Khamis, 16 November 2023

MELAYU DAH TAHU MENIAGA



Wanita dihadap ke mahkamah bunuh rakan kongsi perniagaan

MARANG – Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh wanita warga emas yang juga rakan kongsi perniagaannya di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang, dua minggu lepas.

Tertuduh Nooraini Remali, 35, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan manakala tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Norzihan Abd Karim, 65, di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, antara 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 Nov lepas.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli menetapkan 15 Jan depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Sebelum ini seorang wanita ditahan pada 1 Nov lepas setelah mayat mangsa dengan 15 kesan tikaman di badannya ditemukan pengawal keselamatan di dalam longkang di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang dekat sini pada 4.35 pagi. – BERNAMA



INI MELAYU BARU

MELAYU BISNES

PANDAI NIAGA

AMIN

NIAGA ITU NIAGA

KAWAN BOLEH

GI MATI

KAH KAH KAH

KHALAS

RINGGIT JATUH LAGI


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan aktiviti pengambilan untung terhadap unit tempatan itu susulan prestasi peningkatannya yang ketara baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 9.20 pagi ini ringgit diniagakan rendah pada paras 4.69600/7015 berbanding dolar AS daripada paras 4.6695/6755 semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata di peringkat luaran misalnya data AS terus memaparkan keadaan ekonomi yang tepu apabila jualan runcitnya jatuh 0.1 peratus bagi bulan ke bulan pada Oktober iaitu penurunan pertama sejak Mac lepas.

Namun katanya kadar jangka pendek lebih tinggi dengan hasil Perbendaharaan dua tahun AS meningkat lapan mata asas kepada 4.91 peratus berikutan keadaan pasaran yang kekal berhati-hati terhadap unjuran depan Kadar Dana Persekutuan bagi masa akan datang.

Dalam pada itu Jepun menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 menguncup 0.5 peratus bagi suku ke suku dan mewajarkan langkah bank pusatnya untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Selain itu Indeks Harga Pengguna (IHP) Eropah terus menyederhana kepada 4.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober daripada 4.9 peratus sebelum ini sekali gus membayangkan kadar faedah Bank Pusat Eropah juga menghampiri paras kemuncaknya.

Sementara itu ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.1058/1097 daripada 3.1049/1091 pada akhir urus niaga semalam, rendah berbanding euro kepada 5.0933/0992 daripada 5.0669/0734 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8268/8336 daripada 5.8187/8261.

Ringgit juga rendah berbanding mata wang Asean lainnya iaitu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4757/4800 daripada 3.4615/4662 pada Rabu dan turun berbanding peso Filipina pada 8.40/8.42 daripada 8.36/8.38 sebelum ini.

Selain itu unit tempatan berkenaan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1799/2005 daripada 13.1713/1935 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.2/302.8 daripada 300.5/301.1 – Bernama, 16 November, 2023.


RINGGIT

JATUH LAGI

JENG JENG JENG

WAT IS DE

BEKOS

JENG JENG JENG

RAKYAT NAK 

TAHU KENAPA?

JENG JENG JENG

MENTERI KEEWANGAN

KENAPA IKUT PM

KE AMERIKA

PATUT JAGA

EKONOMI

KAH KAH KAH

MANA RAFIZI

RAKYAT NAK DIA

JAGA EKONOMI

AMIN

KHALAS

JUMPA TEROWONG BOM MELEDAK


JUMPA TERROWONG

BOM MELEDAK

KHALAS

MELANCUNG KE ARAB SAUDI


MELANCUNG

KE ARAB SAUDI

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"TUKAR STARBUCK JADI STARTUM"

Takat boikot air kopi, kentut je dol… cuba boikot melancong arab saudi.. setahun dua tahun boikot, merekakan dah undi tak nak tolong palestine… jahanam pak arab pak arab nie…

PENJAJAH BAWA CHINA DAN INDIA MASUK KE TANAH MELAYU


 

PENJAJAH JUGA

BAWA CHINA & INDIA

MASUK

KE TANAH MELAYU

KHALAS

Unknown commented on 

"KEMPEN BOIKOT PRODUK PRO ZIONIS MAKIN MEREBAK"


