Rabu, 14 Januari 2026

ISLAM BARU WUJUD - ISLAM TRUMP



AS isytihar Ikhwanul Muslimin di dunia Arab sebagai pertubuhan pengganas


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan cabang pertubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Lubnan dan Jordan sebagai pertubuhan pengganas, sekali gus memenuhi tuntutan lama sekutu Arab serta golongan konservatif di AS.

Cabang Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Jordan juga dituduh bersekongkol dengan Hamas melancarkan serangan besar pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel serta menyebabkan serangan balas besar-besaran Israel ke atas Gaza.

Ditubuhkan pada 1928 di Mesir, gerakan Islam itu pernah berkembang ke seluruh dunia Islam, namun kini tidak seaktif dulu apabila berdepan tekanan bersepadu daripada kuasa-kuasa besar Arab sendiri.

"Ketetapan ini mencerminkan tindakan awal kepada usaha berterusan dan berpanjangan untuk menggagalkan keganasan serta ketidakstabilan yang dilakukan oleh cabang Ikhwanul Muslimin di mana sahaja ia berada" kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam satu kenyataan.

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent pula berkata, Ikhwanul Muslimin 'mempunyai rekod lama dalam melakukan perbuatan keganasan, dan mereka sedang bertindak agresif untuk memutuskan akses mereka daripada sistem kewangan'.

Penetapan itu bermakna AS akan menyekat sebarang aset milik Ikhwanul Muslimin di ekonomi terbesar dunia, sebarang transaksi ahlinya dianggap sebagai jenayah dan mengehadkan dengan ketara keupayaan mereka untuk melancong ke negara itu.

Ikhwanul Muslimin Mesir, dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial pula berikrar untuk mencari saluran perundangan bagi mencabar keputusan itu, malah menegaskan mereka menentang keganasan dan tidak pernah mengancam AS.

"Penetapan ini tidak berpaksikan kebenaran dan tidak disokong oleh bukti. Ia adalah hasil tekanan asing kepada AS, khususnya daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel, supaya mengguna pakai dasar yang memenuhi agenda luaran dan bukannya kepentingan rakyat AS," katanya.

Mesir serta monarki sekutu AS iaitu Arab Saudi dan UAE, sejak sekian lama berusaha mengekang Ikhwanul Muslimin, yang visinya menggesa kepada pembentukan sebuah negara khalifah Islam.

Ditekan di dalam negara, ahli Ikhwanul Muslimin Mesir memberi tumpuan kepada pembinaan rangkaian perniagaan, saluran media dan badan kebajikan yang diisytiharkan sah di luar negara.

Salah satu pangkalan utamanya adalah di Turkiye, di mana Presiden Recep Tayyip Erdogan mempunyai pertalian ideologi yang kuat dan berpanjangan dengan Ikhwanul Muslimin.

Keputusan AS itu akan 'memberi tekanan besar kepada negara-negara yang bersahabat dengan AS – sama ada mereka mahu menjadi tuan rumah kepada entiti yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh AS'.

Pentadbiran Trump mengisytiharkan kumpulan-kumpulan itu sebagai pengganas kerana sebahagiannya menyokong Hamas, kumpulan bersenjata Palestin yang sudah lama diklasifikasikan sebagai pertubuhan pengganas oleh AS.

Jabatan Negara AS berkata di Lubnan, Ikhwanul Muslimin, yang juga sebuah gerakan Islam Sunni, bersekutu dengan Hizbullah, kumpulan pejuang Syiah yang disokong Iran, dalam melancarkan serangan roket ke arah Israel.

Ikhwanul Muslimin turut berpengaruh di Jordan, di mana sayap politiknya menjadi parti pembangkang utama di Parlimen.

Pada April tahun lalu, Jordan mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan mengarahkan penyitaan asetnya selepas menuduh gerakan itu mengumpul senjata serta merancang untuk menggugat kestabilan kerajaan, yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, golongan konservatif AS turut menyasarkan Ikhwanul Muslimin dengan sebahagian mereka menyebarkan teori konspirasi tidak berasas iaitu pertubuhan itu menyusup ke dalam kerajaan AS dengan tujuan untuk menyerapkan undang-undang syariah Islam. - AFP


ISLAM YANG

MELAWAN 

PENINDASAN

DITUDUH 

PENGGANAS

AMIN

ISLAM SAUDI

ISLAM MENINDAS

DI ANGGAP SUCI

KHALAS

Tiada ulasan: