Jumaat, 24 Januari 2025

ZIONIS DAN MADANI


ZIONIS DAN MADANI


Saya menjadi sosok buruan politik bermula pada subuh Ahad    8 Disember 1974. Pada subuh itu  Polis , FRU,  Polis Hutan dan Special Branch telah masuk menyerbu ke dalam kampus Universiti Malaya. Nama saya tersenarai untuk di tangkap. Pada subuh itu -  saya seorang setinggan di Kolej Ke Tujuh berjaya melarikan diri.

Saya melintasi beberapa benua sebagai pelarian politik. Saya tahu apa itu penjara. Saya mengalami perasaan takut dan gentar  jika ditangkap.

Saya faham apa itu penindasan. Saya mendengar dan melihat apa itu penindasan. Saya sendiri mendengar, melihat dan mengalami apa itu  kezaliman.  Saya sendiri melalui menjadi orang pelarian tanpa negara.  Saya juga pernah menjadi pendatang haram. Menumpang  secara gelap tanpa kedudukan yang sah di Pakistan.

Ketika saya sampai ke Belgium tahun 1982 musim salji dan musim dingin menyambut saya.  Menjejak kaki ke  Rumah Pelarian di 14 Rue Pere Damien  Braine  le-Comte saya menjadi bisu dan  buta huruf. Tidak tahu sepatah pun perkataan Peranchis atau Belanda. 

Malam pertama di Belgium saya menginap di Rumah Pelarian yang di dirikan oleh komuniti Katolik sesudah Perang Dunia Ke Dua. Sejarah  rumah  ini ialah menyambut  dan memberi perlindungan kepada mangsa pelarian perang – masyarakat  Yahudi yang di zalimi oleh Hitler.

Ketika   di Braine le-Comte saya sampai bukan sebagai pelarian perang tapi  orang pelarian   dari penindasan dan  kezaliman. Saya melarikan diri dari  kezaliman kerajaan United Malays National Organisation.

Kesah kezaliman dan cerita Perang Dunia Ke Dua ini telah banyak saya ketahui. Ada melalui  buku cerita, buku sejarah  dan banyak sekali  melalui filem yang saya tonton di Panggung Ruby Kuala Klawang.

Malah di Panggung Ruby saya mengenali bahaya perang dan azab sengsara perang. Filem seperti The Guns of Navarone dan  Two Women membuka mata saya untuk memahami  perang. Ketika ini saya tidak tahu mendalam tentang Yahudi atau Nazi. 

Di Belgium dan di Eropah saya berpeluang  mendengar sendiri dari mulut sosok-sosok Yahudi  yang di zalimi oleh Hitler. Kenalan saya Robin anak muda Yahudi dari Luxembourg bercerita bagaimana hampir ke semua keluarga ibunya mati dalam penjara  kem tahanan Yahudi di Poland.

Dunia diberitahu bagaimana Hitler dan kaum Nazi telah menzalimi masyarakat Yahudi di Eropah.  Kem-kem tahanan di dirikan di German, di Poland atau di Austria untuk memenjarakan Yahudi. Nama seperti Auschwitz, Bergen dan Dachau  adalah nama kem tahanan di mana Yahudi – kecil tua  muda – lelaki dan perempuan -  dikumpulkan sebelum dibunuh beramai-ramai  melalui gas beracun.

Saya juga berpeluang  membaca  surah-surah sejarah tentang bagaimana Yahudi ditangkap dan di seksa di German.  Dari buku sejarah saya mendapat tahu bagaimana Hitler membangunkan Parti Nazi. Saya mula mendengar nama seperti Goebbels dan Himmler.  Saya juga  mengetahui apa itu SS dan Gestapo  - polis rahsia Hitler. 

Saya membaca dan memahami bagaimana Hitler menuduh, mencerca , menangkap dan memenjarakan musuh politiknya. Dan  akhirnya Hitler berkuasa untuk  menjadi Canselor German.

Dari filem saya menyaksikan  bagaimana rumah dan bangunan runtuh dibom. Pekan, bandar . sekolah dan bangunan awam di bedil terbarai oleh kereta kebal Nazi dalam Perang Dunia Ke Dua.

Dari filem juga saya melihat bagaimana masyarakat Yahudi diperlakukan dalam tahanan.  Anak-anak kecil di pisah dari ibu. Ayah  ditembak mati untuk menyelamatkan keluarga. 

Saya sendiri melihat benteng-benteng batu di sempadan German dan Belgium yang dirikan untuk menghalang kemasukan kereta kebal. Di Belgium saya juga  dapat melihat bangkai kereta kebal yang masih tersadai di tepi pantai. 

Saya membaca sejarah  Holocaust  dimana lebih dari 6 juta suku sakat kaum Yahudi  telah bunuh dan di dimusnahkan  dalam Perang Dunia Ke Dua. 

Sah dan terbukti Bani Yahudi dizalimi, di penjara dan dibunuh. Sah dan terbukti masyarakat Yahudi  dan sesiapa saja yang melawan kezaliman ini walau pun bukan Yahudi akan di zalimi sama oleh Hitler.

Beralih ke 8 Oktober 2023. Beralih dari German ke Palestin. Beralih dari Berlin ke Gaza dan ke Tebing Barat. Kita melihat bagaimana Yahudi Zionis telah  menangkap, memenjara dan membunuh warga Palestin.

Kita lihat kereta kebal Zionis Blackrock meledakkan rumah , sekolah, hospital , gereja dan masjid. Kita melihat anak-anak mati dalam pelukan ibu. Kita lihat ayah mati di hadapan mata anak. Kita lihat tangisan tanpa henti bila bom memusnah  bukan  sebuah rumah tapi menghancurkan satu kampung.

Buku sejarah Gaza belum di tulis. Filem – The Guns of Gaza  atau The Women of Gaza belum di buat. Tetap ingatan kita masih cerah segar tentang kezaliman Zionis Yahudi Blackrock terhadap warga Palestin. 

Mustahil pada awal 2025 ini ada sosok dalam dunia ini yang tidak sedar apa yang  telah dan yang sedang dilakukan oleh Zionis Israel Blackrock di Gaza dan di Tebing Barat. Mustahil ada yang tidak tahu apa itu genosid.

Sosok yang tidak tahu genosid - pembunuhan beramai-ramai di Palestin pada 2025 hanyalah sosok yang sedang mati  dan yang belum lahir.

Pada 1930  Parti Nazi sedang berkempen mencari kuasa di German. Pada tahun 1940’an Zionis  pula berkempen untuk mendirikan negara.  Mari kita beralih ke 1948 di Israel  ketika kaum  Zionis telah berkuasa.   Auschwitz  1945 kini menjadi    Khan Yunus 2024.

Dari Khan Yunus  saya bawa para pembaca beralih ke Malaysia. Dari tahun 1998 ke 2018   rakyat Malaysia yang ingin menegak keadilan   berjuang  menentang dan melawan kezaliman kerajaan   Mahathir a.k.a Mahafiraun dan kerajaan pencuri bernama Najib Razak.

Ramai warga ditangkap. Ramai warga  di dakwa. Ramai dibedil dengan gas pemedih mata. Ramai  merasa di tembak oleh air  gas beracun.  Ramai juga di denda. Ramai juga masuk ke dalam penjara.

Seperti di Berlin,  seperti di Gaza -  anak muda mahasiswa abang dan kakak di Malaysia  terus  bangun melawan. Beratus ribu turun ke jalan raya. Aksi dan bentrokkan berlaku disana sini. Polis dan FRU mengganas. Polis rahsia SB terus mengintip mencari sosok yang berani melawan.

Laman blog, laman berita dan laluan Internet di kawal rapi. Malah blog saya Tukartiub dipadamkan di zaman Najib Razak berkuasa.  Segala macam akta dan undang-undang untuk mematahkan semangat juang digunakan.  Hukum hakam digunakan untuk menakutkan sesiapa yang berani bersuara.  Akta ISA dan Akta Hasutan 1948 menjadi raja. 

Tapi  rakyat yang tertindas  dari tahun 1998 ke 2018 tidak gentar. Rakyat yang cinta keadilan  terus melawan. Akhirnya  seperti Parti Hitler berjaya mendapat kuasa di Berlin pada 30 Januari 1930  Parti Anwar Ibrahim Blackrock juga mendapat Kuasa di Putrajaya dan mendirikan Kerajaan Madani  pada 24 November 2022.

Dari sini saya bawa pembaca beralih untuk mengingati arwah Profesor Edward Said (1935-2003) intelektual dan pemikir dari Palestin.  Edward pernah berkata : “ Kami datang dari sejarah kebencian dan penindasan. Tetapi ini tidak mengecualikan keupayaan kita, sebagai orang yang tertindas, untuk menjadi penindas..”

Beralih ke 2025 kita melihat bagaimana kerajaan Madani Anwar Ibrahim Blackrock menjadi kerajaan yang menindas. Satu ketika dulu bengolan-bengolan dan kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock ini menentang kezaliman. Mereka melawan penindasan. 

Satu ketika dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock  menentang wujudnya Akta Hasutan 1948. Hari ini mereka menghidupkan Akta Hasutan  1948 . Kini kerajaan Madani mendakwa kiri dan  kanan sesiapa sahaja yang berani bersuara.

Satu ketika  dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock mahu segala akta zalim dan menindas ini di hapuskan. Kebebasan bersuara di benarkan. Berhimpun, berkumpul menunjuk perasaan  tidak dihalang.

Satu ketika dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock mahu  rakyat bersuara bebas melalui Internet. Mahu media cetak  tidak di kekang.

Menegak keadilan, melawan rasuah, menobatkan hak  kebebasan bersuara kini tidak lagi menjadi tiang seri perjuangan Anwar Ibrahim Blackrock. Semua berubah bila mendapat kuasa.

Tidak cukup dengan ini Anwar Ibrahim BlackRock menakut-nakutkan orang ramai  dengan apa yang di panggil 3R. Walhal 3R ini tidak wujud. Ianya diguna oleh kerajaan Madani untuk menakutkan rakyat. 

Hitler menggunakan Gestapo – polis rahsia – untuk menakutkan rakyat German. Zionis Israel mengguna Shin Beth dan Mossad untuk menakutkan rakyat Palestin.  Madani  hari ini menggunakan SB dan SKMM sama seperti Zionis menggunakan Shin Beth dan Mossad.

Satu ketika dulu ramai benggolan dan kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock akan keluar berdemo di jalan raya untuk melawan Mahathir  dan Najib. Hari ini  benggolan Madani yang bersarang  di tampuk kuasa ini sedang melarang dan akan menangkap sesiapa saja yang berani turun ke jalan  raya menunjuk perasaan.

Satu ketika dulu kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Blackrock semuanya menentang rasuah.  Hari ini kerajaan Madani  telah membebaskan para rasuah. Rasuah tidak lagi di tentang. Malah kerajaan Madani Blackrock sedang melarang dan menangkap  sesiapa sahaja yang berani turun ke jalan raya  melawan rasuah.

Betul kata Edward Said. Yahudi satu ketika dulu di seksa, dizalimi dan dibunuh oleh Hitler di Eropah. Hari ini Yahudi  telah menjadi penzalim. Satu ketika dulu Yahudi di zalimi Nazi hari ini Yahudi menzalimi Palestin. 

Betul kata Edward Said orang tertindas berupaya juga menjadi penindas. Inilah yang sedang berlaku kepada kerajaan Madani Anwar Ibrahim Blackrock. 

Anwar Ibrahim Blackrock yang melawan kezaliman Mahathir Mahafiraun kini telah berubah. Kerajaan Madani  telah menjadi lebih zalim dari kerajaan Mahafiraun. Kerajaan Madani kini sama seperti  kerajaan Zionis.

Cukup susah untuk kita memisahkan Madani dengan Zionis. Amin (TT)
 
TULISAN  INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
BEBAS NEWS .COM
https://bebasnews.my/2025/01/24/nazi-zionis-mahafiraun-pesakau-dan-madani-satu-analisis-kritis/













Tiada ulasan: