Khamis, 4 April 2024

KESEDARAN MELAYU ISLAM KUKUH



KESEDARAN

MELAYU ISLAM

YANG KUKUH

AMIN

SEKUTU IRAN MULA MENYERANG


SEKUTU IRAN

MULA MENYERANG

AMIN

PENGGANAS YAHUDI RAMAI TALI BARUT


JARINGAN 

TALI BARUT 

PENGGANAS 

YAHUDI

 MAKIN MELUAS

KHALAS

YANG MISKIN TETAP MISKIN


'Mari lihat sendiri': Aktivis bantu miskin bandar terkejut PM dakwa 'sifar miskin tegar' di KL


Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Februari lalu memeranjatkan ramai pihak apabila berkata usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100%.

Bagaimanapun, seorang aktivis yang kerap turun padang membantu golongan miskin bandar menerusi makanan dan pelbagai barang keperluan lain mempersoalkan dakwaan itu.

Mohd Azizan Zainal Abidin berkata dakwaan kerajaan sudah tiada golonngan miskin tegar di bandar raya Kuala Lumpur terbukti meleset sekiranya pemimpin menyaksikan sendiri bagaimana orang ramai berebut-rebut mendapatkan bantuan.

Azizan, pengasas kumpulan sukarelawan Food For Gelandangan (FFG) berkata tahun ini bilangan mereka yang hadir mendapatkan bantuan meningkat lebih ramai berbanding 2023.

Kata Azizan, pihaknya terpaksa membuat tapisan bagi memberi laluan kepada mereka yang benar-benar memerlukan disebabkan bantuan yang tidak memadai untuk semua.

Azizan berkata situasi yang dihadapi miskin bandar tidak mencerminkan apa yang dibentangkan di Parlimen bagi menunjukkan kejayaan membasmi kemiskinan tegar.

“Saya macam nak percaya pun entah," kata Azizan terkilan dengan dakwaan tiada miskin tegar di Kuala Lumpur.

"Menteri cakap sudah basmi kemiskinan hampir 100%, apa yang sudah selesai?" katanya ketika ditemui MalaysiaNow sebaik sahaja program mingguannya di Chow Kit untuk membahagi-bahagikan bantuan kepada golongan gelandangan.

"Yang saya bagi makan tadi tu apa? Selepas itu menteri kata ‘kita sudah carikan mereka kerja'. Wow mudahnya!"

Mohd Azizan Zainal Abidin_FoodForGelandangan_MNowAzizan terkilan dengan kenyataan Anwar, dan berkata menteri yang bertanggungjawab dengan masalah kemiskinan perlu turun padang melihat sendiri apa yang berlaku.

Mereka termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.

"Jangan main-mainlah dalam buat kenyataan sebab kita sendiri buat kerja di bawah," tambah Azizan.

Putrajaya sebelum ini berkata pembasmian kemiskinan tegar adalah agenda utamanya.

Kenyataan Anwar sudah tidak ada lagi golongan miskin tegar di Kuala Lumpur merupakan pertama kali dakwaan sebegitu dibuat.

Ini meskipun sebelum ini menyaksikan penurunan kadar kemiskinan tegar pada setiap tahun.

Pada November lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.2% membabitkan 18,445 isi rumah, berbanding 1% pada 2020, iaitu ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Pada 2022, kerajaan ketika itu berkata bilangan miskin tegar telah berkurangan kepada 129,395 isi rumah, berbanding pada 2021 260,000, iaitu ketika kesan Covid-19 masih dirasai.

Azizan berkata penguatkuasaan lemah adalah sebab mengapa masalah gelandangan tidak selesai sehingga hari ini.

Katanya, masalah itu menjadi penyumbang kepada peningkatan golongan miskin bandar.

Katanya, agensi yang bertanggungjawab perlu menyaring golongan ini supaya dapat membezakan gelandangan warga emas, pendatang asing dan penagih dadah.

“Jadi yang tinggal adalah mereka yang sihat dan mereka inilah yang perlu diberikan latihan serta kemahiran. Baru boleh cakap gelandangan sifar, basmi kemiskinan pun 100%. 

"Apa yang 100% kalau miskin bandar sudah begini?" soalnya yang hadir di pusat khidmatnya pada setiap Jumaat.

