Jumaat, 6 September 2024

DAKWA DAN HUKUM





'Kerabat Pahang terlibat jenayah, langgar undang-undang tidak dilindungi' - Tengku Mahkota Pahang
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil, berhubung dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sini, Jun lalu.

Tengku Hassanal bertitah, baginda memandang serius mengenai laporan berita yang tular di media sosial mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Alias Awang, menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan kecederaan

"Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

"Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang," titah Tengku Hassanal dalam kenyataan media hari ini.

Sebuah portal secara dalam talian hari ini melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat Diraja Pahang.

Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pahang,  Yahaya Othman, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.

Katanya, kertas siasatan sebelum ini dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dikembalikan untuk tindakan selanjutnya.

"Ketika ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan seperti yang diarahkan sebelum dihantar semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," kata Yahaya.

SIASAT TANGKAP

BAWA

KE MAHKAMAH

UNTUK DIDAKWA

AMIN

SALAH BENAR

MAHKAMAH

TENTUKAN

AMIN

JANGAN JADI KES

OKU SAMPAI

HARI INI TAKDA

DAKWAAN

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kedaulatan undang2 keluhuran perlembagaan kesopanan kesusilaan buat apa reformasi terkulai layu kahkahkah lawaknon

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah ada keadilan kalau lah ada sedikit saksama mungkin banyak akan berubah, sejak merdeka sama saja, dulu kena perintah warga asing sekarang yang perintah kapitalis kah kah kah, semuanya kepada untung rugi saja, untung politik untung budaya sampai tipu helah rakyat terpedaya dengan ayat-ayat suci ayat-ayat power setiap masa menunjukkan riak, derma ambil gambar, bagi bantuan masuk gambar, hantuk kepala ambil gambar bagi salam terambil gambar jugak, ada orang ulamak kata semua ini riak riak tetapi masih juga diteruskan, ada juga ayat bagi tahu apa tangan kanan bagi tangan kiri tak perlu tahu, tapi dunia moden Boss, semuanya boleh asal kekal jawatan kekal kuasa pangkat pingat kah kah kah sebelum kita nak mengubah orang lain, cuba kita mengubah diri dahulu boleh tak? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Pemain bola kena pukul ?