Jumaat, 2 Januari 2009

BERITA BAIK !!!! PEMUDA ANJUR PERHIMPUNAN DI KEDUTAAN PALESTIN – berita hairan



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mengajak orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai satu perhimpunan secara aman di Kedutaan Palestin hari ini bagi membantah tindakan ganas rejim Israel terhadap penduduk Israel di Gaza.

Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata perhimpunan yang dinamakan Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel itu akan diadakan mulai jam 2.30 petang dan akan disertai semua pemimpin parti komponen Pemuda BN
.


woit …. rakyat malaysia wajib mengalu-alukan perhimpunan ini…. inilah cara terbaik … tak suka keluar tunjukkan perasaan…. suka keluar tunjukkan perasaan…. inilah satu ciri pendewasaan demokrasi…. tukar tiub cukup gembira bila rakyat ke jalan raya… inilah pilihan terbaik untuk menyatakan sokongan atau bantahan…. cara dewasa….semoga tradisi ke jalan raya ini akan berkembang dan berterusan….sertai apa sahaja tunjukan perasaan kerana kita susuk yang memiliki perasaan...lebih besar .. lebih meyakinkan... lebih gempaq...





10 ulasan:

roslanali berkata...

Ni nak bantah israel atau nak sokong israel ... macam tak kena tempat jer

Tanpa Nama berkata...

heran..heran...
kenapa dia orang buat kat Kedutaan Palestin..
bukan Palestin yang serang Israel..
buat la kat kedutaan Amerika..
sekutu kuat Israel...

takut ke?

Tanpa Nama berkata...

tak best lah tak de FRU

Tanpa Nama berkata...

Ada FRU tak? Kalau tak ada tak best....

sEmut berkata...

ye la. kenapa kedutaan palestin pulak.


ish.

Tanpa Nama berkata...

meow~

kucingsiam sudah bosan dengan sengketa israel - palestin; sudah berpuluh-puluh tahun tak selesai-selesai lagi. Hari ini kamu bom aku besok aku tembak kau.

Negara timur tengah pandai mengaku saudara Arab namun apa yang mereka buat selama ini... Takkan nak negara Malaysia dan Indonesia yang jauh jauh ni pergi tolong ... kita ada masalah sendiri jugak.

Tanpa Nama berkata...

israel nih,x main bantah2 do.buang maso.diorang golak jo kito sibuk2 berpiket..jumpo sombolih jo..dah x mkn saman dahh..baru leh cerito!

Tanpa Nama berkata...

Munkee KJ the son-in-law ade pi kah?bleh gelak tgk dia jerit2 n mraung2 cm kena sembelit kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Memang dengan tunjuk perasaan macam ni tak akan mendatangkan hasil. Israel laknat tu takkan peduli dengan tunjuk perasaan macam ni. Diorang lagi suka sebab diorang rasa diorang hebat. Lagi kita tunjuk perasaan macam ni, lagi diorang serang. Tak percaya, tengoklah. Kalau dah dasar bangsa yang bangsat memang macam... Semoga Allah SWT melaknati israel dan menurunkan bala terhadap mereka...

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham turun ke perhimpunan ni ke nanti? Iyelah, perhimpunan ni kan anjuran Pemuda BN. Bro kan anti kerajaan... Saya rasa dalam hal macam ni, eloklah jika kita lupakan sementara sengketa politik dalam negara. Tak ada salahnya jika Bro join sekali... Inilah masa kita nak bersatu... Tak gitu bro?...