Azizan berkata kesempitan hidup dialamai miskin bandar lebih teruk dari miskin kampung. 

"Miskin bandar dapat bantuan RM700 dari Baitulmal untuk satu keluarga. Bilik yang dia sewa untuk satu anak beranak tanpa pecahan tempat dapur dan sebagainya itu, RM500. 

"Jadi tinggal RM200," kata Azizan.

YANG MISKIN

TETAP MISKIN

AMIN

YANG KAYA

TETAP KAYA

AMIN

SEHINGGA

BERLAKU REVOLUSI

KELAS  MISKIN

LAWAN KELAS KAYA

AMIN

KHALAS

TALIBARUT PENGGANAS YAHUDI


Kes warga Israel bersenjata api: Empat lagi individu ditahan – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan empat lagi individu semalam yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek lelaki Israel yang ditahan bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain telah mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek itu selepas dihubungi hari ini berhubung perkembangan terbaharu siasatan kes kontroversi itu.

“Kita ada buat tangkapan terhadap empat lagi individu berkaitan kes tersebut (suspek Israel). Keempat-empat suspek itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu berjaya ditahan semalam (Rabu) oleh pasukan polis di sekitar kawasan Johor bagi membantu siasatan lanjut.

“Kesemua suspek berusia 28 hingga 41 tahun itu telah diberkas di sekitar daerah Skudai dan Gelang Patah di Johor,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit dalam kes ini.

“Kita sedang melakukan siasatan tentang peranan keempat-empat suspek ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan (tiga suspek) sebelum ini.

“Tangkapan empat suspek terbaharu ini sekaligus menjadikan setakat ini seramai tujuh individu telah ditahan dan sedang disiasat oleh polis dalam kes ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun,” ujarnya.

Ditanya mengenai status reman pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan di sebuah Bazaar Ramadan di Kuala Selangor pula, beliau berkata, reman pasangan itu akan dilanjutkan.

Pasangan itu sedang direman sehingga 5 April ini untuk membantu siasatan lanjut polis bersama suspek Israel di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api yang boleh membawa hukuman lebih berat iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan jika disabitkan kesalahannya.

“Ya, pasangan suami isteri itu akan tamat reman esok (Jumaat) dan kita akan sambung untuk meneruskan siasatan,” tegasnya lagi.-

WOIT

ADA BERAPA

ORANG TALI BARUT

PENGGANAS YAHUDI

AMIN

RAMAI KENA

TANGKAP

AMIN

6 PUCUK PISTOL

200  BUTIR PELURU

AMIN

INI  KUMPULAN

SATU PLTON

PENGGANAS

KHALAS

LALA DAN KUPANG BERACUN



Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin –JP

PORT DICKSON – Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Wan Aznan Abdullah berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

“Faktor cuaca panas juga antara punca alga ini membiak dengan cepat dalam perairan tersebut namun ia tidak menjejaskan hidupan laut lain seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak makan kupang dalam tempoh 20 hari, selepas musim perayaan ini kita akan ambil lagi sampel untuk diuji, sebelum membuat pengesahan bahawa kupang di sini selamat untuk dimakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe.

Wan Aznan berkata, jabatan akan meneruskan pemantauan dengan pengujian secara berkala mengikut prosedur ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.

Beliau berkata, kerjasama dengan anggota penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin di perairan di sini bertujuan memastikan tiada tangkapan serta jualan kerang-kerangan di daerah ini.

“Pengusaha kupang berdaftar di sini adalah di Pasir Panjang dengan 40 penternak termasuk tidak berdaftar. Kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan, ia akan neutralise sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, sampel air turut diambil di perairan Melaka dan Johor namun didapati selamat dan tiada kehadiran atau pembiakan alga tersebut.

Pada Selasa, Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan kini seorang mangsa keracunan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson. – Bernama


WOIT

INI BAHAYA

INI RACUN

AMIN

APAKAH HANYA

DI PORT DICKSON?

TEMPAT LAIN

MACAM MANA ?

AMIN

LAUT SAMA

CUACA SAMA

KENAPA KUPANG

DI PERAK TAK

ADA RACUN

JENG JENG JENG

INI PELIK

INI HAIRAN

AMIN