Rabu, 14 Oktober 2026

KALIMANTA MASIH TERBAKAR


BAHANG PANAS

BAWA KERING

AMIN

KERING BAWA

KEBAKARAN

KHALAS


Kawasan panas kebakaran hutan meningkat lebih dua kali ganda di 6 wilayah keutamaan Indonesia


JAKARTA: Kawasan panas kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah keutamaan Indonesia meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sehari, melonjak daripada 238 kepada 542 dengan keadaan jerebu yang semakin mengancam kualiti udara serta mengganggu perjalanan udara di beberapa bahagian negara itu.

Kementerian Perhutanan memaklumkan, hari ini sebanyak 1,085 kawasan panas dikesan di seluruh negara setakat jam 9 malam tadi berdasarkan pemantauan satelit oleh Sistem Informasi Pengesanan Awal Kebakaran Hutan dan Tanah (SiPongi).

Operasi memadamkan kebakaran terus dijalankan di seluruh Sumatera dan Kalimantan.

Kementerian itu berkata, Kalimantan Tengah mencatatkan bilangan kawasan panas tertinggi dalam kalangan enam wilayah berkenaan, melonjak kepada 227 daripada 74 pada hari sebelumnya, diikuti Sumatera Selatan (147 daripada 121) dan Kalimantan Selatan (113 daripada 15).

Kalimantan Barat merekodkan 31 kawasan panas, meningkat daripada 24, manakala Jambi mencatatkan peningkatan kepada 24 daripada empat. Riau pula tidak mencatatkan sebarang kawasan panas.

Kementerian turut memberi amaran bahawa api boleh terus merebak di bawah permukaan, terutamanya di kawasan tanah gambut, walaupun nyalaan api di bahagian atas sudah dipadamkan.

"Bara api boleh bertahan dan merebak di bawah permukaan walaupun api di atas tanah tidak lagi kelihatan. Justeru, terutamanya di kawasan tanah gambut di Sumatera Selatan dan Kalimantan Tengah, operasi pembasahan dan pendinginan mesti diteruskan sehingga kawasan berkenaan benar-benar selamat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jerebu mengganggu perjalanan udara di timur Indonesia, memaksa pembatalan tujuh penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar, Sulawesi Selatan, yang menjejaskan 1,070 penumpang, semalam.

Menurut agensi berita Antara, pembatalan itu membabitkan penerbangan ke Sorong, Ternate, Ambon dan Mamuju, manakala jarak penglihatan yang terhad di Lapangan Terbang Sultan Baabullah di Ternate, Maluku Utara, turut memaksa lencongan penerbangan selepas jarak penglihatan merosot kepada kira-kira 1.2 kilometer.

Dalam pada itu, usaha menyelamat dan melindungi hidupan liar oleh kementerian berkenaan merangkumi 290 ekor haiwan di seluruh negara setakat 8 Oktober, termasuk 96 ekor orang utan Borneo, dengan 272 ekor haiwan direkodkan di empat wilayah di Kalimantan, lapor agensi berita Antara.

ORANG MISKIN TAKDA DUIT BAYAR RASUAH


ORANG MISKIN

TAKDA DUIT

BAYAR RASUAH

AMIN


Unknown commented on
 "KENAPA ORANG MISKIN SELALU MATI DALAM LOKAP POLIS?"

orang miskin x boleh rasuah polis. kalau boleh kenapa nak duduk penjara.

kat indon.. penjara boleh modified jadi hotel 5 bintang

kah ka kah

hidup republik...

DI SOSMAKAN


JIKA NABI ISA

MUNCUL 

KALI KE 2

 DI MALAYSIA

DULU DI ISAKAN

SEKARANG

DI SOSMAKAN

KHALAS


Unknown commented on
 "JIKA NABI ISA MUNCUL SEKALI LAGI ?"

menjawab soalan.. kemungkinan besar ya..

sebab ia telah berlaku nabi isa bukan sahaja ditangkap malah disalib..

hanya mereka yang berilmu dan beriman akan mempertahan kenabian nabi isa..

amin.

Unknown commented on 
"JIKA NABI ISA MUNCUL SEKALI LAGI ?"

Apakah nabi-nabi dulu pada mulanya dianggap orang gila

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 14 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP

BARUA AMERIKA TERUS DI SERANG


ANSARALLAH BERJAYA MELEDAKAN IBU PEJABAT ARAMCO DI RIYADH.

Loji minyak dan paip minyak Saudi terus di serang. Eksport minyak Saudi terhenti.

IRAN
Terus membedil kapal tangki minyak yang TIDAK ikut arahan. Lebih dari 5 buah kapal minyak telah meledak.

Amerika tak dapat buat apa-apa – KAH KAH KAH.

RUSIA
Kyiv ibu kota Ukraine terus di bedil. Kali ini tidak ada  siren amaran. Ini kerana Amerika TIDAK LAGI memberi maklumat  ketenteraan untuk Ukraine. Ukraine dah lopong.

MAT TERAM mahu Ukraine lantik Presiden baru – ganti Zelensky.

IMF 
Satu amaran telah di keluarkan oleh IMF – DAYA TAHAN EKONOMI DUNIA SEDANG DI CABAR.

Jika PERANG IRAN berterusan maka ada kemungkinan banyak negara akan jatuh muflis – kerana tak sanggup beli minyak -  kah kah kah

HOKKIEN
Pagi ini kering – kemarin ujan tak jadi. JEREBU masih menyerang. KL & KL Sentral berjerebu tebal. Matahari masih BOLA API.

Ha  ha – Pagi ini  ramai datang ke lorong masuk – Puppy Itam  dan Siti datang sama.  Paling indah pagi ini Tim Emak Tetek Lanjut dengan Geng Putih dah bersama TIDAK BERGADUH – semua makan bersama.

Gua beri makan satu tempat.

Puppy Itam cukup berani DAH JADI MACAM  SITI berani makan  dekat gua.

Bila Puppy Itam  makan dekat – dapat dilihat  kulit berpenyakit – pagi ini gua beri dia hati ayam dan keropok.


Pagi ini Terkukur datang makan – Tiong tak berlabuh.

Hari ini akan panas. Wahai hujan datanglah bersihkan  dan basuh  jerebu yang dah hampir 3 bulan membawa bahaya. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU

Pohon manggis di tepi rawa
Tempat tumbuh  bunga cempaka
Jangan menangis mari tertawa
Kita tibai si Madafaka

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkai logam suasa
Bila Madafaka  berjaya di halau pergi
Satu negara  berjoget berdansa

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Selasa, 13 Oktober 2026

MALAM INI BERSAMA ZAID IBRAHIM

 


MALAM INI

BERSAMA

ZAID IBRAHIM

AMIN

KENAPA ORANG MISKIN SELALU MATI DALAM LOKAP POLIS?


SAPA BUNUH

MAMAT INI ?

AMIN

KENAPA ORANG

MISKIN SELALU

MATI DALAM

LOKAP?

AMIN

DAH SIASAT KE

BELUM ?

 AMIN 

KENAPA DATUK

 TAN SERI 

ORANG KAYA

 MASUK LOKAP 

TAK PERNAH MATI?

KHALAS


‘Gambar ngeri’ dan kelewatan 18 jam beritahu keluarga: Peguam tuntut kematian tahanan polis disiasat sebagai kes bunuh



Peguam mewakili keluarga seorang lelaki berusia 42 tahun yang ditahan polis bulan lalu dan meninggal dunia kira-kira 10 hari kemudian mempersoalkan sikap berdiam diri pihak berkuasa mengenai kematiannya, sambil menuntut siasatan kes bunuh dijalankan segera susulan pendedahan kecederaan teruk dialami mangsa.

Noorizwan Zulkefly dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 20 September, di mana beliau ditahan di lokap untuk 10 hari berikutnya.

Noorizwan_PC_LFL_Mnow_081026Menurut adiknya, Nooranis, keluarga tidak dimaklumkan mengenai penahanan atau lokasi Noorizwan sepanjang tempoh abangnya berada dalam lokap.

Katanya, pihak keluarga hanya menerima panggilan daripada Bukit Aman kira-kira jam 8 malam pada 1 Oktober, memaklumkan bahawa Noorizwan meninggal dunia dalam tahanan polis pada jam 1.52 pagi hari yang sama, iaitu kira-kira 18 jam sebelumnya, dan mayatnya berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Walaupun abang saya salah, walaupun abang saya jahat, kenapa diperlakukan sebegini? Dia pun seorang manusia. Dia seorang ayah,” kata Nooranis dalam sidang media semalam anjuran kumpulan peguam Lawyers for Liberty, yang turut dihadiri ahli keluarga, saudara mara serta peguam N Surendran dan Wan Nabilah Dina Wan Zamri.

Nooranis berkata pihak polis sepatutnya boleh memaklumkan mereka dengan mudah, memandangkan rumah keluarganya hanya kira-kira lima minit dari IPD Cheras.

Pemeriksaan forensik kemudian mendedahkan Noorizwan mengalami kecederaan di seluruh tubuh, dengan kecederaan paling serius melibatkan bahagian kepala.

“Terdapat bengkak yang meluas di kepala, terutama pada bahagian selaput otak, maknanya lapisan antara otak dan tengkoraknya,” kata Wan Nabilah, memetik laporan pakar patologi forensik.

“Akibat bengkak pada kepalanya, berlaku pendarahan, menyebabkan kecederaan parah dan mungkin mengakibatkan kematiannya.”

Beliau berkata Noorizwan turut mengalami lebam dan koyakan tisu pada bahagian belakang badan, dada, lengan, kaki serta tapak kaki, selain sekurang-kurangnya enam tulang rusuk patah.

“Terdapat gambar-gambar yang agak ngeri menunjukkan bahagian tapak kaki arwah yang menunjukkan bengkak yang begitu teruk dan boleh berpunca daripada pukulan yang sangat-sangat teruk.

“Kami juga dimaklumkan bahawa sebab kematian dipercayai adalah ‘blunt force trauma’ atau dalam bahasa mudah, dia dipukul sehingga mati,” tambahnya.

Noorizwan_lawyers_PC_Surendran_Nabilah_Mnow_081026Pada sidang media itu, Surendran menunjukkan gambar kecederaan dialami Noorizwan, seperti bengkak dan lebam yang teruk pada bahagian kepala, kaki dan tapak kaki, serta kecederaan di pergelangan tangan.

“Seorang manusia biasa yang sihat. Dan lihat apa yang berlaku kepada beliau selepas 10-12 hari di lokap polis. Persoalannya, siapa yang memukul?” soal beliau, sambil mempersoalkan masa lama yang diambil untuk memaklumkan keluarga Noorizwan mengenai keadaan serta kematiannya.

Beliau berkata Noorizwan pada setiap masa merupakan tahanan polis dari tarikh dia ditangkap sehingga dibawa ke HUKM.

Menurutnya, ketua polis negara dan kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan kepada pihak keluarga serta orang ramai.

“Ini tidak boleh diterima di Malaysia pada tahun 2026. Ini adalah salah satu kematian dalam tahanan polis yang terburuk yang pernah saya lihat dalam bertahun-tahun,” katanya.

Surendran menggesa supaya siasatan insiden itu segera diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika ada bukti, dibawa ke mahkamah dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu untuk kes bunuh.”

Beliau turut memberi amaran siasatan itu mesti dikendalikan oleh pasukan bebas peringkat tinggi dari Bukit Aman.

“Bukan IPD Cheras menyiasat tindakan yang dilakukan oleh IPD Cheras sendiri.”