Sabtu, 14 Disember 2024

POLITIK WANG



Musk orang pertama miliki kekayaan dianggarkan lebih AS$400 bilion

NEW YORK: Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik Forbes dan Bloomberg.

Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.

Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Musk mencecah AS$431.2 bilion pada Khamis, manakala firma perkhidmatan kewangan Bloomberg pula menganggarkan nilainya sekitar AS$447 bilion.

Sejak Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung pada awal November lalu, kenaikan harga saham Tesla menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kekayaan lelaki berusia 53 tahun itu.

Pelabur berpendapat Tesla akan mendapat manfaat daripada hubungan rapat Musk dengan Presiden Dipilih AS, Donald Trump.

Musk menyokong Trump dengan sumbangan berjuta-juta dolar sepanjang kempen pilihan raya itu, dan beliau dijangka memainkan peranan dalam kerajaan bawah pentadbiran Trump untuk menerajui inisiatif penjimatan.

Selain Tesla dan SpaceX, Musk juga memiliki syarikat lain seperti platform dalam talian X, pembangun kecerdasan buatan (AI) xAI, serta Neuralink yang kini dalam proses membangunkan teknologi implan otak.

Di tangga kedua senarai individu terkaya ialah pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan anggaran kekayaan lebih AS$240 bilion. – BERNAMA-dpa

DUIT YANG

BANYAK BOLEH

BELI POLITIK

AMIN

BELI YB 

BELI MENTERI

KEMUDIAN DAPAT

LAGI PEROJEK

AMIN

INILAH YANG

SEDANG BERLAKU

DALAM SISTEM

POLITIK UNDI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya benar kata2 benar sahih tapi ada sistem negara yang lebih tepat baiknya hebatnya yang ramai tak tahu berjuang tentangnya!!?

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah duit jadi Tuhan Ra yang baharu, tuhan tuhan lama sudah dilupakan, aturan sudah dilupakan, hukum hakam tidak berjaya di mata Tuhan Ra yang baharu kah kah kah, sebab itulah Bossku masih dianggap Pesuruhjaya Tuhan Ra yang baharu kah kah kah