Khamis, 4 April 2024

TALIBARUT PENGGANAS YAHUDI


Kes warga Israel bersenjata api: Empat lagi individu ditahan – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan empat lagi individu semalam yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek lelaki Israel yang ditahan bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain telah mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek itu selepas dihubungi hari ini berhubung perkembangan terbaharu siasatan kes kontroversi itu.

“Kita ada buat tangkapan terhadap empat lagi individu berkaitan kes tersebut (suspek Israel). Keempat-empat suspek itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu berjaya ditahan semalam (Rabu) oleh pasukan polis di sekitar kawasan Johor bagi membantu siasatan lanjut.

“Kesemua suspek berusia 28 hingga 41 tahun itu telah diberkas di sekitar daerah Skudai dan Gelang Patah di Johor,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit dalam kes ini.

“Kita sedang melakukan siasatan tentang peranan keempat-empat suspek ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan (tiga suspek) sebelum ini.

“Tangkapan empat suspek terbaharu ini sekaligus menjadikan setakat ini seramai tujuh individu telah ditahan dan sedang disiasat oleh polis dalam kes ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun,” ujarnya.

Ditanya mengenai status reman pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan di sebuah Bazaar Ramadan di Kuala Selangor pula, beliau berkata, reman pasangan itu akan dilanjutkan.

Pasangan itu sedang direman sehingga 5 April ini untuk membantu siasatan lanjut polis bersama suspek Israel di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api yang boleh membawa hukuman lebih berat iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan jika disabitkan kesalahannya.

“Ya, pasangan suami isteri itu akan tamat reman esok (Jumaat) dan kita akan sambung untuk meneruskan siasatan,” tegasnya lagi.-

WOIT

ADA BERAPA

ORANG TALI BARUT

PENGGANAS YAHUDI

AMIN

RAMAI KENA

TANGKAP

AMIN

6 PUCUK PISTOL

200  BUTIR PELURU

AMIN

INI  KUMPULAN

SATU PLTON

PENGGANAS

KHALAS

Tiada ulasan: