Rabu, 4 Februari 2026

MADAFAKA KENA MAKI HAMUN


Dewan Rakyat kecoh, PM tegaskan tak tahu tanya jangan maki hamun


KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat kecoh seketika apabila  Anwar Ibrahim, membidas Ahli Parlimen pembangkang yang didakwanya membuat kenyataan biadab dan menghina membabitkan isu jajaran sempadan Malaysia dan Indonesia.

Perdana Menteri melalui Sesi Penerangan Khas Parlimen dalam isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia, dengan tegas menafikan tuduhan pembangkang bahawa beliau mengkhianati negara dalam isu itu dan ia perlu diperbetulkan.

Anwar kelihatan marah dengan dakwaan pembangkang sebelum ini yang didakwanya membuat kenyataan menghina, biadab termasuk mengaitkannya dengan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Kalau tak tahu tanya, kalau tak tahu jangan maki hamun, tak tahu tanya,” tegas Perdana Menteri dengan lantang yang menarik bantahan anggota Parlimen pembangkang.

Susulan itu,  Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) membangkitkan Peraturan Dewan 36 (12) kerana mendakwa tuduhan Perdana Menteri itu tidak berparlimen.

“Isunya tuduhan Perdana Menteri mengatakan bahawa kita memaki hamun dan bertindak biadab termasuk Pendang, saya rasa tidak berparlimen,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin (PN-Larut); Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dan Awang turut bangkit kerana tidak bersetuju dengan tuduhan terbabit.

Awang membangkitkan berhubung peraturan Dewan 36 (6) kerana Perdana Menteri menyebut namanya sedangkan beliau hanya mengambil kenyataan daripada polis Indonesia bahawa 5,207 hektar daripada Malaysia dibawa masuk kepada Indonesia.

“Bila dibangkitkan, kami tanyalah, kami tak pernah makipun. Saya sebut dalam Dewan hari itu, kami tidak pernah maki Yang Amat Berhormat Tambun. Ada yang kata kami menggunakan Islam, jahat… ini apa sebagai seorang Perdana Menteri?” katanya.

Chong Zhemin (PH-Kampar) kemudiannya mempertahankan Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa laporan itu adalah palsu dan sudah meminta Awang menarik semula kenyataannya sebelum ini.

 Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) juga membangkitkan peraturan Dewan yang sama dengan meminta Speaker,  Johari Abdul membuat ketetapan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa Ahli Parlimen pembangkang biadab.

Perdana Menteri mempertahankan tindakannya dengan menyebut “saya kata ada kenyataan biadab dan ada kenyataan menuduh saya khianat pada negara ini yang kita kena betulkan,” katanya.

Sesi persidangan kembali kecoh selepas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terus bertikam lidah dengan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) meminta mereka duduk dan memberi laluan kepada Perdana Menteri menghabiskan sesi penerangan.


Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menjerit perkataan ‘penjilat, duduklah’ sebelum Johari menasihatkan mereka semua duduk walaupun wakil Kampar bangun meminta perkataan itu ditarik balik.

Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah bagi Ahli Parlimen pembangkang bertanyakan soalan, namun jangan sampai menuduhnya pengkhianat.

“Hal menyentuh kepentingan negara termasuk sempadan harus dibincangkan secara berhemah, saya tiada masalah mana-mana Ahli Parlimen pembangkang untuk bertanya, tetapi saya bantah keras tuduhan dan fitnah yang menyatakan kita khianat pada negara.

“Saya sudah bentangkan dengan fakta dan peta, sebaiknya teliti semula ada bahagian belum dimuktamadkan dan ada yang sudah, ” katanya.

Anwar sebelum ini menolak keras dakwaan pembangkang yang menuduh kerajaan menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan menipu.

Menurutnya, pembangkang telah menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan menyebarkan maklumat palsu serta menggunakan Islam untuk mengelirukan rakyat.

“Inilah masalah pembangkang. Mereka guna kebebasan untuk bercakap merapu dan bohong. Guna nama Islam, tipu, salah fakta,” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak.

Di pihak pembangkang pula, Hamzah dalam kenyataan sebelum ini mengulangi desakan supaya kerajaan memberi penjelasan di Parlimen berhubung dakwaan penyerahan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Hamzah berkata, penjelasan tersebut penting berikutan perkara itu telah dilaporkan sendiri oleh Setiausaha Badan Pengelola Perbatasan dalam mesyuarat Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia pada 21 Januari lalu.

“Pembangkang sudah minta bentang dalam Parlimen. Jawab dan jelaskan sahaja di Parlimen. Apa yang susah sangat. Perdana Menteri jangan marah tak tentu hala dan stres, nanti kalau terlebih stres kerja lain pula jadinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

APAKAH KES

TANAH INI ADA

SANGKUT PAUT

DENGAN VIDEO

SUKMA

JENG JENG JENG

SAJA  TANYA

KERANA AMBALAT

DAH DI GADAI

SEKARANG KES 

BARU PULAK

KAH KAH KAH

TU PASAL JADI

MARAH MERACAU

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: