Khamis, 5 Februari 2026

JIKAN BENAR - INI CONTOH ZIONIS TEMPATAN



Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta


KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan penduduk di Asia Barat khususnya Gaza, Palestin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

BH difahamkan, siasatan awal mendapati suspek yang juga pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan itu antara 2022 hingga 2024.

Dia dipercayai meluluskan dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua syarikat lain bagi tujuan pelaburan.

"Siasatan mendapati dalam syarikat itu terdapat individu dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan.

"Siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO itu sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi misi kemanusiaan di Gaza," kata sumber itu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mahkamah Majistret Putrajaya juga membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat SPRM di hadapan Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi.

WOIT

MEDIA PUKIMAK

SEBUT LAH

NAMA NGO INI

AMIN

JIKA BENAR

TUDUHAN INI 

MAK INI CONTOH

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS

Tiada ulasan: