Khamis, 5 Februari 2026

TRUMP CARI JALAN KELUAR


Israel dorong AS serang Iran, Trump masih ragu

WASHINGTON: Israel dilaporkan sedang mendorong Amerika Syarikat (AS) supaya melancarkan serangan terhadap Iran, namun Presiden Donald Trump masih meragui untuk melakukan tindakan itu ke atas Tehran, menurut laporan yang diterbitkan memetik seorang pegawai AS sebagai berkata.

Beberapa pegawai Israel, termasuk Ketua Staf Angkatan Pertahanan, Jeneral Eyal Zamir dan Pengarah Mossad, David Barnea, sudah melawat Washington dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini ketika AS meningkatkan pasukannya di rantau itu.

Trump memberi amaran 'kemungkinan perkara buruk akan berlaku' kepada Iran jika rundingan nuklear dengan negara Republik itu gagal, merujuk kepada apa yang disebutnya sebagai kapal perang tentera laut AS 'terbesar dan terbaik' sedang menuju ke rantau berkenaan.

Zamir turut memberi taklimat kepada Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Dan Caine mengenai rancangan perang Israel pada hujung minggu, menurut beberapa laporan.

"Adalah selamat untuk mengatakan tiada apa yang 'keluar' daripada pertemuan itu untuk mengubah fikirannya atau presiden untuk menyerang Iran," kata pegawai AS tanpa nama itu kepada Axios, merujuk kepada Caine dan Trump.

"Ia benar-benar orang Israel yang mahu menyerang. Presiden tiada di 'sana'.

Seorang lagi pegawai kanan AS memberitahu Axios bahawa Trump 'benar-benar tidak mahu melakukannya'.

Pada Jun 2025, Israel yang disokong oleh Washington melancarkan serangan selama 12 hari ke atas Iran yang menyasarkan tapak tentera dan nuklear serta infrastruktur awam yang membunuh komander kanan dan saintis.

Iran bertindak balas dengan menyerang kemudahan tentera dan perisikan Israel dengan peluru berpandu serta dron sebelum AS melakukan gelombang serangan ke atas tapak nuklear Iran.

Serangan itu menamatkan rundingan yang sedang berjalan antara AS dan Iran berhubung program nuklear Tehran.

Sebelum ini, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mendakwa Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjadi dalang di sebalik siri protes besar-besaran yang kini melanda republik Islam itu.

Beliau turut menuding jari kepada pemimpin Eropah yang didakwanya sengaja menghasut rakyat dan mencetuskan provokasi bagi menggugat kestabilan negara itu.

Situasi di rantau itu kini dilaporkan berada pada tahap paling genting, dengan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa mula membatalkan penerbangan ke Teheran ekoran kebimbangan berlakunya konflik bersenjata dalam masa terdekat.


BETUL KE

BERITA INI ?

AMIN

ATAU TAKTIK

UNTUK TRUMP

TARIK DIRI

AMIN

KERANA ISRAEL

TAKUT

BOM BOM TEL AVIV

KHALAS

Tiada ulasan: