Sabtu, 12 September 2009
SELAMAT MALAM TUJUH LIKU
SEMBILAN HARI LAGI
akhirnya ianya sampai
kemudian dia pergi
masa dan ketika
tidak berulang lagi
mulanya dia lahir
kemudian dia membesar
kemudian dia bercabang
kemudian dia gugur
tidak berulang lagi
bila petang ini tertutup
dan malam di buka
masa dan ketika
tidak berulang lagi
ingatan ingatan itu
bercampur campur
diantara masa dan ketika
ingatan ingatan itu seperti kabus pagi
datang dan hilang tidak berulang lagi
ingatan ingatan itu
mengenang kembali
masa dan ketika
yang tidak kunjung datang lagi
MALAM INI PASANGLAH LAMPU
petang ini
demi zeus kau pasanglah lilin
seperti kau pasang empat ribu tahun dahulu
petang ini
demi shiva kau pasanglah lampu
seperti kau pasang lima ribu tahun dahulu
petang ini
kau pasanglah pelita
seperti kau lakukan 40 tahun dahlu
ketika kau menyambut malam tujuh liku
pasangkanlah cahaya dalam hati mu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
salam Bro Isham...mula mlm ni kita tambahkan iktikaf..supaya berpahala dlm lailatulqadar...kuatkan iman kuatkn iltizam untuk lawan tetappppppppp...lawan,lepas raya untuk kita palu gendang perang bersamasama d pasir pantai P.D.
Bro isham apasal
demi zeus
demi shiva ni
drp itu ari demi zeus
susah no ke nak sebut demi Allah
camnerpun nyalakan lampu tu
takde kena mengena dgn islam
Salam...setiap ari aku baca blog kau...memang best segala catatan yang kau...buat aku berfikir tentang kehidupan...apa pun selamat maju jaya...wasalam
ambience mlm tujuh likur tak seperti dulu..dah tak 'asli'..
org2 sekarang nyala pelita2 letrik,tak pun pelita2 yg dibeli kat gedung2 beli belah..ni pun baru brape je rumah2 yg masih amalkan menyala pelita..da takde lagi keindahan deretan rumah2 yg dipasang pelita..
Betulke adanya Malam Tujuh Liku? Apa sebenarnya keistimewaan ada beberapa hari lagi nak muncul syawal. Kenapa orang sibuk besar dengan kemunculan syawal/ Kekadang tu Syawal itu adalah hari terbaik suami-isteri ber'tension' kerana nak merebut pagi atau hari pertama Syawal. Tiada dalam al-Quran meminta umat yang berpuasa gembira sakan pada Syawal, sepatutnya kita 'cool' kerana dapat sedikit pengajaran daripada tahan lapar dan dahaga dan sepatutnya insaf dan syukur kerana begitu rupanya oaran miskin yang tidak dapat makanan sepasti seperti orang yang senang.
Jadi malam tujuh liku ini apa sebenarnya? Berjuta pahala sudah dikumpul( tak tahu siapa yang bilang dan auditnya), lepas itu dihadirkan dengan satu kepercayan bahawa ibadat solat mereka akan berlibat berlipat ganda! Apa erti semua ini? Aden masih tak puas dengan kupasan ustaz atau pakar agama tentang malam tujuh liku ini. Pada aden samo aje seperti malam 355 hari yang lalu kecuali kita diyakinkan akan suatu luar biasa , atau suatu pengalaman luar biasa bersifat kerohaniah akan berlaku- seseuatu yang abstrak dan sulit untuk diperihalkan seperti rasa manis atau pahit? lagi ditanyo lagi abstark jawapan diberi nanti.
isham cite la secara santai pengalaman cun masa puasa jadi pelarian....ataupun kau tak puasa masa tu hehehehehe
salam semua,
dalam quran dah terang2 dikatakan org yg beriman (kpd Allah) itu ialah org yg percaya pada 'benda ghaib'.. tapi bukan yg ghaib mcm dlm wayang harum sundal malam dan yg sewaktu dgnnya tu... bukan jugak yg ghaib mcm penyiasat persendirian yg tak kita tahu ditimpa bala ke atau di mana kini berada... yg penting kita MESTI percaya adanya benda2 ghaib yg tak dapat kita lihat secara fizikalnya tetapi tetap ada sebab Allah sendiri dah menyatakan adanya, termasuklah lailatul-qadar, para malaikat, dosa&pahala, syurga&neraka, hatta Allah itu sendiri yg tidak kita lihat.
