Dalam perjalanan ke Pirojpur van berhenti di pinggir jalan yang di tebing kirinya ada sederet kedai papan. Ramai warga Bangla berkeliaran. Aku ingin mencari kedai teh. Bila shaja van kami berhenti – kami telah menjadi daya tarikan – ini ditambah pula dengan seorang perempuan yang menjadi teman kerja – yang mungkin mencabar kejantanan Bangla.
Aku tercari cari. Tiba-tiba bahu di pegang. Bila aku menoleh - seorang lelaki gempal berjaket dan bertali leher sedang memegang bahu. Dia bertanya dan aku menjawab dari mana aku datang. Nah ! Bayangkan lelaki ini adalah kempen manager untuk Liga Awami di daerah Brinsal – wilayah yang aku tuju. Dia memanggil kawan-kawannya – satu pekan datang berkumpul.
Lalu lelaki gempal ini berceramah panjang – aku hanya ingin minum teh – tapi terpaksa mendengar ceramah politinya yang tidak putus putus. Ini mengingatkan aku kepada Gobala yang suka bersembang dengan tidak putrus-putus. Mungkin suku sakat Gobala juga dari dari daerah ini.
Walau apa pun, aku merasa bertuah kerena kawasan ini ialah kawasan tempat kelahiran Mujibur Rahman – pejuang kemerdekaan Bangladesh. Rumahnya entah di kawasan sawah yang mana – entah di tepi lubuk yang mana - tidak pula aku selididki. Yang jelas anaknya Sheikh Haslina bertanding di kawasan aku minum teh ini. Rumah keluarga pejuang ini hanya 30 kilometer dari kedai ini.
Kami bertukar kad. Aku sebanrnya tidak ambil pot tentang kad kad ini. Malah aku sendiri di berikan kad untuk mengenal diri – satu pun tidak aku gunakan. Aku tidak pernah mengulang lihat kebanyakan kad kad yang telah aku terima. . Kebanyakan aku buang.
( diluar ketika aku menulis ini – hingar bingar – tidak jauh dari kedai internet ini ialah ceramah akhir untuk Bangladesh National Party – ribuan orang dipadang )
MENYEBERANG FERI
Dua jam dari kedai teh ini kami sampai ke sungai yang amat luas – tetapi airnya tidak melimpah kerana kini musim sejuk. Kami wajib naik feri.
Nah adalam negara msikin ini – semuanya miskin – lembunya kurus, anjingnya kurus, keretanya kurus, becanya kurus, duitnya kurus, pengayuh beca kurus – Minah ? Minah tidak ada dalam negara ini – semuanya terbungkus di rumah. Kalau ada pun mereka juga kurus.
Negara miskin semuanya miskin – jadi ferinya pun miskin. Kami perlu 30 minit untuk menyeberang sungai ini. Tempat feri ini dipanggil Aricha.
Aku rasa British telah membuat feri ini kerana tidak jauh berzanya dari feri di Tanjung – cuma di tingkat atas ada restauran dimana bila sahaja feri bergerak restauran ini penuh.
Seorang lelaki berbaju merah meminta kasut aku dibersihkan. Ini tidak pernah aku buat dalam hidup aku. Aku berikan 10 tika agar dia berundur – dia meminta kasut aku. Lalu aku berikan – di Bangladesh ini hanya orang gila sahaja yang mengkilatkan kasut mereka. Tak sampai 20 minit sesiapa sahaja yang memkai kasut kulit akan melihat debu berkumpul kembali. Doc Marten yang setia pada aku ini tidak perlu di cuci atau di kilap.
Dua jam perjalanan – hari tambah gelap. Kami wajib menyeberang sebuah lagi sungai kecil. Kali ini hanya 15 minit. Semua telah gelap. Aku tidak nampak lagi rupa bentuk sungai ini. Di negara miskin ini – malam nya adalah gelap yang memiskinkan.
( Bayangkan betapa susahnya aku hendak menghabiskan tulisan ini. Anak anak muda membaca-baca tulis aku. Dan siku mereka terkena tangan aku - )
Sampai ke Pirojpur – hampir jam 9.30 – ertinya hampir 12 jam perjalanan. Hotel kami – yang terbaik dalam bandar ini. Betul yang terbaik. Apa nak di kata – habis badan aku menjadi mangsa nyamuk. Jika ini yang terbaik – bayangkan yang tidak terbaik bagaimana agaknya.
( Kelmarin ada Rapat Umum untuk Liga Awami di padang di tepi bandar – berpuluh rubu yang datang. Ketika aku menulis ini di padang yang sama BNP pula sedang mengadakan rapat)
BNP bekerjasama dengan Jamiati Islami. Justeru rapat petang ini satu habuk pun tidak kelihatan perempuan. Kelmarin bukan sahaja ada perempuan yang datang malah salah seorang penceramah adalah perempuan.
Jelas bezanya BNP dengan AL – BNP kelihatan lebih kolot. Penyokong dari kelas yang paling terbawah. Merka memainkan retorik – syurga dan neraka. AL pula kelihatan lebih urban dan tidak disaduri dengan politik keagaman kolot yang menyesakkan nafas.
Siapa yang akan menang – aku tidak tahu – tapi yang pasti setelah melihat dua-dua rapat aku tahu siapa yang akan menang.
Yang menang pastilah peniaga, pemodal, tuan tanah, pelabur – yang aku nampak mereka semunya duduk bersila diatas pentas ketika si politikus beretorik. RAKYAT TERTINDAS TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH DUNIA MENANG DALAM PILIHANRAYA!
Sabtu, 27 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
steadylah bro,den terbwk2 sekali dlm perjalanan ke Bangla nie,pastinya ini adalah satu pengalaman yg mahal utk dinilaikan dgn emas.Kok kt Jolobu pon dah lama takdo suasana cam nie haa,den kalau blk Jolobu..lalu cam tu ajo..nak singgah pon dah tahu dah apo yg ado..samolah mcm 7-8 tahun lopeh...
Nasib baik Gobala tu kira satu geng dgn abg sham, LOL. Terima kasih kerana menulis catatan ini.
xpasal2 Gobalakrishnan kena perli kah kah kah..siot lu,Isham kah kah kah..da lame bro Isham xkomen psl brita2 politik Mesia..frust giler ni woit!!kah kah kah..
apepun,hrp bro isham pulang dgn slamat ke mesia nnti..
Catat Ulasan