Khamis, 5 Februari 2026

TAHNIAH SABAH !!!




Sabah lancar buku perundangan lindungi hutan untuk generasi akan datang, pertama seumpamanya di dunia

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini melancarkan Buku Sistem Jaminan Perundangan Kayu Sabah Plus (Sabah TLAS+) bagi memastikan kesiapsiagaan negeri itu berdagang secara bertanggungjawab, melindungi hutan demi generasi akan datang serta kekal sebagai peneraju yang dipercayai dalam ekonomi hijau global.

Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata Sabah TLAS+ adalah sistem pertama seumpamanya di dunia yang menyelaraskan secara menyeluruh aspek perundangan, keperluan bebas penebangan hutan di bawah Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) serta prinsip kelestarian sukarela dalam satu rangka kerja bersepadu.

"Ini meletakkan Sabah di barisan hadapan jangkaan peraturan dan pasaran global," katanya ketika merasmikan pelancaran Buku Sabah TLAS+ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Masidi Manjun, yang juga Menteri Kewangan negeri.

Hajiji berkata Sabah TLAS+ dihasilkan sebagai tindak balas terhadap perkembangan pasaran global, termasuk EUDR yang dijangka berkuat kuasa menjelang akhir 2026, yang menuntut produk kayu bukan sahaja sah dari segi undang-undang, malah bebas penebangan hutan, boleh dijejaki dan melalui penilaian risiko ketat.

"Kerajaan Negeri, menerusi Jabatan Perhutanan Sabah mengambil langkah proaktif dengan bekerjasama dengan Fasiliti Kerjasama Kesatuan Eropah-Malaysia pada 2024 bagi menaik taraf sistem sedia ada kepada Sabah TLAS+.

"Peningkatan ini memastikan rangka kerja tadbir urus kita kekal sejajar dengan piawaian antarabangsa, di samping memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan integriti di sepanjang keseluruhan rantaian bekalan," katanya.

Hajiji berkata Sabah TLAS+ mengintegrasikan elemen tadbir urus termaju, termasuk kebolehjejakan digital, geolokasi serta perlindungan sosial dan alam sekitar yang diperkukuh.

"Ia memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan bebas penebangan hutan dan bebas degradasi hutan.

"Selain itu, ia turut merangkumi prinsip sukarela yang sejajar dengan Arahan Ketekunan Wajar Kelestarian Korporat Kesatuan Eropah (EU CS3D), sekali gus memperkasa syarikat untuk memperkukuh pengurusan risiko hak asasi manusia dan alam sekitar selaras dengan jangkaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) global," katanya.

Hajiji berkata secara praktikal, pengeluar kayu Sabah kini bukan sekadar memenuhi piawaian undang-undang minimum, malah dilengkapi keupayaan untuk membuktikan pematuhan yang telus dan bersedia ESG bagi pasaran dunia yang paling menuntut.

"Sabah kini terbuka untuk perniagaan lestari. Kayu-kayan kami adalah sah, boleh dijejaki, dihasilkan secara bertanggungjawab dan berdaya saing di peringkat global," katanya.

Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Kesatuan Eropah atas sokongan teknikal dan kewangan yang diberikan.

"Kami menghargai kerjasama ini dan menantikan peluasan kerjasama bidang baharu, termasuk pendidikan dan pemuliharaan. Saya juga memuji Jabatan Perhutanan Sabah serta pemain industri dan pihak berkepentingan kerana merealisasikan visi ini," katanya.– BERNAMA




TAHNIAH SABAH

WALAU PUN

MADAFAKA

DAH GADAI

RIBUAN HEKTAR

TANAH PADA INDON

AMIN

SABAH JAGA

HUTAN

SABAH JAGA

OXYGEN

AMIN

SABAH JAGA

JANGAN TERGADAI

PADA CUKONG

KHALAS

Tiada ulasan: