Di alkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpulah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun di palu dan canang di pukul. Ada yang mencangkung ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.
Ketua cawangan naik proton
Ketua bahagian naik wira
Kontrektor kelas f naik honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para yb naik mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur amatlah trajis
Mereka datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai Perdana Menteri Malaysia, sebagai Presiden United Malays National Organisation dan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.
Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.
Ketika Mahathir Muhamad meletakan jawatan, saya masih berada di kem tahanan Kamunting. Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Gambar Mahathir menangis di Perhimpunan Agung itu amat lucu sekali. Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah yang terpatah kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu Dolah telah mula memasang badan sebagai Perdana Menteri
Pada malam saya hendak di hantar ke Kamunting ( June 2001) – surat arahan tahanan – telah di tanda tangani oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri. Pernah wartawan bertanya kepada Abdullah tentang 10 Reformis yang di tahan di bawah ISA. Dolah telah menjawab “…saya tidak tahu….”
Di Kamunting, apabila saya mendengar ‘ saya tidak tahu’ dari Dolah Badawi maka terlintas juga di kepala saya mungkin si Mamat ini seorang jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan dari para wartawan.
Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian saya telah mementaskan teater Tok Sloo dan Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA. Manakala Tok Sloo adalah teater komidi. Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk dipertontonkan kecuali di Perlis.
Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo berdasarkan watak Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang disekelilingnya. Dolah pada ketika teater ini ditulis baru sahaja menjadi Perdana Menteri. Scomi – syarikat milik Kamaluddin anaknya - masih belum heboh dan masih belum glamour lagi. Penjenayah bom nuklear A.B. Tahir belum menjadi hiasan muka depan majalah Times. Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat kahwin dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya raya. Moonsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai ke Seberang Takir.
Selesai pementasan keliling di Semenanjung saya telah bertemu dengan seorang kawan lama saya – Cik Gu Hashim dari Perlis. Kami bersembang di sebuah warong pokok ketapang di hadapan pejabat MalaysiaKini Bangsar Utama. Sambil ketawa sambil kami berlabun tentang siasah semasa.
Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah-dekah. Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasihat “… kamu janganlah lawan Dolah Badawi ini…..kalau kamu tulis keras sangat tetang dia… macam kamu lawan orang cacat…..” Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari ini.
Bila saya duduk bersendirian di hadapan komputer dan ingin menulis sesuatu tentang Abdullah Badawi maka saya teringat pesanan kawan saya itu. Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ini adalah ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik.
Akhirnya saya menarik diri dari me‘lampoon’ Dolah. Saya rasakan cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia ‘cacat’ ini. Saya rasa macam saya bergaduh dengan kanak-kanak.
Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Abdullah Badawi ini adalah Perdana Menteri ‘fluke/accidental’ – atau PM yang tidak tersengaja. Dolah Badawi tidak memiliki ciri dan pola-pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara. Dolah di jadikan Perdana Menteri hasil perancangan licik Mahathir Muhamad.
Mahathir Muhamad tidak salah pilih, dia sengaja memilih ‘si cacat’ ini agar dia sendiri akan menjadi Pak Dalang dibelakang tabir. Hanya satu silap Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang lain – Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang telah juga bersiap sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.
Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana Dolah ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya rasa ini hanyalah kempen ‘hitam’ oleh musuh-musuh Dolah dalam United Malays National Organisation. Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan ‘Dolah Tidur’ maka saya yakin ‘kecacatan’ Dolah ini tidak mungkin dapat di perbaiki.
Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita betapa Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek yang cuba dibangunkan. Dolah tidak memiliki daya fikir yang lampan dan luas. Saya juga difahamkan si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat melihat dengan jauh dan dengan terperinci.
Pilihanraya 2004 Dolah telah di beri mandat besar tetapi Dolah kurang arif untuk memahami makna mandat itu. Semua perancangan yang di rancangnya tinggal terbengkalai setengah jalan. Dolah mengajukan Islam Hadari, tetapi saya juga was was apakah Dolah sendiri memahami konsep yang diajukan itu.
Para kroni, anak dan menantu Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak memahami satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk mehazam pergolakan politik global.
Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir Muhamad. Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama. Kalau di kampung saya di Jelebu Dolah ini akan dilantik sebagai Tok Siak. Sekali sekala kalau Tok Imam masjid demam mungkin dia akan dibenarkan mengepalai sembahyang.
Dalam adat Perpatih di Jelebu Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan. Kalau di penanggah di kampung saya Dolah ini akan menjadi pengacau beras di kawah ketika kenduri kendara - tidak lebih dari itu.
Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’ di tibai Muhyidin yang menjadi barua Mahathir Muhamad. Dolah terkapai-kapai hilang nafas. Penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain dari meminta tanda tangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.
Apakah agaknuya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?
Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah bapak mentua Kj. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia tetapi telah di gagalkan oleh Mahafiraun kerana Mahafiraun telah menyediakan budak suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak di hantar ke Mongolia untuk menjadi duta.
Hari-hari akhir seorang dolah sampai
Kamal datang dengan scomi
Kj datang dengan nori
Kali datang dengan air asia
Jean datang dengan kain tudung baru
A.b. tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan sepatu
Lalu dinobat dolah sebagai bapa kemaluan terbaru
Maka demikianlah berakhir kesah Tok Sloo
Untuk tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit pada menantu
Untuk ingat-ingatan kawan dan seteru
Selasa, 7 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
38 ulasan:
Assalamualaikum YB..
ISA PROTEST!
Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya.
Sila KLIK DI SINI untuk menandatangani surat tersebut.
Thanks.
razzi-media.blogspot.com
Salam abang isham,
Tiada label,
agak serious,
Madey licik.
Allahyarham Rustam Sani dalam kenangan,al-fatihah.
Masa mengejar,
Mengejar masa.
Teruskan...
Ngah.
Nak menangis pulak baca artikel ni. Hahahaha.
Hari-hari terakhir seorang Dolah ..
Isk ...
HIP HIP HURRAYYY.
Abang Isham yang Di Hormati,
Terima kasih! Penulisan Abang memang kena pada sasaran. Tak ramai penulis genre satira di Malaysia yang dapat menandingi Abang. Memang best.
Tetapi kenapa tak ada apa-apa update di ruangan 'Dari Jelebu'? Dah lama saya menunggu. Ataupun Abang memang nak menumpukan segala usaha penulisan Abang untuk 'Tukar Tiub' saja?
Tak kisah lah. Saya akan sentiasa melayari dunia internet ni untuk mencari hasil penulisan Abang. Lebai Google dengan Pakcik Yahoo sedia membantu.
kesian pak lah ku sayang
R.I.P
Saudara Isham
Tahu ke Dolah perihal masa?
Dolah tak reti ertinya masa
Dolah tak reti gunakan masa.
Dolah tak pernah tepati masa.
Selalu lewat, apa nak buat?
Adakah masa menunggu Dolah?
Masa berlalu masa dibiar
Masa dibiar jadi terbiar
masa masalah tak bagi masa
Sekarang Dolah dimakan masa
Adakah lagi masa untuknya?
Masa tersenyum melihat Dolah
Masalah masa Dolah perlekeh
Masa berlalu Dolah terhegeh
nafas tersangkut baru nak celek?
Bro,
1. aku kekadang bangga melihat kemajuan Malaysia hasil pemikiran TDM. Kebanggaan aku termanggu sebentar apabile melihat ramai sungguh warga Jawa, bangla, pakis, myanmmar, vietnam berada di kawasan bandaraya.kebanggaan aku termanggu pabile mendengar penyakit TB dah makin merebak, banyak rumah kena rompak, bayi2 kecil dicampak -adakah ini kemajuan?
2. Pabila sorang LAH been promoted, aku merasa bangga melihat aksi lakunan beliau. Kerja lah bersama2 saya..marilah masuk islam hadhari..hapuskan lah rasuah..saya nak mengumumkan hari perkahwinan saya...saya tidak akan menaikan harga minyak..
3. Sekarang..sorang LAH nak bersara..aku merasa bangga kerana dia merasa berat nak meninggalkan jawatan tersebut disebabkan wang tak cukup lagi. Kebanggaan aku terselah pabila dia pasti mengumumkan tidak akan meletakan jawatanya..
Bangganya aku mendapat sorang pemimpin bernama LAH
Kamu sokong Anwar Al Juburi, sudah tentulah Mahathir semuamya tak elok.
Ramai orang kenal kamu siapa dan ramai masih tak lupa apa yang kamu buat dulu.
Jgn berjuang di sebalik nama bangsa dan ugama jikalau hati kamu tu buta.
Maaf cakap kasar, dah terlalu meluat dgn cara kamu.
tanpa nama jam 1021...hang kata depa hati buta...hang meluat dengan orang lain...cuba lihat diri hang sendiri...buta buta taksubkan mahathir...orang lain pun meluat juga dengan hang...tulis komen sekadar tanpa nama...nak letak nama selinding pun takut...semua yang jadi kesan pemerintahan mahathir...dia ahli politik...bukan nabi...
untuk tanpa nama jam 7:10.hang memang binawe haram jadah.
wa sngat terhibur dengan cerita2 lu bro..lu memang penglipurlara abad ke-21..kah kah kah
Sebagai rakyat, marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Pak Lah agar beliau mempertahankan kedudukan beliau sekarang kerana tidak ada gunanya jika kedudukan beliau digantikan sekarang ini. Keadaan tetap akan sama jika beliau digantikan..
Beliau masih menjadi PM sehingga sekarang kerana undian rakyat dalam Pilihanraya lepas. Jadi beliau adalah pilihan terbaik rakyat.
Mengapa sekarang kita beriya-iya sangat ingin Pak Lah undur diri sedangkan kita sendiri yang memilih beliau? Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah politik orang-orang yang ingin menjatuhkan beliau, termasuklah pemimpin-pemimpin dalam UMNO sendiri..
Marilah kita memberi sokongan kepada Pak Lah agar mengekalkan kedudukan beliau sekarang...
Pak Lah gagal menggemakan tema yang dibawa oleh Ustaz Abdullah Fahim datuknya sendiri.
Arwah Ustaz Fahim tidak pernah mimpikan anaknya apa lagi cucunya untuk memimpin Malay mahupun Malaysia.
Selepas kembali ke Kepala Batas selepas membangunkan Madrasah Idrisiyah dizaman Sultan Iskandar Alang di Kuala Kangsar, tumpuan utama hanayalah kepada sekolah ugama setanding Idrisiah dan maahad Assarif Gunung Semanggol. Sekolah Al Mashsur yang menjadi kebanggaan orang Melayu Pulau Pinang pun tidak dapat ditandingi.
Cucu ini perlu kembali muhasabah diri dalam 2 -3 hari ini zaman muda disamping datuk tercinta. Imbau kembali perjalanan hidup datuknya yang menjadi punya murid puluhan ribu di Nusantara ini.
Mungkin selepas solat tahajud, cucu kesayangan Ustaz Abdullah Fahim ini boleh mendapat ketenangan dan kembali mejiwai hasrat datuknya, Arwah Ustaz Abdullah Fahim.
Kpd paklah yg dikasihi
lepas berenti pegila sambung sekolah balik....Duit tabung dah banyak tuuu.!!!!
Hahah. patutlah tak pernah belasah dia. tak sama liga.ingatkan pasal kau suka tgk umno lemah. ke dua2 sekali?
salam Tuan,
Memang macam baca sebuah hikayat lah pulak... tradis dan sadis.. tak macam cerita hindustan yang akhirnya akan menari dan menari sampai kepagi.. tak sah kalau ada tak ada polis...
Salam ceria buat Tukar Tiub...
Kesian lah dengan Tok Sloo tu. Dah lah kena sabotage dengan si Jibby yang pura pura sokong dia tapi dalam diam diam main kayu tiga. Tapi apa nak buat nama pun Tok Sloo, yang berlaku kat keliling dia depan mata pun tak nampak.
Harap harap kan Tok Sloo masih ada harga diri, maka pertahankan lah jawatan presiden tu.Lepas tu kita kenen la kat hisham, gua caya lu la!!!!
mana-mana penyokong Pak Lah tak perlulah melatah bila membaca penulisan Tayar Tiub kali ini."shallow" kerana hanya menyerang dan melihat pada satu sisi sahaja.haha.
penyokong Pak Lah kini pastinya memberikan sokongan padu kepadanya agar terus kekal dan tak perlu meletak jawatan.dia berhak lagi untuk diberi peluang mentadbir negara.
aku suka benar baca blog kau ni sham..ko rasa kau ingat aku tak ?..
aku pernah bertandang kat umah kau untuk assignment aku masa aku belajar dulu..kah kah kah ( tiru cara kau )bley ?.
Bapa Kemerdekaan.
Bapa Pembangunan.
Bapa Perpaduan.
Bapa Pemodenan.
Bapa Kemaluan.
Now THAT is something memorable for our beloved Ayahanda Abdullah.
Keep on writing, bro.
serius sedih bro...
sob..sob..sob..
Hilangnya Bapa Kemaluan Malaysia...
rakyat Malaysia akan meratapi pemergian mu Dolah Imam Hadhari Al-Kepala Batasi..
Undur LAH..
hahahahahaha...
ingat hari ni nak lepak bbc..
ada extra kelas malam pulak...
jam betul la..
tak perlu untuk Pak Lah letak jawatan kerana itu bukan penyelesaian yang sempurna.lebih elok jika dia terus diberi peluang mentadbir negara sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum akan datang.
tulisan yang sgt melucukan dari isham...hahahahaha
bro yang ku sayangi. seorang dolah semakin tak menentu. dalam kepala hotak segala da celaru...ohhhh hanya tuhan islam hadhari saja mampu mungkin menyelamatkannya.... oooohhhh anak bini malah menantupun takkan mampu terbuat apa-apa.... ooohhh mujurlah seorang dolah dah kaya boleh lari ke china.
bro. semakin hari semakin merapik. semakin benci aku melihat politik seorang dolah ini.... ohhh aku tak mampu menahan lagi....uweeeek!
Salam Tok Hisham...
Den sedih pasal lama lagi org tua tido ni nak berhenti...
Bg den, tiap2 hari den doakan dia supaya berundur....
Dah takde pe yang nak dikejar LAH oi...
Salam...
Nampaknya memang semakin kelam kabut jadinya Pakatan dan PKR. Masing-masing termasuk orang kuat PKR sendiri nampaknya dah mula sangsi akan perjuangan Anwar yang semakin hari semakin membisu seribu bahasa.
Ini memberi gambaran bahawa Pakatan dan PKR akan merudum jatuh menyembah bumi akibat permainan Anwar yang suka memberi janji yang beliau sendiri tidak mampu untuk tunaikan.
Jadi, apa yang perlu pengikut Anwar lakukan seterusnya untuk memastikan negara kita selamat? Tepuk dada tanya selera.
Bagi yang menyokong UMNO, saya syorkan ada baiknya jika meneruskan sokongan kepada Pak Lah kerana jika Pak Lah undur diri awal, belum tentu penggantinya lebih baik daripada beliau. Dengan memberi sokongan kepad Pak Lah maka peralihan kuasa 2010 dapat dilaksanakan dengan lebih lancar..
Bagi saya tak salah jika sokongan diberi kepada Pak Lah kerana rakyat sendiri yang memilih Pak Lah pada pilihanraya yang lepas. Jadi mengapa perlu mengubah pendirian dengan menyokong agar Pak Lah undur diri awal? Jangan terpedaya dengan Muhyiddin dan Ku Li dan mereka yang sependapat dengan mereka...
semuanya bagus....ubah gaya edup best2 citer toksloo nie
kepada : samsudin 1706..
kesian kat kau ni kan..
mesti kau ni zaman sekolah suka tdo..
kau ni kaki tdo ke sudin..
pegi sekolah orang suruh belajar bukannya to sudin..
takpe la kau kritik je la kat blog ni..
kau ni dikira sebagai iklan la..
hahahahahaha...
sudin..sudin..
Samsudin,
Saya tak pernah sangsi dengan Anwar Ibrahim. Saya lebih mempercayai Anwar daripada budak-budak dalam UMNO tu.
Dari dulu saya tak percaya Mac 2010 akan berlaku. Sebaliknya, perkara lain yang akan berlaku.
1)Apakah Pak Lah rela melepaskan jawatan PM dan menjadi ahli parlimen biasa?
2)Adakah dia akan melepaskan 2 kementerian yang dipegangnya?
3) Adakah dia akan bersara dari politik dan menjadi orang biasa ketika Dr. Mahathir masih lagi hidup?
4)Adakah dia akan dipuji atau dikeji selepas meletakkan jawatan PM?
5)Bussiness dan kroni-kroni dia, adakah dijamin terbela?
6)Nasib si Khairy bagaimana?
7)Kalau Najib jadi PM, bila pilhanraya ke-13 akan diadakan?
Mungkin akan ada kejutan hari Rabu, dimana Pak Lah akan mempertahankan jawatan Presiden. Bukankah Pak Lah suka buat kejutan?
Jika Pak Lah mengumumkan perletakan jawatan, expect Najib has lose the war.
Jika Pak Lah mengumumkan mempertahankan jawatan, expect Najib has lose the battle.
Saya bukan ahli politik, mahupun guru ekonomi.
Saya bukan ahli yang berdaftar untuk mengundi, dan saya tidak menyokong mana - mana parti didalam Malaysia. Kerana saya masih menilai dimana salah, betul, benar, telus sementara saya masih di bangku sekolah lagi ni.
beberapa hari lepas, saya ada tonton CD yang mengandungi mengenai permatang pauh. Saya terberhenti dari ingin tidur walaupun jam hampir 5 pagi. Anwar masih hebat berkata - kata. Apa yang cuba diperkatakan boleh membuat orang - orang yang mendengarnya percaya bahawa beliau seorang yang pandai guna otak. Bukan ingin menyokong mana - mana pihak. Tetapi, saya hanya ingin membuat perbandingan diantara WAR,LAH and DIR
War
Pandai berkata - kata, betul kata rakan - rakan , pemerhati politik..anwar ini pakar ekonomi. Apa yang dilakukan semasa beliau masih di zaman kegemilangannya? TIADA KEGAWATAN EKONOMI, TIADA HARGA MINYAK NAIK. (jika tidak silap dari sumber saya). Beliau tak naikkan harga minyak. malahan beliau pandai ambil sedikit dari sumber negara ini bagi mengelakkan masalah seperti kenaikkan harga minyak. Selain itu, saya rasa dia merupakan pakar ekonomi yang paling saya kagum di Asia. Kalau tak. takkan sampai Raja Arab nak ambil dia sebagai penasihat.
Dir
Hm..Beliau merupakan seorang yang mempunyai kreabiliti untuk melakukan pembangunan bukan sekadar cakap. Pemikiran beliau..tak tahu saya nak ckp apa. Kalau dulu saintis jumpa kacang soya dalam otak Einstien. tapi dalam otak beliau..saya tak tahu.
Lah
saya belum nampak apa - apa.
Ini bukan nak menyokong mana - mana pihak. tapi. dari sudut positif sahaja.
beb...aku teringin betul la nak layan isap rokok benson ngan lu..hehhehe...
OOiitt..Sudin..
Kite tunggu je nanti bile Parlimen dah bersidang nanti (Senin depan)
Nanti bile PR dah amik alih Kerajaan Persekutuan,,,ko meh sua muka ko kat sini..aku nak ludah kasi muka ko tu..
To Samsudin:
Siapa kata PKR dan Pakatan kelam kabut.Tak adalah.Kita orang 'steady' aje.Yang kelam kabut ialah UMNO dan kuncu-kuncunya.Kita orang pun tak pernah sangsi dengan perjuangan Anwar Ibrahim.Cuma dalam keadaan sekarang pelbagai strategi perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Pakatan Rakyat tidak akan jatuh dan mmenyembah bumi bahkan semakin teguh dan kental dalam menghadapi apa juga rintangan & halangan.Cuma kasihan kepada UMNO yang sekarang ini terpaksa mencari talian hayat untuk menyambung sisa-sisa hidup mereka yang bagaikan nyawa-nyawa ikan.Apa yang Anwar janjikan hanyalah kearah pembentukan Malaysia Baru yang lebih adil dan saksama.Janji tersebut hanya dapat dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.Apa yang perlu pengikut Anwar dan Pakatan Rakyat lakukan ialah berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada BN.Tepuk dada, tanya iman.Tak boleh tanya selera sebab selera kita berbeza dan kebiasaannya selera kita tertumpu kepada makanan-makanan yang lazat,pakaian-pakaian yang mahal,kereta-kereta yang mewah,rumah-rumah yang besar dan cantik dan berbagai-bagai lagi keindahan dunia yang mengasyikkan.
Sedara samsudin,
PM kite ni di gelakkan oleh pelajar2 asing kat sebuah IPTA mase den menuntut kat situ dulu psl gara2 dia tido kt majlis2 rasmi yang besar....
Gua tumpang gelak skali la....
Takkan nak back up plak kan..
Sendiri wat salah,sendiri la tanggung...
Kah kah kah
"...sebenarnya SAYA TIDAK TAHU,apa kah saya akan akan melepaskan jawatan atau mempertahankanya,ini kerana saya baru sedar bahawa saya ada banyak kerja yang nak di-buat,the journey just begin..."
Org yg dah berumur, takleh aktif sangat dah, jantung pun dah semakin lemah..letih memanjang.Tu pasal asyik ngantuk je.
kah kah kah...politik politik politik...
kesiaan kt penulis blog nie..
mudah2an dosa kamu terampun..
ameen..
Catat Ulasan