Rabu, 1 April 2026

TRUMP MENGAKU KALAH !!!


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

APA JADI DENGAN

GERTAK NAK BOM

LOJI LETERIK IRAN

NAK BOM 

JANA KUASA IRAN

KAH KAH KAH

AMIN

JELAS AMERIKA

DAH LENGIT

AMIN

IRAN BERJAYA

GUNA 

SELAT HORMUZ

SEBAGAI SENJATA

KHALAS 


AS akan tinggalkan Iran 'tidak lama lagi' - Trump

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menamatkan operasi di Iran 'tidak lama lagi', kemungkinan dalam tempoh dua hingga tiga minggu, kata Presiden AS, Donald Trump.

Beliau berkata demikian ketika pentadbirannya masih berbincang dengan Iran dan serangan udara terhadap republik Islam itu masih diteruskan.

"Apa yang saya perlu lakukan hanya keluar dari Iran dan kami akan melakukannya tidak lama lagi, mereka akan jatuh merudum.

"Kami sedang menamatkan tugas itu dan saya fikir dalam masa mungkin dua minggu, mungkin beberapa hari lebih lama, untuk menyelesaikan tugas itu," katanya ketika ditanya pada satu acara di Rumah Putih mengenai kesan harga bahan api yang tinggi sejak permulaan perang pada 28 Februari lalu.

Trump turut berkata bahawa penamatan operasi AS itu tidak bergantung kepada sebarang perjanjian dengan Iran, yang telah menutup Selat Hormuz kepada laluan kapal tangki minyak.

"Mereka tidak perlu membuat perjanjian dengan saya. AS hanya akan berundur apabila yakin Iran tidak lagi mampu menghasilkan senjata nuklear. Sama ada kita ada perjanjian atau tidak, itu tidak relevan," katanya.

Trump mengulangi gesaannya di platform Truth Social pada Selalu lalu supaya negara lain mendapatkan bekalan minyak sendiri melalui Selat Hormuz, selepas sekutu AS enggan membantu membuka semula laluan kapal tangki itu.

"Jika Perancis atau mana-mana negara lain mahu mendapatkan minyak atau gas, mereka boleh melalui Selat Hormuz, mereka akan pergi ke sana, dan mereka mampu mempertahankan diri sendiri.

"Apa yang berlaku dengan selat itu, kami tidak akan terbabit, kerana negara-negara ini, China akan pergi dan mengisi bahan api kapal-kapal mereka yang cantik… dan mereka akan menjaga diri mereka sendiri. Tiada sebab untuk kami melakukannya.

"AS tidak akan berada di sana untuk membantu anda lagi, sama seperti anda tidak berada di sana untuk kami. Iran pada asasnya telah dilemahkan sepenuhnya. Bahagian paling sukar telah selesai. Pergi dapatkan minyak sendiri!," katanya.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, turut mengulangi mesej itu dalam satu sidang media sambil mengesahkan beberapa hari mendatang akan menjadi tempoh penting dalam konflik itu.

"Hari-hari mendatang akan menjadi penentu. Iran tahu perkara itu dan hampir tiada apa yang boleh mereka lakukan dari segi ketenteraan mengenainya," katanya.

Hegseth turut memaklumkan beliau telah melawat tentera AS yang terbabit dalam operasi di rantau berkenaan, namun lokasi tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

"Kami berada di lapangan di Pentadbiran Pusat (CENTCOM) pada Sabtu selama kira-kira setengah hari," kata Hegseth, merujuk kepada perintah tentera AS yang bertanggungjawab bagi rantau berkenaan. - AFP

PENJAWAT AWAM KAKI RASUH TERBESAR


SELAMA INI

KITA TERSILAP

AMIN

SEBENARNYA

PENJAWAT AWAM

ADALAH

 KAKI RASUAH

TERBESAR DALAM

NEGARA

KHALAS

Kehilangan wang tunai berjumlah AS$6.94 juta (kira-kira RM25 juta) yang dirampas SPRM daripada bekas Ketua Pengarah MEIO, Datuk Hasanah Abdul Hamid, membawa kepada penahanan tiga pegawai suruhanjaya tersebut pada 2021. Kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas laporan kehilangan dibuat. 
Astro Awani

                        Unknown commented on
 "MALAYSIA TANPA 
RASUAH & FREELOADER"

Ada 3 juta penjawat awam akan turun jalanraya dengan TT bila ini berlaku..kakakaka...indoctrinated and brainwashed every friday...kakakak...good luck to isle

MARI KITA HIDUP MENJADI MANUSIA BAIK


MARI KITA

HIDUP MENJADI

MANUSIA BAIK

AMIN 


Unknown commented on
 "PERTAHANAN AMERIKA TERBARAI DI PUKUL IRAN"

