Rabu, 4 Februari 2026

SELAMAT MEMULAKAN HIDUP BARU



Sultan Selangor bertemu bekas banduan yang diampuni, buat PhD dalam penjara


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Malik Yatam, bekas banduan pertama yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika dalam penjara dan diberi pengampunan penuh sempena Hari Keputeraan baginda pada tahun 2024.

Menurut Selangor Royal Office, pada pertemuan itu, baginda berkenan bertanyakan khabar dan perancangan masa hadapan Malik selepas keluar penjara.

"Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak diberi peluang kedua.

"Baginda sudah mempertimbangkan pengampunan sebaik melihat semua faktor yang disembah maklum semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

"Baginda turut menasihatkan Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup," demikian kenyataan Selangor Royal Office hari ini.

Menurut Selangor Royal Office, pertemuan itu berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.

"Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara Tuanku Sultan Sharafuddin dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada baginda," kata kenyataan itu.

Tahanan tiada tarikh bebas

Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana ketika kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun, Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

Beliau menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Ketika berusia 14 tahun, Malik mengambil keputusan nekad berhijrah ke Semenanjung dari Sabah demi membantu keluarga selepas berhenti sekolah kerana kesempitan hidup.

Bagaimanapun, perjalanan hidup Malik yang turut dikenali dengan nama Dr Murad berubah sepenuhnya apabila dia akhirnya menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan majikan sehingga membawa kepada tragedi yang menghantarnya ke penjara seawal usia 14 tahun.

Malik menjalani kehidupan selama 24 tahun di sebalik jeriji besi sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS), malah dia sempat merasakan masa depannya gelap dan hancur namun mula menyedari pendidikan boleh mengubah hidupnya biarpun dia tiada tarikh pembebasan.

Tanpa guru dan kelas, dia memulakan pembelajaran dengan hanya meminjam buku rakan, menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2006 ketika berusia 21 tahun sebagai calon persendirian, diikuti Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM) setahun kemudian.

Dia kemudiannya menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sehingga akhirnya dianugerahkan PhD dalam Pentadbiran Perniagaan sekali gus mencipta sejarah sebagai prospek pertama menggenggam PhD ketika menjalani hukuman.

YA AMPOON

TAHNIAH PADA

MALIK

AMIN

SATU CONTOH

PADA YANG BEBAS

 WAJIB IKUTI

AMIN

PENJARA TAPI

MASIH BELAJAR

AMIN

BEBAS TAPI

TAK MEMBACA

KAH KAH KAH

PALAT

Tiada ulasan: