Isnin, 27 Oktober 2008

SAEKOR LAGI KANG KONG BERSUARA - TAPAK WARISAN HANYA GUNA BAHASA MALAYSIA - malayau

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Status Georgetown sebagai tapak warisan dunia tidak sesekali boleh menghalalkan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di bandar itu.

Tokoh sejarah dan ahli politik berpendapat, soal bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh digantikan fungsinya bagi kegunaan rasmi kerana ia termaktub dalam akta dan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, pemberian status warisan sejarah tidak bermakna apa yang berlaku pada masa lalu perlu ditonjolkan semula kerana hari ini prosedur dan perundangan adalah berbeza.

Beliau berkata, apa yang lebih penting kerajaan negeri kena memastikan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah di Georgetown agar status tapak warisan terus dapat dipertahankan.

''Kita tidak boleh guna alasan warisan. Kita sudah merdeka 51 tahun, jadi Malaysia ada identiti melalui perundangan. Maka prosedur ini kita kena hormati oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri.


kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…. woit kang kong…. selama ini kamu buta ke nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION itu dalam bahasa apa ?.... kah kah kah…. kenapa kamu tidak berani bersuara…. kah kah kah…

kang kong kamu buta ke nama KL CENTRAL….kah kah kah
kang kong kamu buta nama KLCC…. kah kah kah
kang kong kamu buta ke nama KLIA…. kah kah kah

kenapa kamu tak heboh…. heboh laaa sikit…kah kah kah... loncat loncat lah sikit...kah kah kah

kang kong nak tanya sikit... kenapa nama mahkamah di putrajaya itu PALACE OF JUSTICE bukan ISTANA KEADILAN….. kah kah kah… takut nanti PKR datang duduk di putrajaya???…kah kah kah

KEKALKAN SAINS, MATMETIK DALAM BAHASA INGGERIS - melayau

BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.

Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini.

''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.


kah kah kah…. ini berita pelik pulak….. cakap nak guna bahasa melayu… berbuih-buih mulut kang kong bersuara…. ini nak guna bahasa inggeris pulak…. kah kah kah… yang mana satu betul…. kang kong ke atau gerombolan? … kah kah kah




6 ulasan:

madbi berkata...

dato prop munkee ni dari bercakap merapu baik pegi tolong apa yang patut kat makcik di melaka tu yang anak &cucu dia sangkut kat lombok nak balik takde duit.... agaknya dato ni dulu masa belajar sapa bagi duit ha????

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham

ISU KANG KONG:
Saya ingat Prof Ramelah. Saya ingat satu seminar TAR sebagai father kemerdekaan. Dalam satu soalan, Prof Ramelah dan a few more gagal bagi bukti kukuh bahawa TAR adalah pejuang tulen kemerdekaan. Prof Ramelah kata TAR dilihat yang paling sesuai sahaja.

Spesies Kang Kong ni bertaburan. Mereka ni bodoh sombong. Bila dapat PHD, ingat yang paling terror….

Saya pernah diherdek seorang PHD kerana menggunakan aku, engkau.. Tapi, saya dengar dia cakap aku, engkau dengan kang kong-kang kong yang lain.


ISU BAHASA:
See, orang JENGKA sedar kepentingan english. Office boy pejabat saya pun tidak setuju english dihentikan. Dia gembira kerana anaknya sudah mahir. Yang tak nak dan tak tahu hanyalah orang yang nak politikkan saja.

Hello Pemerintah lemah!!!!. BUATlah satu keputusan yang konkrit.
NAK english ATAU TAK NAK english?

Naik rimas saya dengar tentang isu bahasa ini.


Saudara Isham,
Palace of Justice itu sebenarnya nama yang diterimapakai oleh kebanyakan judiciary di seluruh dunia. Penggunaan asal mungkin untuk seragamkan dengan seluruh dunia. Tetapi kini telah ubahsuai penggunaan di Malaysia dan menggunakan Istana Kehakiman.

Terimalah kasih.

Tanpa Nama berkata...

Banyak perihal Profesor Kang Kung. Elok di'refresh' kembali. Takrifkan apa dia tu Profesor Kang Kung , ramai warga siber mungkin tak faham. Dalam bahasa mudah apakah Profesor Kang Kung tu bermaksud seorang Profesor yang " bangan, tolol, bahlol, buta perut, benggong, bodoh, bongguk atau memiliki kesemua 'adjectives' itu?
Bolehkah Isham beri satu pengertian simple yang menjelaskan Profesor yang kelihatan betul-betul 'tak educated' dalam hal 'common sense'tu tapi cuba berlagat 'intelektual' bangsa kononnya.
Dahsyat ya sistem pendidikan kita yang berbumbui 'ketuan melayu'' wal sunah wal jamaah' atau 'social contract' menghasilkan banyak Profesor Kang Kung. Adakah Malaysia mempunyai Profesor kang Kung terbanyak di dunia?

ketaketo berkata...

Aku dulu bersekolah kat Lake High School, Swk. Kalau translate ke BI, apa nama sekolah aku? Kah...kah...kah!!!

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Kah kah Kang Kong!!!

Bodoh punya munkee-munkee nih..

Degree Lorong Haji Taib lagi bagus..

Stupid!!

Khun Pana aka johanssm berkata...

Prof KangKong telah langgar syarat sendiri oi.

Kalau baca Prof KangKong punya cakap..dia telah pakai guna Bahasa England yang terdapat dalam kamus bahasa England.

1- status
2- identity
3- procedure

Tengok tu, kenapa Prof Kang bin Kong itu tak pakai istilah Bahasa Melayu? Kenapa pakai bahasa England ? Sendiri langar syarat sendiri .
Saya ni ta ada PhD pun tahu telah langgar tiang..kenapa prof sendiri tak ada tahu atau kepala tak betul.