Sabtu, 14 Disember 2024

KENAPA RUSIA DIJADIKAN MUSUH


KENAPA RUSIA

DIJADIKAN MUSUH



Perang Dingin berjalan dari tahun  1947 hingga ke tahun  1989. Di zaman Perang Dingin   Amerika Syarikat memusuhi Rusia. Negara yang bernama Rusia ini   memimpin  satu kumpulan negara di Eropah Timur yang dipanggil    Kesatuan Soviet   atau Union of  Soviet Socialist  Republics - USSR . 

Dalam Perang Dingin geopolitik dunia  menjadi tegang.  Dunia terbagi kepada dua blok.  Blok Amerika membawa sistem ekonomi kapitalis. Manakala blok Rusia mengepalai  sistem ekonomi sosialis. Dua sistem ekonomi ini bertelagah lawan berlawan mencari pengaruh.

Sistem ekonomi kapitalis yang di kepalai oleh Amerika  bertuhankan keuntungan maksima. Manakala sistem ekonomi sosialis yang dipimpin oleh Rusia bertuhan kebajikan ramai.

Ketika Perang Dingin berjalan suasana dunia betul-betul tegang. Di Vietnam  nasionalis  Vietnam mengangkat senjata melawan Peranchis dan Amerika untuk menyatukan negara mereka.  Rusia dan China di bawah Mao Zedong datang membantu Vietnam.

Di Latin Amerika Cuba mendirikan negara sosialis. Ini dilihat oleh Amerika sebagai satu ancaman. Tahun 1962  hampir berlaku ledakan bom nuklear apabila Rusia cuba memasang senjata nuklear di Cuba.

Tetapi jangan lupa  sebelum Perang Dingin bermula Amerika dan Rusia adalah kawan. Dua negara ini bersama United Kingdom bekerjasama dalam kancah  Perang Dunia Ke Dua melawan fasis German, Itali dan Jepun. Tiga negara ini bersatu mengalahkan ideologi fasis yang di kepalai oleh Nazi German.

Sebaik sahaja fasis German kalah  dan perang dunia tamat Amerika telah menjadikan Rusia sebagai musuh. Permusuhan  ini di tafsir  tamat pada tahun 1989.

Hari ini USSR tidak wujud lagi. Hari ini yang wujud  ialah Persekutuan Rusia. Persekutuan Rusia ini  secara fizikal adalah negara terbesar di dunia, meliputi 6.6 juta batu persegi dan 11 zon waktu sepanjang 6,000 batu.

Bila tamat Perang Dingin dunia menjadi lega. Rusia di bawah pimpinan Mikail Gorbachev telah kembali berbaik-baik dengan Amerika yang ketika itu di bawah Presiden Ronald Reagan. Pengganti Gorbachev ialah  Presiden Boris Yeltsin. Ketika Yeltsin menjadi Presiden   pada tahun 1991 hingga 1999 Amerika dan Rusia di lihat cukup intim.

Di zaman ini keadaan dunia tenang. Tamatnya Perang Dingin terbuka harapan kebahagiaan  kepada umat manusia sedunia.

Sesudah Yeltsin berundur muncul Vladimir Putin. Dari kerusi Perdana Menteri Putin terus menggantikan Yeltsin untuk  menjawat kerusi Presiden Rusia hingga ke hari in.

Kepresidenan Putin tahun 2000  mengubah kembali  hubungan Amerika- Rusia.  Sekali lagi dari kawan Rusia dijadikan lawan. Rusia sekali lagi dijadikan musuh oleh Amerika.

Kenapa Rusia di jadikan musuh? 

Ketika Perang Dingin  dunia memahami kenapa dua blok ini bertelagah. Ketika itu dunia terbagi kepada dua blok. Blok Kapitalis di bawah Amerika dengan NATO sebagai benteng ketenteraan.  Blok Sosialis di bawah Rusia dengan Perjanjian Warsaw sebagai benteng ketenteraan.

NATO didirikan pada tahun 1949 sebagai perjanjian pertahanan dengan 15 negara Eropah Barat termasuk Turki dan Greece untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis.

Perjanjian Warsaw di dirikan  pada tahun 1955 sebagai jawapan kepada NATO. Ianya didirikan oleh 7 negara Eropah Timur untuk mempertahan sistem ekonomi sosialis.

Dalam zaman Perang Dingin di luar Eropah Barat Amerika menebar pengaruh di Asia, Afrika dan Latin Amerika. Perkara yang sama dilakukan oleh Rusia. Di luar Eropah Timur Rusia menjala pengaruh di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Pertelagahan Perang Dingin ialah pertelagahan dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis. Hasilnya lawan berlawan dua blok dunia ini membawa  ketegangan kepada dunia.

Permusuhan Rusia-Amerika ini  dibuktikan dengan perlumbaan dua negara ini membuat senjata. Saban tahun ada sahaja senjata jenis baru di buat. Jika Amerika meledakkan  peluru berpandu jenis A. Rusia pula akan meledakkan peluru berpandu jenis B.

Pelbagai jenis senjata canggih di wujudkan oleh dua negara super ini. Persaingan dua negara ini bukan hanya dalam persenjataan. Dua negara super ini juga bertarung hebat untuk menguasai  angkasa lepas.

Pada 12 April 1961 Rusia menghantar manusia pertama Yuri Gagarin
( 1934-1968)  ke angkasa lepas dengan roket Vostok 1. Pada 20 Julai 1969  dengan  Apollo 11 tiga angkasawan Amerika  menjejak kaki  ke bulan. 

Pada hari ini saya  sendiri  selalu bertanya kenapa Amerika memusuhi Rusia. Kenapa Eropah memusuhi Rusia.  Pertelagahan dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis -  hampir tidak wujud.

Hari ini bukan Parti Komunis yang memerintah Rusia. Putin bukan dari Parti Komunis. Ketika Putin menjadi Presiden   Kesatuan Soviet Sosialis tidak wujud lagi.  Perjanjian Warsaw telah dibubar semenjak 1991.

Sistem ekonomi sosialis hanya tinggal saki baki. Sistem ekonomi kapitalis kini menjana ke seluruh dunia. Malah ada yang membuat pandangan bahawa evolusi manusia ini telah sampai ke tahap dimana liberal demokrasi kapitalis menjadi puncak akhir  rupa bentuk kerajaan.

Hakikatnya kenapa masih bermusuh dengan Rusia yang bukan lagi di bawah Parti Komunis. Persaingan bukan lagi kerana kapitalis lawan sosialis. Justeru pasti ada sebab musabab yang lain yang menjadikan  Amerika memusuhi Rusia.

Saya melihat kembali persejarahan Eropah. Saya membaca bahawa satu ketika dulu Rusia juga satu empire feudal.  Rusia dalam pemerintahan feudal mendominasi negara-negara  di Lautan Baltic seperti Estonia, Latvia, Finland dan Lithuania. Juga mendominasi negara seperti Poland.

Justeru pada musim panas 1812 bala tentera Peranchis di bawah Napoleon. Datang menyerang Rusia. Napoleon mahu memaksa Raja Rusia Tsar Alexander memberhentikan perniagaan  Rusia dengan British yang menjadi musuh Peranchis.

Jelas kelihatan bahawa  serangan Napoleon ini berpunca dari kepentingan ekonomi.  Napoleon cuba memusnahkan ekonomi Rusia. Perang enam bulan ini berakhir dengan kekalahan Napoleon.

Pada Oktober 1917 Vladimir Lenin  dengan Leon Trotsky  dari Parti Bolsheviks arus kiri  bersama kumpulan kiri yang lain  telah menghapuskan pemerintah feudal Czar Nicholas 11 untuk mendiri Soviet  Rusia. Negara baru ini  menggunakan  sistem ekonomi sosialis berasaskan ajaran Karl Marx.

Pada tahun 1941 sekali lagi Soviet Rusia di serang.  German di bawah Hitler menyerang Soviet Rusia.  Hasilnya German terpecah dua – German Barat dan German Timur.  Rusia tetap kukuh hingga ke hari ini.

Ketika ini dalam bidang   sains dan teknologi Amerika dan Rusia sama kuat sama  hebat. Dalam persenjataan Amerika dan Rusia mendominasi dunia dengan senjata nuklear milik mereka. Begitu juga dalam perkembangan ekonomi Rusia dan Amerika memiliki rakan perniagaan di seluruh dunia. Malah rakan niaga mereka ada  dari negara yang sama.

Tetapi geopolitik hari ini pada hemat saya lebih tegang dari zaman Perang Dingin. Lebih tegang dari  zaman Krisis Cuba 1962. 

Ketika krisis Cuba  warga dunia diberi maklum tentang wujudnya apa yang di panggil Talipon Merah – Red Telephone -  yang menghubungkan  Presiden JFK  dari Rumah Putih dengan Khrushev di Kremlin. Talian ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 bertujuan untuk  menghubungkan Pentagon dengan Kremlin.

Talipon Merah sebenarnya adalah konsep – bukan talipon berwaran merah. Konsep ini diwujudkan  untuk mengadakan hubungan terus menerus antara pemimpin dua negara super ini untuk mengelakkan dari berlakunya ledakan nuklear.

Hari ini ada pemerhati politik yang berani mengatakan bahawa konsep Talipon Merah – Hotline – antara Amerika dan Rusia ini tidak lagi wujud. 

Bayangkan Amerika hari ini memiliki 5, 044 peluru peledak senjata nuklear. Manakala Rusia memiliki  5,580 peluru peledak nuklear.

Dunia dan umat manusia dan bumi kita ini akan meledak hancur jika berlaku peperangan antara dua negara super ini.

Persoalannya kenapa Rusia dimusuhi walhal Rusia juga dari Eropah berkulit putih dan beragama Kristian.

Untuk mencari jawapan mari kembali melihat kenapa Napoleon menyerang Rusia.  Jawabnya ialah ekonomi. Maka betul lagi sahih pandangan Karl Marx bahawa pergerakan umat manusia ini  penjananya ialah ekonomi. 

Perebutan ekonomi inilah yang sedang menjadikan manusia ini manusia.  Perebutan ekonomi ini jugalah yang mewujudkan negara sebagai negara. Perebutan punca-punca ekonomi inilah yang sedang melahirkan persaingan hebat antara Rusia dan Amerika.

Kalau dulu sistem ekonomi kapitalis berlawan dengan sistem ekonomi kapitalis. Kali ini  kapitalis melawan kapitalis.

Apakah dunia tidak sedar akan bahaya geopolitik pertembungan Amerika – Rusia hari ini. Apakah   telah pupus  para pemikir, para intelektual dan  para ilmuwan untuk melihat betapa bahaya kita pada ketika ini.

Jawabnya tidak. Kumpulan pemikir, para intelektual dan para ilmuwan masih melimpah ruah dan masih ramai yang berupaya memberi pencerahan tentang bahaya geopolitik kita hari ini. Tetapi ada kuasa yang lebih besar dan lebih berpengaruh di belakang  ketegangan geopolitik  hari ini.

Lihat saja Perang Gaza dan Perang Ukraine berterusan. Kini akan masuk pula suasana baru di Syria. Saya  tetap dengan pandangan bahawa tidak ada sesuatu berlaku tanpa di rancang.

Justeru siapa yang  merancang semua ini? Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/728930



  


POLITIK WANG



Musk orang pertama miliki kekayaan dianggarkan lebih AS$400 bilion

NEW YORK: Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik Forbes dan Bloomberg.

Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.

Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Musk mencecah AS$431.2 bilion pada Khamis, manakala firma perkhidmatan kewangan Bloomberg pula menganggarkan nilainya sekitar AS$447 bilion.

Sejak Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung pada awal November lalu, kenaikan harga saham Tesla menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kekayaan lelaki berusia 53 tahun itu.

Pelabur berpendapat Tesla akan mendapat manfaat daripada hubungan rapat Musk dengan Presiden Dipilih AS, Donald Trump.

Musk menyokong Trump dengan sumbangan berjuta-juta dolar sepanjang kempen pilihan raya itu, dan beliau dijangka memainkan peranan dalam kerajaan bawah pentadbiran Trump untuk menerajui inisiatif penjimatan.

Selain Tesla dan SpaceX, Musk juga memiliki syarikat lain seperti platform dalam talian X, pembangun kecerdasan buatan (AI) xAI, serta Neuralink yang kini dalam proses membangunkan teknologi implan otak.

Di tangga kedua senarai individu terkaya ialah pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan anggaran kekayaan lebih AS$240 bilion. – BERNAMA-dpa

DUIT YANG

BANYAK BOLEH

BELI POLITIK

AMIN

BELI YB 

BELI MENTERI

KEMUDIAN DAPAT

LAGI PEROJEK

AMIN

INILAH YANG

SEDANG BERLAKU

DALAM SISTEM

POLITIK UNDI

KHALAS

INI CONTOH MAHASISWA YANG WAJIB DIJADIKAN TAULADAN


INI CONTOH

MAHASISWA

WAJIB DI JADIKAN

TALULADAN

AMIN

TURKI PERTAMA IKTIRAF ISRAEL


TURKI NEGARA

ISLAM PERTAMA

IKTIRAF ISRAEL

AMIN

TURKI ANGGOTA

NATO

KHALAS

Unknown commented on
 "SATU LAGI PROJEK 
PERANG AMERIKA"

Turkiye sudah serang syria apa macam? Angkara zionis mana?

SUSUN ATUR KE ARAH MELAYU RAYA


JANGAN

PATAH HATI

KITA SUSUN

DAN ATUR 

KE ARAH

 MELAYU RAYA

AMIN

Unknown commented on 
"BERARAK KE ARAH
 MELAYU RAYA"

Kah kah kah raya? Kah kah kah Melayu? Siapa siapa siapa nak melayu raya ? Apa agenda mereka? Apa lagi tinggal untuk hak milik kan mereka, semuanya sudah habis dikaut oleh pemimpin ahli akar umbi United Gerombolan selama ini? Masih tidak faham agenda mereka? Nak sapu apa lagi? 

Kalau darahnya kalau daging kalau akar umbi tentu lagi dengan agenda merompak tetap menjadi agenda utama kah kah kah sapa percaya memang wajib dibotakkan kepala atas bawah, satu satu warga yang penting makan bontot planta hebat seluruh alam dunia kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

SABTU 14 DISEMBER 2024
MULA  MULA  KITA HEBOH
HAL TITAH ADDENDEM
SEKARANG KITA SEMUA HEBOH
HAL
PERENTAH  ADDENDAM

AGONG ADA ADDENDEM
ANWAR ADA ADDENDAM
KAH KAH KAH

HEBOH DALAM PARLIMEN
NAK BAWA MADEY KE MAHKAMAH
SEBENARNYA AMAT BAIK
INI JADI UMPAN
UNTUK HASUT ORANG RAMAI

APA  JADI DENGAN AMBALAT
TUP TUP 
TAPA APA APA INDONESIA AMBIL
KAH KAH KAH
BETUL KE CERITA
MAT JOKOWI
DATANG BAWA VIDEO
VIDEO AMBALAT KE?
ATAU VIDEO
HANG MEMALAT ?
KAH KAH KAH
JENG JENG JENG

KOREA SELATAN
PRESIDEN AKAN SEKALI LAGI
AKAN DI PECAT
KALI PERTAMA GAGAL
INI KALI KEDUA

AMERIKA
BANYAK DRONE
DILIHAT BERLIGAR
BERHAMPIRAN SARANG
SENJATA NUKLEAR
SAPA PUNYA DRONE?
KENAPA TAK TEMBAK?
APAKAH INI DRONE UFO?

FRANCE
DAPAT PERDANA MENTERI BARU
DARI PAK TANI KINI
JADI PERDANA MENTERI

FILIPINA
MUNTAHAN LEDAKAN
GUNUNG BERAPI KANLAON
MEMAKSA 45 RIBU
WARGA PINDAH

AMERIKA
ELON MUSK
 ORANG PERTAMA
MEMILIKI HARTA
LEBIH DARI 400BILION DOLAR

AMERIKA
TRUMP AJAK XI JIN PING
DATANG KE MAJLIS
TRUMP DI RESMI
JADI PRESIDEN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR MEMANCAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BERAWAN PUTIH

DARI POKOK TINGGI
HOW WOW BERLAGU
KUAT DAN HEBOH

TERKUKUR SAMA BERLAGU
DARI ATAS BUKIT
TERKUKUR SUKA
LAWAN BERLAWAN

HA HA
PAGI INI GUA BERJALAN
ARAH SUNGAI
TAKDA GANGGUAN
WARGA HOKKIEN

SUNGAI KELIHATAN JERNIH
AIR PENUH
KIRI KANAN SUNGAI
BARU DI BERSIHKAN

HARI INI
AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI

GUA AKAN KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
APAKAH RAMBUTAN
MASIH 15 RINGGIT SEKILO?
GUA NAK CARI NENAS
INI BUAH BARU DALAM
MENU GUA

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SABTU

BRO
AWEK NI MACAM
ANGKA LIMA
SUSAH NAK DI PECAHKAN

BRO
KEKASIH ITU
MACAM  BASIKAL
ADA DI MANA MANA

BRO
LU DENGAR
USTAD YOUTUBE
LU JADI MENTAL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSABTU