SATU JALUR
PANDAGAN
JUJUR
KOMENTAR
deklarasi rakyat
telah dimomok momokkan
untuk takutkan orang melayu
dipanggil macam macam
deklarasi mahathir-kit siang
dipanggil deklaarasi mahathir
semua ini adalah bukti bahawa
deklarasi ini sedang menjerut
sebenarnya ini hanya wadah
untuk memanggil semua warga
untuk menyeru anak semua bangsa
menyatakan kebencian mereka
terhadap apa yang berlaku
deklarasi ini adalah benda
untuk mengolah persetujuan
menuntut najib berundur
mengolah persetujuan ramai
untuk singkir najib
NOTA
shahidan berkata benar
shahidan tahu apa yang berlaku
shahidan orang dalam
Shahidan akui Deklarasi Rakyat jejaskan kedudukan UMNO
Ia sememangnya memberi kesan kepada UMNO dan pemimpin tertinggi perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung kemelut yang berlaku.
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Shahidan Kassim tidak menolak bahawa kedudukan parti Melayu itu terjejas susulan pengwujudan Deklarsi Rakyat yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bagi memastikan kedudukan UMNO kembali kuat, pemimpin tertinggi perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung kemelut yang berlaku.
Malah, penyertaan Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Shafie Apdal menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap deklarasi yang dibentang itu.
“Kalau kata (UMNO) tak terjejas tak betul. Dia mesti ada kesan. Kita (MT) harus jelaskan pada rakyat bahawa langkah terbaik menukar pemimpin adalah melalui proses demokrasi yang ada sekarang, melalui Parlimen atau Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
NANTi LU
TANDA TANGAN
JANGAN LUPA
-----------