Rabu, 14 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

14 JANUARI 2025

ASKAR KITA


RASUAH ASKAR
Kes rasuah dalam tentera ini pasti ada implikasi yang mendalam. Para askar masih bertanya : PAGLIMA TENTERA  DIDAKWA RASUAH -  tapi KENAPA POLITIKUS YANG RASUAH DI BEBAS !!

Ini rasa tidak puas hati para soldadu kita. Amin.

IRAN
Dari apa yang di baca  jelas kelihatan peranan Mossad dan CIA dan MI6  dalam menjalankan huru hara di Iran.

Kemarin gua melihat satu klip video di mana PENEMBAK  sedang membedil penunjuk perasaan. Tujuan bila ada yang mati maka yang di tuduh pastilah Polis dan Soldadu.

Dua Sang Penembak – membalut muka dengan rapi – jelas ini ajen Mossad.

Apa yang menarik ialah makin ramai  rakyat keluar menyokong kerajaan Iran. 

Dua perkara berlaku :  Pertama Masjid dibakar.
Kedua : Reza Shah bersuara.

Bila dua perkara ini berlaku maka rakyat naik marah lalu mereka turun ke jalan raya.

JUMAAT – sila tunggu KHUTUBAH JUMAAT ini berapa juta akan turun.

IRAN SEDANG MENUNGGU – bila agaknya Trump dan Netanyahu akan menyerang Iran. Kali ini jika Israel masuk menyerang MAKA -  bom bom  Tel Aviv akan berlaku sekali lagi.

Kita  mahu Amerika dan Israel masuk menyerang Iran. Ini baik untuk geopolitik dunia. Rusia dan China telah siapa sedia untuk 
membantu Iran.

GUA YAKIN serangan akan berlaku TIDAK LAMA LAGI – Amerika hanya berani mengebom dari udara – ini leceh – apa yang kita mahu soldadu Amerika masuk ke Iran macam mereka masuk ke Iraq – boleh kutip saekor saekor. Khalas Amin.

HOKKIEN
Pagi ini agak kelam. Matahari dah muncul tapi cahaya lembut. Langit biru mudat. KL & KL Sentral berkabus nipis – kemarin renyai tak jadi.

Tapi How Wow dari bukit bersuara tinggi. Macam dekat betul suara muncul dari pokok kayu. Tekukur berlagu. Cengkerik dalam sawah rumput berdesing. Suara saekor gagak – suara sedih mendayu.

Siti dan Jantan Baik muncul depan Wakaf Pertama  – yang lain tidak kelihatan. Mereka ikut gua berjalan ke Wakaf Ketiga.   Berjalan pulang  Siti dan Jantan Baik  amat mesra. Jantan Baik dah berani berjalan tepi gua.  Dah rasa tak takut tapi belum boleh di usik.

Ha ha ha di Wakaf Pertama ramai menunggu. Pagi ini  6 Puppy datang makan – Puppy Itam pun ada sama. Kini  mereka bukan Puppy lagi – dah jadi Bujang Muda.  Emak datang lambat.

Gua yakin hari ini akan panas. Balkoni gua dah di masuki cahaya Tuhan Ra. Bila matahari bersinar alam jadi indah. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM  MENYAMBUT
RABU

BRO
Bila lu buat sesuatu beri 100% kecuali bila lu buka dompet untuk sedekah.

BRO
Lu boleh merancang untuk bercuti. Keputusan akan di buat oleh dompet lu.

BRO
Bila pintu perjalanan hidup lu tertutup sila buka yang baru. Hidup ini banyak pintu. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: