Jumaat, 6 September 2024

DAKWA DAN HUKUM





'Kerabat Pahang terlibat jenayah, langgar undang-undang tidak dilindungi' - Tengku Mahkota Pahang
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil, berhubung dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sini, Jun lalu.

Tengku Hassanal bertitah, baginda memandang serius mengenai laporan berita yang tular di media sosial mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Alias Awang, menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan kecederaan

"Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

"Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang," titah Tengku Hassanal dalam kenyataan media hari ini.

Sebuah portal secara dalam talian hari ini melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat Diraja Pahang.

Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pahang,  Yahaya Othman, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.

Katanya, kertas siasatan sebelum ini dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dikembalikan untuk tindakan selanjutnya.

"Ketika ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan seperti yang diarahkan sebelum dihantar semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," kata Yahaya.

SIASAT TANGKAP

BAWA

KE MAHKAMAH

UNTUK DIDAKWA

AMIN

SALAH BENAR

MAHKAMAH

TENTUKAN

AMIN

JANGAN JADI KES

OKU SAMPAI

HARI INI TAKDA

DAKWAAN

AMIN

KHALAS

MENCARI JALAN DAMAI



Putin sedia berbincang dengan Ukraine


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata beliau sedia untuk berbincang dengan Ukraine atas dasar perjanjian yang dibatalkan antara perunding Moscow dan Kyiv yang dicapai di Istanbul pada 2022.

"Adakah kami bersedia untuk berunding dengan mereka?.

"Kami tidak pernah menolak untuk berbuat demikian, tetapi bukan atas dasar beberapa tuntutan sementara, tetapi berdasarkan dokumen-dokumen yang dipersetujui dan sebenarnya diinisialkan di Istanbul," kata Putin pada forum di Vladivostok.


Russia sebelum ini berkata, pencerobohan Kyiv ke atas wilayah Kursk menyebabkan perbincangan tidak dapat dilakukan.

Kremlin berulang kali mendakwa Russia dan Ukraine berada di ambang perjanjian pada musim bunga 2022, sejurus selepas Moscow melancarkan serangannya di Ukraine.

"Kami berjaya mencapai persetujuan, itulah intipatinya. Tandatangan ketua delegasi Ukraine yang memulakan dokumen ini membuktikan perkara ini, yang bermaksud bahawa pihak Ukraine secara amnya berpuas hati dengan perjanjian yang dicapai," kata Putin.

"Ia tidak berkuat kuasa hanya kerana mereka diberi arahan untuk tidak berbuat demikian, kerana golongan elit Amerika Syarikat, Eropah, beberapa negara Eropah mahu mencapai kekalahan strategik Russia," tambah Putin.

Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh, manakala 271 lagi cedera susulan Russia menyasarkan dua peluru berpandu balistik ke atas institut ketenteraan di bandar Poltava di tengah Ukraine.

Ia dipercayai adalah serangan tunggal yang paling banyak meragut nyawa dalam perang tahun ini.

Rakaman gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan beberapa mayat remaja lelaki bergelimpangan di atas kawasan yang dipenuhi runtuhan, berlatarbelakangkan keadaan bangunan yang rosak teruk.

INI BERITA BAIK

CARI JALAN DAMAI

AMIN

DAH BERATUS

RIBU MATI

AMIN

DAH BERJUTA

HILANG RUMAH

AMIN

APALAGI NAK

DI TUNGGU

AMIN

KHALAS

BISU PEKAK DAN TULI TURUN BERDEMO


SANG BISU

SANG PEKAK

SANG TULI

TURUN BERDEMO

KHALAS

DEMI KUASA JUAL AYAT SUCI


DEMI KUASA

JUAL

AYAT SUCI

AMIN

Unknown commented on
 "BILA NAK DAKWA AZAM BAKI"

Ini skrip lama, lakon layar lama, tak ada baru, orang mungkin bertukar, tetapi akan pakai skrip lama, musuh lawan lawan sampai masuk mahkamah, kawan kawan dibiarkan walaupun ada 47 kes, boleh bagi diskaun, boleh buat potongan denda sampai 60 peratus, tak kira siapa, 

tetap sama, tetap tegar pertahan kuasa, bukan mudah duduk di kerusi kuasa, sedap memang sedap, jadi buat apa saja asalkan ada kuasa, setakat sakan tak hairanlah, budaya dipenuhi dengan ayat-ayat suci murni nanti, kah kah kah lidah tidak ada tulang belakang kena faham, bukan semua janji-janji perlu ditunaikan kah kah kah

HUKUMAN DUA DARJAT


HUKUMAN

DUA DARJAT

AMIN


Unknown commented on 
"MALAYSIA ADA 
DUA DERAJAT HUKUM"

Satu untuk papa kedana satu untuk anak papa

OKU KENA BELASAH


OKU KENA

BELASAH

JUMAAT 6 SEPTEMBER 2024
KES OKU KENA BELASAH
OLEH PENGAWAL TMJ
WAJIB  TERUS DIHEBOHKAN

KES INI DAH DISIASAT
TAPI KENAPA
TAK ADA DAKWAAN

KLIP VIDEO TELAH DITAYANG
APA LAGI MAHU
NAK BUKTI APA LAGI
NAK SAHIH APA LAGI

TUP TUP
KEMARIN SATU LAGI
KES TEMBAK
KES PUKUL
KATANYA OLEH KERABAT
TAPI DARI LAPORAN
PIHAK ISTANA MAHU KES INI
DISIASAT DAN PENDAKWAAN
DI MULAKAN

INI CONTOH ISTANA
YANG WAJIB KITA HORMATI

DI HARAP
KES TEMBAK PUKUL INI
TIDAK JADI MACAM 
KES OKU KENA BELASAH
AMIN

UKRAINE
MENTERI LUAR YANG BARU
TELAH DILANTIK
ROMBAKAN KABINET BESAR
 KERANA
KEADAAN MAKIN TERDESAK

CONGO
VAKSIN UNTUK MELAWAN
CACAR BEROK 
SAMPAI KE CONGO DARI WHO
TIDAK LAMA LAGI
MAKIN BANYAK VAKSIN AKAN
DI HANTAR

NEW YORK
PBB BERI AMARAN MERAH
TAHAP BAHAYA
SATELAH CUACA PANAS
DI REKOD BULAN LALU

FRANCE
PRESIDEN MACRON
MENAMAKAN MICHEAL BARNIER
SEBAGAI PERDANA MENTERI BARU
DALAM USAHA UNTUK
SELESAI KEMELUT POLITIK

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING
DI PINTU MASUK
TUKANG POTONG RUMPUT
SEDANG BEKERJA
BEBERAPA EKOR TIONG
DUDUK DEPAN MESIN RUMPUT
BELALANG DAN ULAT ULAT
BERTERBANGAN JADI REZEKI

KL & KL SENTRAL KELAM
LANGIT ARAH SHAH ALAM PUCAT
LANGIT ARAH SUNGAI BESI GELAP
MACAM MENDUNG HUJAN
MATAHARI DILINDUNG AWAN GELAP

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
SEPERTI KEMARIN 
ADA RASA NAK UJAN
TAPI TAK JADI
MALAM SEJUK BERANGIN
UJUNG MINGGU YANG DI NANTI

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO 
JANGAN TINGGALKAN
HARAPAN LU
TERUSKAN
LU HANYA ADA SATU HIDUP

BRO
LU JADI SOSOK
BERINTIGRITI
WALAU PUN TAK SIAPA
MELIHAT

BRO
KEJAYAAN ITU
IALAH BABAK AKHIR
HASIL DARI TEKUN
DAN KERJA KERAS
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT