Khamis, 16 November 2023

HUJAN


HUJAN

KHAMIS 16 NOVEMBER 2023

IKLIM DAH BERUBAH
PAGI PANAS
PETANG HUJAN
BANJIR KILAT DI KL
BANJIR BESAR DI TEMPAT LAIN

HUJAN DAN PANAS INI
SATU TANDA YANG AMAT JELAS
TENTANG PERUBAHAN IKLIM

SATU LAGI TANDA
IALAH DURIAN

DURIAN DULU  BERMUSIM
BERBUAH SETAHUN SEKALI
SEKARANG DURIAN DAH MACAM
BUAH KELAPA
ADA SEPANJANG TAHUN

TAK CAYA SILA PERGI
PASAR CHOW KIT
WARUNG DURIAN DISANA SINI
KAH KAH KAH

GAZA
LEBIH 100 ORANG SOLDADU ZIONIS
MEREMPUH MASUK
KE HOSPITAL AL-SHIFA
DI KATAKAN TEMPAT GERILA HAMAS
SIMPAN SENJATA
DAN
DI BAWAH HOSPITAL INI
ADA TEROWONG
YANG JADI PUSAT HAMAS

NEW YORK
MAJLIS KESELAMATAN PBB
LULUS RESOLUSI 
UNTUK GENCATAN SENJATA
AMERIKA BERKECUALI
ZIONIS ISRAEL TAL AMBIL POT

AMERIKA
XI JINPING JUMPA BIDEN
PERSIDANGAN APEC
BERMULA 
DI SAN FRANCISCO

HOKKIEN
PAGI INI CERAH  BASAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH

MATAHARI DARI ARAH
SUNGAI BESI BERSINAR INDAH
MENJADIKAN PAGI CERAH

WOW
CENGKERIK GUMBIRA
BUMI BASAH 
HUJAN PETANG KELMARIN
LOPAK AIR DIATAS JALAN
MEMANGGIL TIONG 
MENCARI CACING

HARI INI AKAN PANAS
CAHAYA DAH MELIMPAH
DI BALKONI GUA
PETANG MUNGKIN HUJAN
MENJADIKAN MALAM SEJUK
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG SEGAR

BRO
UNTUK MINUM KOPI YANG ENAK
TERLEBIH DAHULU
AIR WAJIB DI MASAK

BRO
BAHAGIA TAK BOLEH
DIBELI DENGAN DUIT
TAPI ADA DUIT LEBIH BAIK
DARI TAKDA DUIT

BRO
KITA BUKAN SEPENUHNYA
MEMBENCI
KADANG KADANG KITA
KURANG FAHAM 
DAN MENGERTI

BRO
LU JANGAN TAKUT
BERJALAN LAMBAT
TAKUT JIKA LU
TAK BERGERAK LANGSUNG

BRO
MASA LU TERBATAS
JANGAN HABISKAN
DENGAN SI BEBAL

BRO
GUA JADI GUA
SEPERTI SEKARANG
KERANA KELMARIN GUA PILIH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS

Tiada ulasan: