELAMATKAN

MALAYSIA

KHALAS

APA KATA KADIR JASIN TENTANG PERLIS


PERLIS 

KADIR JASIN

PADA tahun yang akan berakhir ini, 2025, penduduk Perlis dianggarkan kira-kira 297,800 orang.

2. Sehingga 23 Disember 2025, bilangan pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah 199,718 orang.

3. Maka, dari aspek politik dan demografi Perlis adalah petite région – negeri kecil.

4. Logiknya, sebuah negeri yang kecil, aman dan damai mudah ditadbir.

5. Tetapi, buat masa ini, logik itu tidak berlaku. Politik Perlis dalam gelora dan percikannya telah merebak hingga ke ibu negara.

6. Silap-silap, gabungan Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) boleh hancur dan Melayu-Islam tambah pecah belah.

7. Saya tidak pasti hantu, jembalang, polong dan iblis manakah yang telah merasuk tubuh badan Ahli Dewan Undangan PN di dawlah saghirah itu.

8. Boleh jadi roh manusia prasejarah yang tengkoraknya ditemui di Bukit Keteri dan Semadong telah bangkit menuntut pembelaan.

9. Apapun mitos dan teori konspirasinya, tsunami politik di kalangan 

14 orang Ahli Dewan Undangan PN Perlis itu telah menjerumuskan kepimpinan PN dalam krisis.

10. Dewan Undangan pun tidaklah besar mana. Ada 15 orang ahli saja. PN 14 (sembilan PAS dan lima Bersatu) dan PH/PKR satu.

11. Kita boleh faham kekecewaan PAS. Mereka adalah majoriti, tapi Menteri Besar dari parti mereka, Mohd Shukri Ramli telah ditekan untuk bersara, kononnya atau sebab kesihatan.

12. Lojiknya, lantiklah seorang Adun PAS yang lain yang sihat. Sebaliknya, wakil Bersatu, Abu Bakar Hamzah, dengan pantas diangkat sumpah jadi Menteri Besar. Tidak peliklah kalau PAS kecewa dan tidak mahu terima lantikan Exco.

13. Lima Bersatu campur tiga Adun Pas yang belot dan dipecat, ada lapan.

14. Di Kuala Lumpur, Muhyiddin Md Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN pusat mulai 1 Januari 2026 dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut tegar beliau.

15. Laporan media arus perdana memetik Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sebagai berkata, PAS bersedia untuk menerajui PN.

16. Kesimpulannya, kalau inilah pratayang kepada apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti, orang Melayu boleh lupakan saja slogan dan impian perpaduan Melayu-Islam.

Terima kasih

BAHAYA PLASTIK KEPADA UMAT MANUSIA


BAHAYA PLASTIK

KEPADA

 UMAT MANUSIA

AMIN

CHINA MERAH PAU NAJIB KERANA HUTANG 1MDB


CHINA MERAH

PAU NAJIB

KERANA HUTANG

 1MDB

AMIN

MALALUI JO LO

NAJIB DAPAT $$$

DARI CHINA MERAH

KHALAS


Unknown commented on 
"PAS WAJIB BUAT 
DASAR PRO RAKYAT 
BUKAN PRO ARAB !!!"

Hampeh tak percaya dengan orang bungkus kepala ini, cakap lain buat lain akhirnya kah kah kah cerita sebegini wayang politik sementara menantikan pilihanraya, lembu tak percaya woit kalau tukang sembelih bagi air ketum kah kah kah


Unknown commented on
 "PAS WAJIB BUAT DASAR
 PRO RAKYAT 
BUKAN PRO ARAB !!!"

Kajian alam Melayu fokus kepada soalan berjimak dengan dua isteri, nak gang bang pula, kah kah kah kajian sebegini penting woit, apa susah susah nak cari anak orang kah kah kah mampus


Unknown commented on
 "AMERIKA LIHAT NAJIB
 KENA PAU OLEH CHINA MERAH"

lagi satu dimana suaram adakah suaram sudah mampus sekarang ?


Unknown commented on 
"AMERIKA LIHAT 
NAJIB KENA PAU 
OLEH CHINA MERAH"

china atau arab ? yang mana satu dapat burit ?

BILA PEMIMPIN RASUAH SATU NEGARA AMAL RASUAH


BILA PEMIMPIN

RASUAH SATU

NEGARA AMAL

RASUAH

AMIN

Unknown commented on

 "CARA BETUL MENANGANI KES RASUAH"

Kenapa rasuah terus berkembang maju? Kerana orang-orang kita seagama sebangsa terus diabaikan oleh kerajaan sebelum ini? Adakah ketua ketua polis tidak mengetahui kebanyakan polis mengambil rasuah? Adakah mereka juga sebahagian yang mengawal pergerakan rasuah ini di peringkat tertinggi?

Sebenarnya pepatah ikan busuk dari kepala boleh dipakai lagi? Selalunya ketua yang mengambil rasuah tidak akan berani menegur anak beranak mereka yang masih cergas rasuah, begitu juga di semua agensi kerajaan, manakala pemimpin politik negara yang lagi hebat terus menerajui tangga terpaling atas, malah kayangan juga amalkan sama dalam soal pemberian darjah pingat emas Perak gangsa kah kah kah

jadi selalulah penyakit bermula dari kepala kerajaan, kepala jabatan yang terpaling makan rasuah ialah pihak berkuasa tempatan, sampai meja letak atas jalan, gerai haram kiri kanan jalan dibiarkan begitu sekiranya bayaran sampai setiap bulan kah kah kah semuanya demi meningkatkan ekonomi songsang demi bangsa agama ketuanan amin kah kah kah lembu

LARANGAN 10 MAKANAN INI BUKAN AIR KETUM


LARANG

 10 MAKANAN INI

AMIN

BUKAN LARANG

AIR KETUM

AMIN

PAS WAJIB BUAT DASAR PRO RAKYAT BUKAN PRO ARAB !!!




PAS bela hak wanita Hindu bertemu anak selepas 16 tahun dilarikan bekas suami

Seorang pemimpin kanan PAS tampil bersama beberapa aktivis dan pempengaruh untuk menyatakan sokongan kepada seorang wanita beragama Hindu yang anaknya dilarikan oleh bekas suaminya, dalam usaha terkini perjuangannya sejak 16 tahun selepas pihak berkuasa gagal memenuhi arahan Mahkamah Persekutuan untuk menyatukannya kembali dengan anak perempuannya yang kini sudah mencapai usia remaja.

Zaharuddin Muhammad, yang mengetuai sebuah badan pemikir urus tadbir Islam, turut menawarkan dirinya menjadi orang tengah antara pihak berkuasa dan keluarga yang terlibat supaya kedua-dua ibu dan anak dapat bersatu semula.

"Ini bukan lagi isu akidah, bukan isu agama, ini isu kemanusiaan, isu kekeluargaan dan keibuan. Walaupun dah masuk Islam dan berlainan agama, ibu dan anak tak boleh dipisahkan kerana berlainan agama," kata Zaharuddin yang juga ketua PAS Sungai Buloh, dalam sidang akhbar dipengerusikan peguam Latheefa Koya untuk mengetengahkan nasib guru tadika, M Indira Gandhi.

Turut hadir ialah pendakwah bebas, Hoslan Hussein, aktivis hak tanah Kampung Baru Rafidah Ibrahim, dan pempengaruh popular Ratu Naga, atau Syarul Ema.

Indira ialah ibu kepada Prasana Diksa, anaknya berusia 11 bulan yang dibawa lari pada 2009 oleh bapanya, Riduan Abdullah selepas memeluk Islam.

Indira_protest_strollerBulan lalu, Indira meluahkan bantahan dengan menolak kereta sorong bayi di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai peringatan kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang masih gagal mengesan anak perempuannya.

Ia meskipun bekas suaminya dipercayai masih berada dalam negara.

Riduan memeluk Islam pada 2009 dan kemudiannya menukar agama tiga anak mereka daripada Hindu kepada Islam tanpa persetujuan Indira, sebelum membawa lari Prasana yang sehingga kini tidak ditemukan kepada ibu kandungnya.

Insiden itu membawa kepada prosiding mahkamah yang berlarutan dalam usahanya mendapatkan hak penjagaan.

Pada 2018, Mahkamah Persekutuan menyebelahi Indira apabila membatalkan tindakan bekas suaminya untuk menukar agama anak mereka secara unilateral.

Bagaimanapun, lebih tujuh tahun selepas keputusan itu, polis masih gagal menguatkuasakan arahan mahkamah untuk mencari dan memulangkan Prasana ke pangkuan ibunya, sehingga mencetuskan persoalan mengenai kemampuan sistem keadilan untuk mempertahankan hak ibu bapa di samping isu berkait agama.

Pada Oktober, Riduan dilaporkan masih berada dalam negara berdasarkan maklumat daripada program Budi95, di mana dia didapati telah membeli petrol bersubsidi di Malaysia, sekaligus bercanggah dengan dakwaan polis dia berada di Thailand.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan polis untuk meningkatkan usaha mencari Riduan.

Sebelum ini, peguam Indira, Rajesh Nagarajan, mempersoalkan dakwaan polis bahawa Riduan telah meninggalkan negara, dan sama ada namanya disenaraihitamkan disebabkan statusnya sebagai orang dikehendaki.

Berikutan kegagalan pihak berkuasa mengesan Riduan, Indira pada 2020 memfailkan saman RM100 juta terhadap polis dan kerajaan. Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak saman itu tahun lalu, sementara keputusan akhir masih terpulang kepada Mahkamah Rayuan.

'Hentikan lakonan politik'

Zaharuddin, yang juga menantu kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, berkata beliau bersedia bertemu dan berbincang dengan Riduan bagi mencari penyelesaian.

Menurutnya, keutamaan sekarang adalah menyatukan semula Prasana dengan ibunya atas dasar kemanusiaan, sambil menambah bahawa sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau mempunyai tanggungjawab memastikan hak seorang ibu.

Zaharuddin merayu kepada mana-mana pihak yang berhubung dengan Riduan untuk memaklumkan mengenai tawarannya menjadi orang tengah.

"Tolong sampaikan video saya ini kepada beliau, dan tolong hubungi saya di nombor 019-351-4078," kata Zaharuddin.

"Indira sebagai seorang ibu cuma nak jumpa anak, itu saja. Yang ini saya rasa perlu diusahakan bersama-sama oleh semua kita, termasuk kita semua orang Islam."

Sementara itu, Latheefa membidas beberapa ahli politik pemerintah yang menyatakan simpati dengan nasib Indira atas kapasiti peribadi mereka, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai lakonan politik semata-mata.

"Malah kita ada wakil-wakil pentadbiran kerajaan sekarang yang cuba datang sama ada dalam demonstrasi atau perhimpunan yang dibuat oleh Indira. Mereka datang secara individu, padahal mereka ini mewakili kerajaan. Datang secara individu dan memberi simpati. Apa gunanya? Buat kerja sebagaimana kamu telah diamanahkan," tambahnya. 

PAS WAJIB

HENTIKAN DASAR 

MENYUSAHKAN

RAKYAT

AMIN

MENGHUKUM

ORANG RAMAI

BILA TAK MAHU

IKUT ARAB

AMIN

BERJUANG 

UNTUK SEMUA

AMIN

TEGAK KEADILAN 

BUKAN KERANA

AGAMA

AMIN

JIKA DASAR

INI JADI PEDOMAAN

MAKA PAS AKAN

 DITERIMA JADI 

PENERAJU

KERAJAAN

KHALAS

MUHYIDIN INI APA SEBENARNYA ?


MUHYIDIN INI

APA SEBENARNYA?

AMIN

RUMAH PUTIN DISERANG DRONE


Ukraine didakwa guna dron serang kediaman Putin

MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bahawa Moscow akan menilai semula pendiriannya dalam rundingan damai Ukraine.

Ini susulan dakwaan serangan dron Ukraine ke atas salah satu kediaman rasmi presiden Russia, satu tuduhan yang dinafikan keras oleh Kyiv sebagai rekaan politik.

Menurut Kremlin, Putin menyampaikan perkara itu dalam satu perbualan telefon dengan Trump pada 29 Disember ketika Washington giat menggerakkan usaha diplomatik bagi menamatkan perang yang bermula sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022.

Kremlin mendakwa serangan dron iti adalah perkembangan serius yang tidak boleh diketepikan dalam proses rundingan.

Russia mendakwa Ukraine melancarkan sebanyak 91 dron jarak jauh ke arah sebuah kediaman presiden di wilayah Novgorod, kira-kira 400 kilometer (km) di barat laut Moscow.

Semua dron itu, menurut pihak berkuasa Russia, berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara tanpa menyebabkan kematian atau kerosakan.

"Kami menganggap tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan satu bentuk keganasan negara," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, sambil memberi amaran bahawa Moscow sedang mempertimbangkan langkah balas dan sasaran 'telah dikenal pasti'.

Bagaimanapun, Ukraine menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Presiden Volodymyr Zelenskyy menyifatkan tuduhan itu sebagai 'pembohongan baru' yang bertujuan menjejaskan proses damai dan berkemungkinan digunakan sebagai alasan untuk serangan Russia yang lebih besar ke atas Kyiv.

"Naratif ini tidak berdasarkan realiti medan perang. Ia dicipta untuk memberi tekanan dalam rundingan dan mungkin menyediakan justifikasi maklumat untuk serangan baharu," kata Zelensky.

Jurucakap Kremlin tidak mengesahkan sama ada Putin berada di kediaman tersebut ketika serangan dron yang didakwa itu berlaku.

Setakat ini, dakwaan Russia itu juga belum dapat disahkan secara bebas oleh pihak ketiga.

Trump, yang berada di Florida ketika bercakap kepada wartawan, berkata beliau 'sangat marah' apabila mendengar dakwaan serangan itu daripada Putin.

"Ia satu perkara untuk bersikap ofensif dalam perang. Tetapi menyerang rumah seseorang adalah perkara lain. Ini bukan masa yang sesuai untuk melakukan perkara seperti itu," kata Trump.

Pertukaran tuduhan ini berlaku hanya sehari selepas Zelensky bertemu Trump di Florida, dengan kedua-dua pemimpin menyuarakan optimisme berhati-hati mengenai kemungkinan mencapai perjanjian damai.

Trump sebelum ini mendakwa terdapat 'banyak kemajuan', manakala Zelensky berkata pelan damai itu '90 peratus dipersetujui', walaupun butiran utama masih belum dimuktamadkan.

Namun, harapan itu menerima tamparan baru selepas perbualan telefon Trump–Putin pada 29 Disember, apabila Kremlin memaklumkan bahawa Moscow akan 'menyemak semula' beberapa pendirian dalam rundingan.

Penasihat dasar luar Kremlin, Yuri Ushakov, berkata Putin menegaskan Russia tidak menarik diri daripada rundingan, tetapi kejadian yang didakwa itu akan 'diambil kira' dalam pendekatan Moscow.

"Presiden Putin memberi jaminan bahawa Russia akan terus bekerjasama dengan rakan Amerika untuk mencapai keamanan, dan dialog akan diteruskan," kata Ushakov.

Rumah Putih pula menyifatkan perbualan Trump-Putin sebagai 'positif', namun tidak menjelaskan sejauh mana perbincangan itu membawa kepada kemajuan konkrit.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata Trump kekal komited untuk mencari penyelesaian diplomatik, walaupun cabaran semakin meningkat.

Di sebalik rundingan, perbezaan asas antara kedua-dua pihak masih ketara.

Russia terus menuntut wilayah secara maksimum, termasuk kawasan yang tidak sepenuhnya dikuasainya, serta jaminan bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak akan berkembang ke timur.

Moscow juga mahu Ukraine kekal neutral, walaupun berpotensi menyertai Kesatuan Eropah (EU), dan menuntut kejelasan mengenai penarikan sekatan Barat serta pembebasan ratusan bilion dolar aset Russia yang dibekukan.

Ukraine pula menolak tuntutan tersebut dan menegaskan sebarang perjanjian mesti menjamin kedaulatan serta keselamatan jangka panjangnya.

Zelensky berkata beliau meminta Trump memberikan jaminan keselamatan AS untuk tempoh sehingga 50 tahun bagi menghalang pencerobohan Russia pada masa depan.

"Saya mahu jaminan itu jauh lebih panjang. Jika kita bercakap mengenai 30, 40 atau 50 tahun, itu akan menjadi keputusan bersejarah oleh Trump," kata Zelensky dalam mesej audio kepada wartawan.

Cadangan semasa yang dibincangkan menyebut tempoh 15 tahun dengan pilihan lanjutan, tetapi Kyiv menganggapnya tidak mencukupi. Sementara itu, pertempuran di lapangan tidak menunjukkan tanda reda.

Russia terus melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas bandar dan infrastruktur tenaga Ukraine, meningkatkan tekanan ke atas orang awam ketika musim sejuk.

Pada 29 Disember, Putin mengadakan mesyuarat televisyen ketujuhnya dengan kepimpinan tentera sejak Oktober, memuji apa yang beliau sifatkan sebagai kemajuan medan perang dan mengarahkan tentera meneruskan usaha menawan lebih banyak wilayah.

Penganalisis melihat dakwaan serangan dron ke atas kediaman presiden sebagai satu episod yang berpotensi mengeruhkan lagi rundingan yang sudah rapuh.

Sama ada ia benar atau sekadar alat tekanan politik, kes itu mencerminkan betapa mudahnya proses damai Ukraine tergelincir di tengah kecurigaan mendalam dan realiti peperangan yang masih berterusan. – AGENSI

JIKA

PERANG INI

AKAN GAGAL

DI HENTI

MELALAUI JALAN

DIPLOMASI

AMIN

MAKA HANYA

AKAN DI TAMATKAN

DI MEDAN PERANG

KHALAS