Kalau hidup sebagai manusia, baik buat kebaikan, kalau selama ini semuanya kejahatan baik tiada langsung, untuk itu selama berkurun kuasa membutakan manusia, baik Arab baik Yahudi baik pelampau agama baik pelampau kejahatan bangsa, semuanya menyusahkan umat manusia, lebih baik tiada langsung, hidup menyusahkan orang seakan biawak makan bangkai, 

sama juga kepada pemabuk penagih dadah penagih ketum semuanya dilupuskan selamat dunia, yang jahat lupuskan, yang baik kita jaga, jadi manusia yang jahat penghasut perlu ditamatkan riwayatnya amin, kalau semua orang jahat ini dilupuskan dunia akan lebih selamat lebih sejahtera lebih baik, kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 1 APRIL   2026

RAYA HARI KE 12

PERANG HARI KE 33

AMARAN TRUMP TAMAT  LAGI 4 HARI


AMARAN TRUMP KOYAK – BUKAN APRIL FOOL – BETUL BETUL KOYAK  - kah kah kah

Mula amaran 48 jam – tangguh 6 hari kini lagi 4 hari Trump akan bom loji jana kuasa leterik Iran. KAH KAH KAH 

TAPI TAK JADI – kah kah kah

KAH KAH KAH – seperti biasa TRUMP CHICKEN OUT kah kah kah. TAK JADI – dalam masa 3 minggu Trump akan arahkan tentera Amerika tinggalkan Iran kah kah kah

TRUMP MERAJUK TAK NAK MAHU  BERPERANG LAGI – merajuk kerana sekutu macam UK, Jepun, Jerman, Peranchis tak nak bantu  Amerika  bebaskan Selat Hormuz.

Kini Trump berkata : LU NAK MINYAK  LU PERGI SENDIRI BUKA SELAT HORMUZ. – kah kah kah

Jelas kuasa Amerika dah luntur. KINI SELAT HORMUZ jadi milik Iran – Negara Arab Barua Amerika dah tak dapat buat apa kah kah kah PADAN MUKA.

Trump juga  sedang minta DINAR DAN DOLAR dari negara Arab yang jadi barua Amerika. Trump mahu mereka juga bayar kos perang kah kah kah kerana BIL PERANG DAH MASUK  BERBILION DOLAR – ekonomi Amerika dah bengkok kah kah kah.

PADAN MUKA – jelas Iran telah mencapai kejayaan. BETUL banyak kota dan bandar Iran musnah tapi Iran tetap teguh  berdiri.

LEPAS INI IRAN akan membuat senjata nuklear – sama seperti yang di lakukan oleh Korea Utara – DENGAN ADA SENJATA NUKLEAR – IRAN TIDAK AKAN DI GANGGU GUGGAT LAGI – Amin.

DEMO MINYAK  NAIK
Ahad ini jam 3 petang ada DEMO LAWAN HARGA MINYAK -  BERHIMPUN DI SOGO – Turun Turun Turun -  

Banyakkan lagi demo – kalau boleh tiap minggu – TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA !!! amin.

HOKKIEN
Pagi ini basah  sejuk. Matahari belum keluar. Kemarin hujan petang. Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus berjerebu.

Ha ha – pagi ini gua dengar suara How Wow  tapi tak lama. Pagi ini tak ramai kereta. Tak ramai keluarga sembahyang . Tak ada bunyi mercun. 

Hujan lebat - angin kuat tiga hari dulu membawa bala - Pokok tua  tumbang -  himpap  pokok muda - Halang jalan. Gua nak masuk dan nak keluar wajib membongkok. Ini tanah bukan milik Hokkien - kalau milik Hokkien pasti kayu akan di potong - Ini kawasan  tanah milik kerajaan - simpanan untuk jalan. 

Satu kumpulan Warga Hokkien  menyalak bila mereka nampak Tak Tak.    Ini menyusahkan gua kerana Tak Tak bukan berundur tapi pergi hadapi mereka. 

Gua terpaksa  tarik Tak Tak – Jantan Putih ikut sama – Ini Jantan baik suka berkawan dengan Tak Tak.

Pesta Sembahyang Kubur belum selesai – Hujung minggu ini pasti akan sibuk kembali.

Di luar cuaca mendung – matahari  masih belum  bercahaya.  Apakah redup hingga ke petang ? Gua harap tengah hari akan panas. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
APRIL FOOL

BRO
Dalam hidup ini lu di tentukan oleh sikap. Hanya sikap lu yang dapat bertahan dalam badai hidup.

BRO
Jika lu nampak Minah cun – lu tertarik – lu rapati dan minta no talipon. Talipon dia segera dan ajak bertemu.  Tak buat tak jadi.

BRO
Jangan malas mencuba. Lu tak mencuba  lu gagal. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA