Sabtu, 16 September 2023

HOT HOT TER KINI TER NOWW - BULAN OKTOBER


HOT HOT HOTT

TERKINI TERNOWW 

BULAN OKTOBER

APAKAH BETUL KERAJAAN MADANON
AKAN TAMAT PADA BULAN OKTOBER ?
JENG JENG JENG
ATAU
MAMAT INI KAKI PUTAR
KAKI KELENTONG
KAH KAH KAH

KITA LIHAT DAN TUNGGU
KHALAS

BERAS MAKIN KURANG ?


Perlu koordinasi lebih baik, kajian baharu tangani kekurangan beras, kata petani

PENDEKATAN holistik membabitkan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan boleh mengatasi isu yang membabitkan bekalan beras tempatan di negara ini, kata petani.

Mereka berkata pada masa ini tiada penyelarasan antara agensi di bawah kementerian. Juga tiada persefahaman dengan pembekal baja dan syarikat racun perosak, tambah mereka.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) Muhammad Fuad Yaacob berkata perlu ada komunikasi dua hala antara pihak berkaitan.

Tambahnya, pesawah juga mesti dibenarkan berkongsi pendapat mereka tentang cara meningkatkan pengeluaran padi.

“Masalahnya sekarang ialah setiap agensi memasang kain rentang atau bendera sendiri. Mereka tidak bekerjasama. Mereka perlu duduk berbincang sebagai satu unit di bawah kementerian termasuk pembekal baja dan syarikat racun perosak.

“Perlu ada kajian baru mengenai bekalan beras. Baja dan racun perosak sekarang tidak meningkatkan produktiviti. Jika anda hanya mempunyai pakar untuk bercakap mengenai padi dan produktivitinya, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

“Di atas kertas, segala-galanya mungkin dan perkara di lapangan tidak sama. Tanah, iklim, dan musim di setiap negeri berbeza. Iklim di Johor berbeza dengan Pulau Pinang, musim di Selangor berbeza dengan Kedah.

“Kita tidak boleh menggunakan sistem lama untuk menanam padi lagi. Seperti kata PM kita (Perdana Menteri Anwar Ibrahim), kita perlukan tatakelola yang baik dan mereka yang berkuasa perlu turun untuk melihat apa yang berlaku di lapangan. Biar petani bersuara dan beri mereka lebih banyak masa untuk bercakap,” kata Fuad.

Awal minggu ini Dewan Rakyat membangkitkan kebimbangan mengenai kekurangan beras domestik dan menaikkan harga beras import ketika membahaskan kajian semula pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani kekurangan 38% bekalan beras untuk kegunaan tempatan.

Beliau berkata negara itu berdepan saingan sengit daripada Indonesia, yang mengalami kekurangan 42% dalam bekalan tempatannya, dan Filipina, pengimport beras terbesar di Asia Tenggara, dengan import bernilai AS$1.3 bilion (RM6.1 bilion) pada 2021.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam pada itu berkata tiada siapa yang patut menuding jari mengenai bekalan beras kerana masalah itu diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

Mohamad berkata kementerian memperkenalkan Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah jangka pendek bagi memastikan beras tempatan mencukupi di pasaran.

Beliau berkata di bawah program itu, pengilang padi dan pemborong beras diminta menambah bekalan beras putih tempatan sebanyak 20%.

Mohamad berkata kementerian sebelum ini memperkenalkan inisiatif seperti Projek Padi Pintar Berskala Besar Mini Sekinchan, yang mana mereka berjaya meningkatkan pengeluaran padi kepada 11 tan metrik sehektar.

Situasi bekalan negara menjadi perhatian selepas Padiberas Nasional Bhd (Bernas) mengumumkan ia menaikkan harga beras putih import di semua gudangnya di seluruh negara kepada RM3,200 satu tan, daripada RM2,350 satu tan, berkuat kuasa serta-merta.

Eksploitasi pasaran?

Sementara itu, penyelaras Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia Nurfitri Amir Muhammad mempersoalkan mengapa Malaysia menghadapi kekurangan beras putih.

Tambahnya, perkara itu boleh diatasi sekiranya siasatan menyeluruh dilakukan oleh kementerian.

“Ada sedikit senario tetapi saya rasa ia tidak mungkin. Mengikut statistik, kita menghasilkan 65% bekalan beras dan oleh itu bekalan mesti dengan pemborong atau dengan kilang.

“Adakah mereka menahan bekalan? Jika ada, maka ini adalah eksploitasi pasaran. Tetapi saya rasa ini sangat tidak mungkin kerana harganya telah ditetapkan pada RM2.60. Tiada gunanya mereka menahannya kerana harganya akan kekal sama.

“Jadi saya rasa perlu ada siasatan rapi. Mereka perlu pergi ke kilang atau pemborong dan semak. Mereka perlu menyemak berapa banyak stok yang ada dan melihat melalui rekod,” kata Amir. – 16 September, 2023.