kenapa kita gagal 'melihat' yg ghaib ini dgn jelas? ini cumalah akibat dari kelemahan manusia sendiri yg hanyalah hamba Allah, tanpa dayakuasa tanpa ilmu, kecuali diizinkan Allah Yang Maha Mencipta serta Maha Memiliki segala yg ada di 7lapis langit & 7lapis bumi & setiap yg di antaranya - hatta segala ilmu daripada ilmu membaca, ilmu bertutur, ilmu ugama hinggalah ilmu roket dll adalah milik & kurnia Allah. jika kita berkeinginan yg buruk dan Allah izinkan keinginan itu, maka dapatlah; jika seorang ingin ilmu merembat harta negara berjuta2 ringgit dan Allah izinkan ia berlaku (sebagai dugaan pada keimanan&ketaqwaan dirinya) maka jadilah ia perompak (yg dikutuk oleh manusia lain hanya jika mereka dapat tahu berkenaannya, tetapi sudah tentu lebih dilaknat oleh Allah yg semestinya Maha Mengetahui segala2 sesuatu, Allah yg menjadi & menghidupkan dirinya dan yg menyuruh dirinya berlaku adil, amanah & baik - dan Allah yg telah siap2 menyediakan api neraka utk org2 seperti dirinya!)
maka apa yg tidak dapat kita 'lihat' atau fahami itu hanyalah kerana batasan ilmu yg Allah izinkan kita miliki; sepertimana sebelum orville & wilbur tiada manusia yg Allah izinkan ilmu membuatkan besi terbang membawa manusia; sepertimana adikberadik wright itu sendiri tidak pula diizinkan Allah ilmu utk membuatkan besi itu boleh terbang sehingga 2x kelajuan bunyi atau boleh terbang sehingga ke lapisan luar atmosfera
yg dituntut dari kita sebagai salahsatu cara menunjukkan pengabdian kita kpd Allah ialah dgn SENTIASA menuntut ilmu yg elok, ilmu yg bermanafaat, serta ilmu mengenal Tuhan - bermakna menuntut ilmu itu adalah proses berterusan, hinggalah kita dimatikan.
proses mencari lailatul-qadar itu juga harus berterusan, bukan terhad kpd malam2 ganjil dari 10 mlm terakhir shj, kerana itu hanya mungkin boleh disifatkan seperti apa yg dikatakan 'selalunya' shj, kerana itu bukanlah wajib bagi Allah - Allah boleh menurunkannya pada mana2 malam shj sepanjang ramadhan itu seperti kehendakNya.
wallahu 'alam.
semoga Allah izinkan kita bertemu lailatul-qadar, Allah izinkan kita mengenali lalilatul-qadar itu bila kita bertemunya & Allah izinkan kita mendapat nikmat & berkat sepenuhnya dari pertemuan itu...
oo
zeus? dewa sri bla bla bla
Mana Allahnye? tarak percaya ka? kes berat lorrr ko ni bai
Bro Isham cuma nak bagitahu yang tradisi pasang lampu ni berasal dari zaman Yunani dan tamadun India dahulu kala. Ini sejarah, yang memang telah berlaku.
Jadi sekarang ni, dengan sejarah yang telah diceritakan oleh Isham, nak ke kita pasang pelita lagi? Pasang pelita di malam 7 likur, kerana Allah??? Nadanya sangatlah pelik.
Poin yang dapat dilihat sebenarnya, tak perlu pasang pelita minyak tanah pun. Terangkanlah hati, bukakan minda, bebaskan diri daripada penyakit hasad dengki dan perkauman.
Semoga Ramadhan ini dapat menyedarkan yang terlupa, dapat memperbetulkan yang sesat.
Catat Ulasan