Jumaat, 2 Januari 2009

SELAMAT SAMPAI 2009




Lecehlaa ada tahun baru

Tapi seronok juga
Alasan untuk berpesta
Macam hari jadi anak
Emak nak tunjuk perabut baru
Nasib nasib baik ada tamu nak tengok kasut Prada

Seronok juga tahun baru
Kalau ada duit
Boleh buka moet chandon
Kalau lagi banyak duit
Boleh buka lagi dom perignon
Kalau lagi ada banyak duit
Boleh lagi buka krug

Kalau tak ada duit tapai masam pun bolehlaaaaa
Kalau ciput sangat cari kedai toddy

Tahun hanya patokan
Tak perlu ada janji tahun baru
Buat leceh
Buatlah apa sahaja
Buat yang menggembirakan
Buatlah yang menyenangkan
Buatlah yang baik
Buatlah apa sahaja

Nak baca buku baca
Nak merokok hisap
Nak berjalan kayuh basikal
Nak awek carilah
Nak balak carilah

Nak kahwin
Nak buat apa?

Selamat sampai 2009





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham,

Tulis lah komen saudara perihal NS New Ruler, Tuanku Tengku Muhriz

Tanpa Nama berkata...

Bro,Awat dok tanya"Nak kawin.Nak buat apa".Aduhaiii mcm pernah merasa sebelum kawin pulak.Nak wat mana noq mende free. Mona gersang

MILLENNIUM2U berkata...

Bang isham, saya dah beli buku keganasan, penipuan tu, belum baca sepenuhnya, nanti kalau dah habis baca kita boleh diskusi sambil makan biskut kering dgn kopi o

Thanks

RY berkata...

tu alasan orang tak nak kawen tu...

huhu

Tanpa Nama berkata...

kawinn buat anak lar Bhai...buat anak banyak-banyak

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Aku ucapkan selamat tahun baru tanpa perlu ada azam baru gitu..

;)

sixfor berkata...

welcome back young man!

sEmut berkata...

macam perli aku je brader isham ni.

Tanpa Nama berkata...

selamat kembali & selamat taun oops,tahun baru bro Isham..gundah gulana gua 3,4 ari tgk blog lu xde update..xde "kahkahkah" baru..

Awan Lahon berkata...

SELAMAT SEMUANYA SAUDARA HISHAM...PANJANG UMUR MURAH REZEKI.

Tanpa Nama berkata...

semoga 2009 pak isham temu jodoh, hihihi