Ramai bijak ramai pandai tapi tak sedar punca asal usul semua sengeta dunia ini asalnya diwujudkan oleh penjajah, seluruh dunia penjajah ini merompak meragut segala hasil bumi dibawa balik ke Britain dibawa balik ke Sepanyol dibawa balik ke Belanda menjadi kaya raya sehingga kini, semasa peninggalan kononnya memberi kemerdekaan kah kah kah sama perangai Britain yang membawa pelarian Yahudi ke Palestin, 


mereka merompak segala kekayaan negara negara dijajahi sehingga kering kontang tetapi semuanya menganggap mereka sebagai dewa Tuhan sehingga kini, tahu berapa negara hilang sejarah hilang segala hasil bumi dilantik orang-orang macam United Gerombolan supaya terus menghamba merompak segala sampai inilah, bacalah habis sejarah bacalah banyak supaya ilmu penuh bukan sekadar retorik bukan sekadar emosi tapi cari penyelesaian bebaskan seluruh umat dunia ini kah kah kah kuasa besar terus mengawasi segalanya bodohnya orang-orang kita menadah tangan mencium tangan kah kah kah

HUJAN


HUJAN

KHAMIS 16 NOVEMBER 2023

IKLIM DAH BERUBAH
PAGI PANAS
PETANG HUJAN
BANJIR KILAT DI KL
BANJIR BESAR DI TEMPAT LAIN

HUJAN DAN PANAS INI
SATU TANDA YANG AMAT JELAS
TENTANG PERUBAHAN IKLIM

SATU LAGI TANDA
IALAH DURIAN

DURIAN DULU  BERMUSIM
BERBUAH SETAHUN SEKALI
SEKARANG DURIAN DAH MACAM
BUAH KELAPA
ADA SEPANJANG TAHUN

TAK CAYA SILA PERGI
PASAR CHOW KIT
WARUNG DURIAN DISANA SINI
KAH KAH KAH

GAZA
LEBIH 100 ORANG SOLDADU ZIONIS
MEREMPUH MASUK
KE HOSPITAL AL-SHIFA
DI KATAKAN TEMPAT GERILA HAMAS
SIMPAN SENJATA
DAN
DI BAWAH HOSPITAL INI
ADA TEROWONG
YANG JADI PUSAT HAMAS

NEW YORK
MAJLIS KESELAMATAN PBB
LULUS RESOLUSI 
UNTUK GENCATAN SENJATA
AMERIKA BERKECUALI
ZIONIS ISRAEL TAL AMBIL POT

AMERIKA
XI JINPING JUMPA BIDEN
PERSIDANGAN APEC
BERMULA 
DI SAN FRANCISCO

HOKKIEN
PAGI INI CERAH  BASAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH

MATAHARI DARI ARAH
SUNGAI BESI BERSINAR INDAH
MENJADIKAN PAGI CERAH

WOW
CENGKERIK GUMBIRA
BUMI BASAH 
HUJAN PETANG KELMARIN
LOPAK AIR DIATAS JALAN
MEMANGGIL TIONG 
MENCARI CACING

HARI INI AKAN PANAS
CAHAYA DAH MELIMPAH
DI BALKONI GUA
PETANG MUNGKIN HUJAN
MENJADIKAN MALAM SEJUK
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG SEGAR

BRO
UNTUK MINUM KOPI YANG ENAK
TERLEBIH DAHULU
AIR WAJIB DI MASAK

BRO
BAHAGIA TAK BOLEH
DIBELI DENGAN DUIT
TAPI ADA DUIT LEBIH BAIK
DARI TAKDA DUIT

BRO
KITA BUKAN SEPENUHNYA
MEMBENCI
KADANG KADANG KITA
KURANG FAHAM 
DAN MENGERTI

BRO
LU JANGAN TAKUT
BERJALAN LAMBAT
TAKUT JIKA LU
TAK BERGERAK LANGSUNG

BRO
MASA LU TERBATAS
JANGAN HABISKAN
DENGAN SI BEBAL

BRO
GUA JADI GUA
SEPERTI SEKARANG
KERANA KELMARIN GUA PILIH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS