Isnin, 27 Oktober 2008

UCAP SELAMAT MENYAMBUT CAHAYA DEWALI

Rawana melarikan sita
Rama mencari ke seluruh benua
Hutan diredah
Gunung di daki
Lurah di turuni
Laut di renangi
Sita wajib di temui kembali

Maka bertemulah rama dengan rawana
Maka bertemulah rama dengan sita
Maka dewa di langit pun turunlah membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Maka bertempurlah yang baik dengan yang jahat
Bergempita seluruh alam
Langit pecah awan terburai
Gunung runtuh
Lurah terkambus
Sungai muntah
Laut bergelora

Maka dewa dari langit pun turunlah membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Tujuh petala langit
Tujuh petala bumi
Rama memburu rawana
Yang jahat akan dilawan
Yang zalim akan di tentang

Lalu dewa turun dari langit membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Maka dibunuh rawana oleh rama
Maka dibunuh yang jahat oleh yang baik
Maka bertemu kembali rama dan sita

Api pun dibakar menyambut dewa krishna
Api pun dibakar untuk menguji kesetiaan sita
Api kesetiaan membawa cahaya

Hari ini anak semua bangsa menyambut kedatangan cahaya
Hari ini anak semua bangsa besedia melawan jahat angkara
Ucap selamat menyambut cahaya dewali
Ucap selamat makkal sakthi!




19 ulasan:

Pyanhabib berkata...

makkal sakthi!

fatah85 berkata...

selamat . .

Tanpa Nama berkata...

dei isham, lu menyambut deepavali ke?ganas betul lu, siap dgn puisi lagi!
Maka dewa di langit pun turunlah membawa cahaya(lu percaya ke ada dewa di langit?)
Hari ini anak semua bangsa menyambut kedatangan cahaya(lu jgn kencing la isham,mana ada anak semua bangsa menyambutnya)

Api pun dibakar menyambut dewa Krishna(lu ada bikin benda ni ke, isham?)

Tanpa Nama berkata...

Engkau ni anak Rais memang sesat dan menyesatkan, pesta sembah api kau samakan dengan cahaya, Islam sahaja yang bagi cahaya, bodoh dan membodohkan kah! kah! kah! kah! kah!....gila punya orang.
dino_yp@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Thanks a lot Bro,Feel good that you didn't forget to wish your Indian fans,
Dari Jelubu pic fans during PP election

Tanpa Nama berkata...

Makkal Sakhti !

shahrizalisme berkata...

Fly dan Dino...

Adakah anda memahami puisi? Adakah anda memahami falsafah, budaya dan agama?

Jangan hanya interpret puisi Hisham secara literal. Fahami substancenya utk anda enjoy!

Tanpa ade pencarian tak diketemui pencerahan dan cahaya. Lakukanlah pencarian utk kecerahan dan pencahayaan. Sesungguhnya kecerahan dan pencahayaan itu sangat membebaskan...

Kenariterbang berkata...

sedih..

Kenariterbang berkata...

sedih.. orang islam menyambut jugak perayaan.. siap puisi lagi.. dari kandungan tu kamu berpengetahuan tentang kepercayaan itu.(tak salah tahu). Harap ucapan itu bukan dari batin tetapi hanya zahir untuk pengekalan perkauman SHJ. Kalau ucapan dari batin menunjukkan anda bersubahat dengan agama itu. Dan gagal dengan kalimah syuhadah yang anda pegang itu, fahami maksud tiada tuhan selain ALLAH. Maaf hanya mengingatkan shj sebab your blog is the best politic comment.

Edyes berkata...

Brader...

kasi ulas isu nie...

Kenyataan Bodoh Menteri Albino

Jawatan kuasa PROTES bila nak mesyuarat?

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Makkal Sakhti !

;)

shahrizalisme berkata...

Saya berpendapat tak salah utk menyambut perayaan agama lain sekadar mengucapkan selamat atau menghadiri 'open house'. Yang harus dibezakan adalah budaya dan ritual agama sahaja. Merayakan kebudayaan bangsa lain tanpa mengamalkan ritual agama mereka tidaklah menggongcang akidah.

Cth: Saya mengucapkan selamat Diwali kepada rakan Hindu dan menghadiri jamuannya tetapi tidak ikut serta apabila mereka melakukan puja atau ritual ibadat lainnya.

Allah sesungguhnya adalah Tuhan, anak semua bangsa dan Tuhan semua agama.

raja berkata...

apalah nak jadi masih banyak lagi radikal dan extrimist agama dan bangsa bilalah nak berubah wahai sdra-sdri sekalian.

Tanpa Nama berkata...

meow~~

hehehe, apa obat orang Malaysia makan, sahingga bagitu cetek pemahamannya tentang apa itu kehidupan ...

pergi ke pulau jawa, lihat budaya mereka ... apakah kamu tidak melihat bukti sinkretisme rohaniah yang berlaku di Nusantara sejak berzaman-zaman lagi ...

sememangnya duduk terlalu lama di Malaysia ini boleh membingungkan otak. Kalau ada masa, pergi jalan jalan di Indonesia. Now everyone can fly with AirAsia.

Tanpa Nama berkata...

pak hisham, baca puisi mu saya rasa takut. ketakutan didalam jiwa. kiranya dapat dibaca santai sahaja mungkin jiwa ini tidak gelora.

Tanpa Nama berkata...

isham tu orang yang luas pengetahuan. just becos dis tulis pasal dewa, dan api hangpa duk label dia dengan pelbagai soalan. entah2 isham ni langsung tak percaya pada apa2 selain dirinya. kita mana tahu iman orang. orang nak ucapkan selamat hari diwali hangpa duk buat teater misteri. tak tahu adab betullah... macamlah Islam itu bermusuh dengan semua agama lain, sampai tulis puisi pun tak bleh. hang pa semua amalan agama dan akidah dah sempurna kah? baguilah bawak prangai macam ini, Islam kat UK pun boleh berjaya, tapi Islam kat Malaysia kan selamanya dalam kotak budaya Melayu.

Tanpa Nama berkata...

bukan nak memadamkan semangat perpaduan kaum tapi bagi sorang islam yang berbicara tentang dewa2 agama lain serta seolah2 mengagungkannya....ini adalah sesuatu yang...well, not appropriate.

saya bukan radikal atau ektremis agama, tetapi fundamentalist.

wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahh @ dunggu bin bodoh fly dino n geng

Selagi kebodohan tak terhingga katak dibawah tempurung macam dino n geng ni masih majoriti,maka akan terus mundurlah Malaysia.Dunggu dunggu ni pikiaq depa tau islam..kahkahkah..yalah otak kosong hati setan selalu nak act depa ni Tuhan's punya favourite,specel ejen..menyalak macam anjing "we r the defenders of Islam " ..kahkahkah..Oi,drunken setan's..Tuhan perlukan mortal manusia utk defen Tuhan ke?kahkahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Angels mentioned in The Bible n The Holy Quran?Yes/No?Who r they..Who is Gabriel?....It's amazing,The Holy Quran mentioned There is no god but He,yet,locals suka cakap "Ya Allah TuhanKu"..dah sesat ni..kahkahkah