MULAKAN KEMPEN 

BUMI HIJAU

AMIN

TANAM PADI

TANAM UBI

TANAM KELADI

AMIN

JANGAN BIARKAN

TANAH KOSONG

KHALAS

SOSOK CONTOH PEMIMPIN PAS



JIKA SOSOK INI

MEMIMPIN PAS

PASTI BERJAYA

TAKDA SAPA TAKUT

KHALAS

HIMPUNAN RXZ


HIMPUNAN

RXZ

KHALAS


Unknown commented on
 "PENJAWAT AWAM 
SOKONG PERIKATAN"

Bani melayu ini sejak zaman berzaman memang suka pilih orang yang salah rasuah korup kah kah kah kata lah apa pun tapi akhirnya akan sokong Bossku siapa paling banyak menderhaka dia akan dapat sokongan walaupun menghina kerabat diraja kah kah kah tak percaya sokongan terhadap Sanusi kah kah Mat Rempit RXZ

MENGHASUT UNTUK KEBAIKAN


MENGHASUT

UNTUK

 KEBAIKAN

KHALAS

Unknown commented on 
"SEMUA TURUN BERDEMO
 PETANG ESOK"
Siapa Cui Bono? Siapa untung? Siapa rugi? Dalam semua perkara kita kena kira siapa untung siapa rugi? Pasti orang politik ini untung dipanggil untung politik tapi rakyat dapat apa? Dapat vaksin lagi tak? Dapat subsidi tak? Dapat bantuan beras gula minyak masak atau warga asing sama sapu semua barang subsidi negara? Kesian patutlah tapi jangan kesian sangat sampai anak bini kita susah kan?

 Orang-orang bujang tak ada tanggungjawab tak ada beban suka hati dia hidup menghasut orang-orang lain, tapi akhirnya hidup dia senang belaka, kah kah kah yang menghasut beri apa apa kebaikan tak? Tak salah bantah tak salah demo tapi kena tanya apa dapat kalau buat begitu? Siapakah akan untung? Kah kah kah

SABTU 16 SEPTEMBER


SABTU BERDEMO

SABTU 16 SEPTEMBER 2023
HARI INI HARI KEMATIAN CHIN PENG
CUTI UMUM
KERANA JATUH HARI SABTU
DI ALIH  CUTI UMUM
KE HARI SENIN
KAH KAH KAH

HARI INI
ADA DEMO JAM 2 PETANG
MULA BERHIMPUN
DI KAMPUNG  BARU
APAKAH AKAN BERARAK
KE SOGO
JENG JENG JENG

IKLAN DEMO CUKUP BANYAK
PEGUAM BERI IKLAN
PEMUDA GEROMBOLAN BERI IKLAN
JAMAL TONGKOL BERI IKLAN
PALING CUN
ABANG POLIS 
TIAP HARI BERI IKLAN
KAH KAH KAH

TERIMA KASIH
ABANG POLIS

DEMO INI KALAU
ADA 1000 TURUN
DIANGGAP BERJAYA
JIKA 100 TURUN
INI DEMO PALAT

JIKA ADA TEMBAK GAS
JIKA ADA TANGKAPAN
ERTINYA DEMO BERJAYA
AMIN

LIBYA
MAYAT MASIH  DITEMUI
BANTUAN LUAR NEGARA
MASIH KURANG
KERANA LIBYA ADA
DUA KERAJAAN
TAK TAHU MANA YANG SAH

AMERIKA
PENDAKWA MAHU
HALANG TRUMP DARI BERCAKAP
KAH KAH KAH
INI KERANA BILA TRUMP 
BUKA MULUT
SAHAM  TRUMP UNTUK
JADI CALON PRESIDEN
MELONJAK NAIK
JENG JENG JENG

RUSIA
PUTIN DAN KIM JUNG UN
BERTUKAR RIFLES
KIM MENERUSKAN LAWATAN
KE RUSIA
ADA PEJANJIAN
JUAL BELI SENJATA ?
JENG JENG JENG

MEXICO
DEWAN SENATE MEXICO
MELIHAT DUA JENAZAH UFO
INI UNTUK MEMBUKTIKAN
BAHAWA MAHKLUK UFO
TELAH WUJUD LAMA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI TAK KELUAR
DERAMAN KERETA
TAK KUAT KERANA HARI CUTI

TERKUKUR BERLAGU
CENGEKRIK BERSIMPONI
GUA RASA HARI INI 
AKAN PANAS

PAGI INI 
GUA TAK KE CHOW KIT
KAWAN GUA SEMUANYA
MAIN KAIN SARONG
DALAM LRT
KAH KAH KAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN

RUMAH AGAM RUMAH BERUMUR
BILA RUTUH BAWA TRAJEDI
PETANG SABTU HARI BERDEMO
TENGOK APA AKAN TERJADI

SAIFOL BUKAHARI DILIWAT KONON
JUBO KOYAK KENA  TUJAH
DEMO TEKANAN PADA MADANON
TIPU RAKYAT BEBAS PERASUAH

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERDEMO