Isnin, 27 Oktober 2008

LAPAN HARI LAGI – BARACK OBAMA

Lapan hari lagi Amerika menyambut kemenangan Barack Obama.
Lapan hari lagi seorang jantan kulit hitam menjadi Presiden Amerika
Lapan hari lagi dunia memperbaharui harapan

Lapan hari lagi dunia akan merayakan demokrasi Amerika

Sebelum lapan hari sampai bezakan Cocoa Cola dengan Pepsi Cola

Sesudah lapan hari nanti perang pasti berterusan di iraq
Sesudah lapan hari 140 buah kem soldadu Amerika diseluruh dunia tidak berganjak
Sesudah lapan hari guantanamo bay masih lagi kamunting

Hitam dan putih
Putih dan hitam
Tidak ada makna
Pepsi Cola dan Coca Cola
Semunya mewakili kaum pemodal

Rakyat dunia ketiga waspadalah
Yang hitam ini lebih ganas menindas yang hitam kerana hitamnya

Melayu waspadalah kerana Ketuanan Melayu lebih ganas menipu kerana melayunya




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya sosialisma dapat menyelamatkan Malaysia dari kemelesetan ekonomi dan perpecahan kaum. Sosialisma tidak mengenal status, tidak membezakan kebolehan .......

ALI MAIDIN berkata...

Melayu hantam melayu aku caya. Yang lain aku belum tau lai.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham

Lapan (8) di sini, masih begini
makin ditekan, makin tertekan
baik menyepi sekali lagi
sendiri
membawa diri

Terimalah, kasih.

Khun Pana aka johanssm berkata...

Sekurang kurang nya mereka di America boleh tukar parti atau KeraJaan. Democrat atau Republican.
Dan sekarang mereka boleh pilih puteh atau hitam jadi President .Boleh tukar warna! Dan setiap undi dikira untuk pilih Presiden.

Di Malaysia cuma melayu celup yang bakal jadi PM. Yang jadi kuda ialah melayu tulen sendiri.
Rakyat tidak boleh pilih siapa jadi PM . Cuma umno parti melayu celup boleh undi PM.
Undi pun boleh dijual beli pulak tu , macam beli commodity kelapa sawit.

USA tak kan berubah. Yang kena bomb akan terus dibomb. Sebab Iraq dan Aghan tak ada kerajaan yang kepala betul dan puak puak kepala tak betul.
Malaysia lebeh kurang sama. Yang bakal jadi Pm kepala tak betul dan PM yang bakal berundur tu ,lebeh tak betul.

Harapan sekarang munkin siHitam Obama akan tutup Guantanamo dan tidak diganti dengan Guantanamera.
Kalau america tutup tu , bn kena tutup kamunting kan?
Harap tidak diganti dengan karamunsing!

abdullahjones berkata...

obama+anwar=menang sorak. :)

Tanpa Nama berkata...

btul2...

so?...x kn Cina atau India yg akan selamatkan Melayu?...

kita bkan mcm singapura, dorg profesional...kita nih, undi lah yg melayu, jgn undi bkn melayu..

NAK KE BUKAN MELAYU JD PEMIMPIN KITA???PKR kn parti berbilang Kaum.tggu mse je lah...