Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 16 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA MALAYSIA BARU

Cuaca redup. Susana aman.
Berbuka puasalah dengan nikmat dari Yang Maha Esa

Hari Raya lagi 14 hari

Malam Tujuh Liku akan sampai
Malam Lailatul Kadar akan sampai

Chow Kit sibuk nak gila
Batu Road macam nak rak
Membeli membeli dan membeli

Mata kita selalu lebih lapar dari perut
Mata kita selalu lebih berani dari isi dompet
Mata kita tidak pernah puas-puas
Mata kita selalu membawa huru hara

Jika dompet yang membeli kita selamat
Jika kaki yang membeli kasut kita selamat
Jika badan yang membeli baju pasti tidak banyak kain baju yang tidak dipakai
Jika mata yang membeli pasti hutang akan mengikut

Akan kecewa ke apabila kasut baru tidak ramai orang yang melihat
Akan kecewa ke apabila baju baru tidak ramai orang kenal jenamanya
Akan kecewa ke jika sofa itali itu tidak ada tetangga yang ambil pot

Hari Raya ialah untuk kita menyambung kembali setiakawan dan pershabatan
Hari Raya ialah untuk kita merayakan kemanusian kita bersama anak semua bangsa
Hari Raya ialah hari untuk kita mengenal diri kita sendiri

Sebulan berpuasa adalah hari-hari untuk mengenal diri sendiri

6 ulasan:

faridshah berkata...

Selamat berbuka puasa.
Selamat beribadah.
Salam Malaysia Baru.

hafiz berkata...

bro; hampir menetes tersebak membaca tulisan ini. tulisanmu ada ruh dan magis walaupun kau bukanlah manusia bermukjizat. entahla bro, sejak malaysia baru, aku begitu sensitif dan harapanku menggunung. Aku yakin, positif, percaya! bahwa kerajaan BN akan diubah!!! Kerajaan rakyat akan mengubah!!!!

Bro; teringat dalam bukumu tentang menikmati magis berhari raya. betul katamu, betul cakapmu.

agar hari raya lebih bermakna dan indah. Buat pertama kalinya, marilah kita haramkan tv dirumah-rumah!

bro; aku melihat diriku dalam cerminan bathinku sendiri. Kalaulah tuhan ituku nampak, apakah kita semua akan jadi manusia yang taat? Bagiku, sedang ketaatan kita adalah pada jiwa dan naluri. pada penaksiran otak dan minda yang Dia kurniakan.

bro; perasaan aku sudah tak tertahan lagi melambung. Moga, bulan puasa ini menjadi penoh magis dan penoh sakti. Biar mata-mata itu memandang, sedang telinga tak termakan dengan propaganda sopan dan jahat mereka lagi... bermula hari ini, esok dan seterus-seterusnya...! ya, kita rayakan kehidopan!

Pak Sako berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shakir Md Taha berkata...

Puisi-puisi ini saya cadangkan dibukukan sebagai bahan bacaan dan dokumentasi.Membaca tulisan puitis ini teringat saya kepada W.S. Rendra.

Tanpa Nama berkata...

Bang,

Tak habis-habis kira raya.
Nasib diselamatkan oleh bait-bait filosof yang tak ber-rima.

Hari ini kita mengetuk-getuk key komputer.Besok lusa entah dalam ISA.

Tiub Lori

kulupSakah berkata...

raya utk rapatkan silaturrahim! ya..jgn jadikan tv tuhan utk disembah pd hari raya hingga lupa menziarahi saudara! bro bole raya rumah saya..tapi hisap kretek kat balkoni ekk?lemassss...huhu