Memaparkan catatan dengan label lanun ketuanan melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lanun ketuanan melayu. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2011

INI CONTOH KETUANAN ORANG PUTEH





TAHZIAH KEPADA WARGA NORWAY YANG GUGUR
TAHZIAH KEPADA ANAK ANAK MUDA NORWAY
YANG TEWAS

DUNIA BERSAMA KAMU




MUKA ORANG JAHAT



NOTA:

ini muka Anders Behring Breivik
malaon dari kumpulan kanan yang rasis
malaon ini telah bertanggung jawab mengebom
pejabat kearjaan norway - juga pejabat perdana menteri norway

hingga ke saat ini 92 warga norway telah tewas
akibat kerja jahat malaon ini


nota:
kita wajib waspada dengan kumpulan rasis
dan perkauman yang melaungkan
ketuanan melayu
ketuanan china
ketuanan india
ketuanan orang puteh
ketuanan orang itam
ketuanan agama aku saja yng betul
atau ketuanan rosmah


nota:
akhbar dan media eropah juga
kelihatan gila dan sasau
terutama beberapa minit dan jam sesudah letupan bom ini terjadi

media eropah terus melapor ini kerja kumpulan islam
tanpa berlapik media eropah mengarah pembacanya
melihat ini kerja kumpulan jihad termasuk rangkaian al-qeada

AWAS!
jangan terperangkap dalam ajenda besar
yang sedang dilakar dan dirancanga secara tersusun dan licik
oleh kaum pemodal antarabangsa
tujuan mereka ialah untuk memiliki dunia ini
dan menjadikan warga dunia ini hamba kepada mereka

kaum kapitalis antarabangsa dengan jaringan sedang
menyusun strateji untuk memastikan rakyat dunia akan
tunduk kepada sistem kapitalis

NOTA:
kita tunggu beberapa hari lagi
pasti ada cerita cerita baru yang akan muncul
tentang bagaimana malaon ini dapat membeli 5 tan kimia untuk buat bom
kita tunggu maklumat tentang dari mana malaon ini dapat senjata

biasanya dibelakang semua ini adalah
kumpulan yang lebih tersusun
kalau di afghanistan mereka melahirkan al-qaeda
tidak mustahil yang ini juga adalah kerja dari tangan yang sama


Rabu, 20 April 2011

PROJEK TELAH GAGAL




SAEKOR LAGI PEK MOH




KAMI TIDAK TAKUT DIDAKWA
- meloya

KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BUKAN MAIN MACHO LAGI… kah kah kah…

kah kah kah… MACAM PERWIRA GAGAH BERANI…. kah kah kah…

kah kah kah…. CUBA BACA BAWAH INI… kah kah kah..

kah kah kah.....DAH MULA NAK MENANGIS…. kah kah kah..


TIGA MAT BOROI



SHUIB: TIDAK ADIL JIKA DIDAKWA SEBAR VIDEO -mkini

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.

Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… PROJEK INI SUDAH GAGAL…. kah kah kah..

kah kah kah… TIGA MAT BOROI SUDAH JADI MANGSA…. kah kah kah…

kah kah kah… MAT MONGOL SUDAH PEKENA TIGA MAT BOROI… kah kah kah..

kah kah kah…MAT MONGOL NAK SELAMATKAN DIRI…. kah kah kah…

nota:
apa hubungan rahim tambi
dengan bik mama?
kah kah kah

hanya mat mongol yang tak tahu
kah kah kah

Sabtu, 19 Mac 2011

JANGAN UNDUR TAIB - KALAU UNDUR KENA TANGKAP




INI SITI TAIB MAHMUD



nota:
kaum pemodal bila kepentingan tergugat
bila wakil mereka dalam kerajaan tidak
popular maka mereka akan mencari wakil
yang baru


TUNGGU ESOK, KATA TAIB - mkini

Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

Taib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
apakah taib akan mengundur diri?

jika membuat kenyataan yang dia akan mengundur diri
maka imej jahat untuk rakyat serawak hilang

lihat bila madey undur
mat ngantuk menang besar

kalau taib undur
untung besar untuk gerombolan

inilah bahaya berkempen melawan individu
macam rakyat mesir lawan mubarak
bila mubarak celah – semua masih sama

nanti bila taib undur
orang ramai kan lupa bahawa
yang wajib dilawan bukan individu
tetapi sistem
individu ini hanya mewakili sistem

kalau dia buat kenyataan ingin undur diri
sesudah pilihanraya – ini baik
kerana imej jahat masih ada lagi
malah kita boleh kempen yang taib ini
akan terus hingga mati kerna dia
terlalu sayang akan balak serawak
kah kah kah

Isnin, 17 Januari 2011

WASPADA ADA RANCANGAN MERAMPAS KELANTAN



DATUK MUSTAPA MOHAMED



nota:
seorang pejuang yang gigih
dari jeli - yang tidak
putus putus debgan cerita
cerita dongeng untuk melibur lara
kah kah kah




BN MAHU AMBIL ALIH KELANTAN UNTUK BAWA PERUBAHAN :MUSTAPA
– mstar

Mustapa Mohamed berkata hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada PAS bukan semata-mata kerana kuasa tetapi untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di negeri itu.

Beliau berkata banyak perkara yang hendak dilakukan BN untuk faedah rakyat, yang gagal dilakukan oleh PAS sepanjang mentadbir negeri itu selama 20 tahun.

Antaranya menyelesaikan masalah banjir kilat, sistem perparitan, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, infrastruktur untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan lain, katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BUKAN MAIN LAGI SOMBONG AKIDAH MUNKEE NI… kah kah kah..

kah kah kah… NAK MERAMPAS… kah kah kah…

kah kah kah… BUKAN NAK GANTI KERAJAAN… NAK RAMPAS…. kah kah kah..

kah kah kah… SUDAH ADA RANCANGAN SULIT KE?.... kah kah kah

kah kah kah… NAK BUAT MACAM DI PERAK ATAU DI SELANGOR?.... kah kah kah..

kah kah kah… KENA PAKAI RAJA GOPAL LAAAA…. kah kah kah..

kah kah kah... SEWA LAAA RAJA GOPAL DARI PERAK... kah kah kah..

kah kah kah… DULU ADA ABE BREHENG…. kah kah kah..

kah kah kah… LA NI…. BRAHENG DAH TAK LARAT…. CAKAP SURAT KHABAR PUN TAK ADA LAGI…. kah kah kah..

Isnin, 10 Januari 2011

BANGANG TAK TAHU MENGIRA





INI GARIS BESI TAHAN LAMA



nota:
gari ini boleh digunakan
berulang ulang kali
boleh gari madey
boleh gari sami
boleh dari baginda
tak perlu berbelanja
beli gari baru !







PM ANGGAP TINDAKAN PEMBANGKANG BERSIFAT POPULIS - meloya

Najib Razak menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan `Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai amat populis tetapi tidak berpaksi di bumi yang nyata kerana tidak membentangkan punca kewangannya kepada rakyat.

Menurutnya, terdapat keanehan dan juga amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala benda bersifat populis tetapi tidak ada sebutir pun dibentangkan dari mana punca kewangannya.

``Jadi kalau begitu, bagaimana segala-gala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan,'' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Justeru katanya, kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.

``Malah tidak payah tunggu anak dan cucu dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita negara kita jadi macam negara Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BENGONG…. PATUTLAH HIDUP DI SEKSA OLEH BADAK…. kah kah kah..

lihat dan baca apakah betul pelan 100 hari ini mengeluarkan belanja?
apakah betul kita akan bangkrap?
apakah ini hanya propaganda?
apakah kita ada duit?

INI YANG AKAN DILAKUKAN DALAM MASA 100 PERTAMA
1 – tangkap mahathir kes tipu
2 – tangkap samy vellu kes bunuh
3 – tangkap taib mahmud kes bunuh
4 – tangkap tajuddin ramli – kes tipu
5 – tangkap razak baginda kes bunuh
6 – tangkap rais yatim kes rogol
7 - tangkap jamakluddin jarjis kes rab raba bontot

BELANJA:
sebuah kereta polis x 7 – untuk membawa penjenayah
4 orang pegawai polis x 7 – digunakan ketika menangkap
1 set gari x 7 – untuk mengari penjenayah

nota:
jika memerlukan lebih ramai tenaga
unit amal pas dan unit amal pkr sedia membantu dengan percuma

8– hapuskan isa
9- hapuskan auku
10– hapuskan akta cetak

BELANJA:
4 helai kertas A4 untuk draf pelupusan akta. tidasl ada menggunakan duit.

Sepeluh pekara ini boleh dilakukan tanpa
menggunakan belanjayang banyak.
Mungkin jika orang orang jahat ini ditahan reman
perlu keluar sedikit pebelanjaan.

Hari peruntukan untuk seorang baduan ialah RM 3.50 sen sehari.
Ertinya jika orang jahat ini direman sebulan maka perbelanjaan
untuk mereka ialah RM105 untuk 30 hari. Jumlah ini
amat sedikit berbanding dengan jenayah yang telah mereka lakukan.

SEPULUH PEKARA ini boleh dilakukan
dengan perancangan yang teratur dan tidak
kelam kabut.

seluruh belanjawan dijangka tidak
akan melebihi 3000 ringgit.
Ini lebih murah dari belanja botox bik mama untuk seminggu kah kah kah

Rabu, 10 Mac 2010

HORMAT UNTUK APA?




KECIK KECIK BOLEH LAH TIPU - SUDAH BESAR JANGAN HARAP




NIK AZIZ ANGKUH – MUHYIDDIN - mStar

Tindakan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggelar Mufti Perak, Harussani Zakaria sebagai ejen Umno jelas menunjukkan keangkuhan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak menghormati peranan sebenar mufti.

Muhyiddin Yassin berkata, Nik Abdul Aziz juga dilihat seperti sengaja memperlekehkan golongan ulama seperti Harussani.

"Tindakan ini lebih daripada tidak hormat, beliau fikir lebih pandai daripada orang lain.

"Sebab itu beliau tak perlu beri apa-apa penghormatan kepada golongan ulama," katanya.

KAH KAH KAH...

woit... NAK HORMAT BUAT APA.... kah kah kah..

woit... TAK KAN KALAU ADA PANGKAT MUFTI SAHAJA MESTI HORMAT...kah kah kah..

woit... KALAU ZUL NORDIN JADI MUFTI... TAK KAN NAK HORMAT...kah kah kah..

woit... HORMAT BUKAN KERANA PANGKAT ATAU DERAJAT...kah kah kah..

woit... HORMAT DIBERI KERANA SUSUK ITU TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG BAIK UNTUK ORANG RAMAI..kah kah kah..

woit... MALIKUL SEMBAB... MENIPU DAN MEREMBAT TANAH ORANG JOHOR TAK PERLU DI HORMATI.... kah kah kah

woit... AJEN GEROMBOLAN... LAGI TAK PERLU DI HORMAT...kah kah kah

woit... NAK HORMAT BUANG MASA BUAT APA ?... kah kah kah..



Isnin, 22 Februari 2010

TANDA TANDA PERANG NAK BERMULA



SEDIH KERANA ANAK JADI BILIONAIRE




TPM: UMNO KENA KIKIS SENGKETA ELAK NASIB 2008 BERULANG - malaysianinsider

Muhyiddin Yassin mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dia berkata tempoh pilihan raya akan datang yang dijangka dua tahun lebih lagi bukanlah tempoh yang panjang untuk mengembalikan semula kekuatan Umno yang mengalami “tsunami politik” pada pilihan raya umum lepas.

“Kenapa tempat yang kita menang dulu tapi kalah pada pilihan raya umum 2008. Kita kalah sebab kita tidak ada perpaduan, kita berbalah, sengketa sesama kita.

Kita kena balik semula, berjuang untuk pertahankan agama dan bangsa,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen Umno Pahang di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pemimpin dan anggota Umno juga perlu kembali menilai diri, kelemahan diri dan membuat perubahan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Umno.

KAH KAH KAH..

woit.... UNTUK BANGSA DAN AGAMA.?... kah kah kah..

woit... TAK ADA PERPADUAN KERANA APA?.... kah kah kah...

kah kah kah... KERANA BEREBUT HARTA PERANG... kah kah kah...

woit... SEKARANG INI PUN SAMA... kah kah kah...

woit.... MAT MONGOL KATA LAIN... MALIKUL SEMBAB KATA LAIN... kah kah kah..

kah kah kah... SEMBAB KATA MELAYU...kah kah kah..

kah kah kah... MAT MONGOL KATA MALAYSIA... kah kah kah..

woit... INI TANDA TANDA NAK PERANG LAGI.... kah kah kah




Khamis, 21 Januari 2010

JADIKAN SELANGOR, PULAU PINANG, KEDAH DAN KELANTAN BEBAS RASUAH!



LIPAS DALAM BRA NAMPAK - ANAK BADAK TAK NAMPAK




SPRM SERBU PEJABAT EXCO SELANGOR – malaysikini

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein berhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH

woit… INI TERBAIK…SYABAS SPRM… CEKAP DAN PANTAS…kah kah kah..

woit… SERBU SAMA MEREKA… SIASAT…JANGAN TAK SIASAT… kah kah kah..

woit… KALAU BOLEH SIASAT SAMPAI MATI… kah kah kah

kah kah kah… DUA RATUS RINGGIT TIGA PULUH LIMA SEN PUN SIASAT… kah kah kah…

kah kah kah… JANGAN BAGI PELUANG PAKATAN MAIN RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… BIAR KERAJAAN PAKATAN BERSIH.. SEBERSIH GIGI PALSU…kah kah kah..

woit… TAPI…APA JADI DENGAN LAPORAN MAT ASAN BAWA LARI 10 JUTA…kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN 12 BILION DI REMBAT DI PELABUHAN KLANG…kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN LAPORAN KOMISEN BELI KAPAL SELAM…kah kah kah..

woit…TAK KAN KERANA BANYAK SANGAT DUIT… SUSAH NAK KIRA… kah kah kah..

kah kah kah... NGOOOOOK ! ...kah kah kah



Ahad, 17 Januari 2010

HARI HARI MELAYU KENA TIPU




KITA DIJADIKAN MESIN CETAK WANG _ TAK KAN TAK SEDAR !





SIAPA BIYAI PWTC? ANDALAH BUKU – BARRY WAIN
- malaysiakini 3:57pm

Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut satu laporan sulit akauntan yang ditugaskan oleh Umno pada 1985, yang diperolehi oleh Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta.

KAH KAH KAH…

woit… BUAT PUSAT KELENTONG NEGARA PUN PAKAI DUIT KITA…kah kah kah kah..

woit… APA LAGI AGAKNYA YANG GEROMBOLAN SUDAH SAPU ANAK BERANAK… kah kah kah…

woit…KALAU BUAT OPIS SENDIRI PUN PAKAI DUIT TIPU…. KERJA LAIN LAGI SENANG TIPU….kah kah kah...

nota:

bila laaa melayu nak sedar
selama dua puluh dua tahun ditipu eee
selama dua puluh dua tahun di kelentong ee
apa dapat?
dapat sebungkus ketuanan melayu
kalau sekotak okay juga
ini sebungkus sahaja kah kah kah




Jumaat, 8 Januari 2010

ORANG MELAKA NAK KENA BUAI KEMUDIAN KENA TIPU



DI KUALA LUMPUR TAK LAKU - TAK KAN LAKU DI TANJUNG KELING




MELAKA SEDIA BELI BUAIAN EYE ON MALAYSIA - mStar

Kerajaan Melaka bersedia untuk membeli buaian pusing 'Eye On Malaysia' yang telah diarah menghentikan operasinya mulai hari ini, berikutan arahan sita daripada mahkamah. Tindakan menyita kawasan Eye On Malaysia, yang terletak di muara Sungai Melaka di Taman Kota Laksamana di sini, dilakukan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lepas yang membenarkan permohonan pemilik asal buaian itu dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik buaian itu di sini.

Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.

"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… DAH BANGKRAP…. NAK BUAT APA SELAMATKAN…kah kah kah…

woit… INI MEMANG TUJUAN KAPITALIS NI …kah kah kah..

woit… NAK JUAL BARANG TAK ADA GUNA DI MALAYSIA…. kah kah kah..

woit… BUAT APA SELAMATKAN...MACAM SELAMATKAN JANDA ARAB…. kah kah kah…

woit… BIAR PERGI MAMPUSLAH… BIRAKAN BARANG KENA RAMPAS..kah kah kah…

woit… BIAR KAPITALIS NI BAWA BALIK BESI BURUK… kah kah kah

nota:
atau ada kroni yang telah lobi
atau ada member yang sudah kena jolok
kalau duit 17 juta itu buat belanja tubuhkan kelas dewasa lagi baik
bagi cerdik sikit ketua munkee ini
ini bodoh macam seluar dalam kah kah kah




Isnin, 30 November 2009

LEBAI SAUH BERDOA MINTA LIDAH PANJANG



LEBAI SAUH SEDANG BERDOA





DOA MOHON HAPUSKAN PM TIDAK MASUK AKAL : HISHAMUDIN
– berita hairan

Tindakan Nik Aziz Nik Mat yang mendoakan supaya Allah menghapuskan masa depan Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Hishammuddin Hussein, berkata perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan Pas berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang Pas tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (Pas) sendiri.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… TAK MASUK AKAL MACAM MANA?... kah kah kah….

kah kah kah….KALAU DOA UNTUK RAJA GOPAL MASUK AKAL?.... kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU DOA RAJA GOPAL YANG KAKI JUDI …MASUK AKAL?... kah kah kah…

woit… MACAM MANA DOAKAN NAJIB DAN GEROMBOLAN HANCUR MENGGAMBARKAN PAS LEMAH… kah kah kah..

kah kah kah… INI YANG TAK MASUK AKAL…kah kah kah..

woit… LEBAI SAUH PERGILAH SAMBUNG LIDAH…. KALAU TIDAK ISTERI CARI JANTAN LAIN… kah kah kah…




Rabu, 11 November 2009

SI BODOH KATA SI BANGANG CERDIK



MUKA SEMBAB - BUANG DAGING SIKIT




MALAYSIA JADI NEGARA CONTOH– melayau

Beberapa negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu mencontohi kejayaan Malaysia membangunkan ekonomi dengan cemerlang.

Muhyiddin Yassin berkata, perkara ini disampaikan sendiri oleh beberapa ketua kerajaan OIC dalam pertemuan dua hala yang diadakan di sini.

“Ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia yang dijadikan negara Islam contoh,’’ katanya kepada wartawan Malaysia di hotel penginapannya di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. PEMIMPIN NEGARA ISLAM INI BEBAL…. kah kah kah…

kah kah kah…. LAGI TEBAL SERBAN…. LAGI BERAT KEPALA NAK BERFIKIR….kah kah kah…

kah kah kah... LAGI BANYAK RASUAH... LAGI PANJANG DOA... kah kah kah..

kah kah kah... LAGI BANYAK TAHAHAN POLITIK.... LAGI KERAP BUAT UMRAH...kah kah kah..

kah kah kah... LAGI BANYAK AHBAR TAK BEBAS.... LAGI TINGGI SERBAN DIPAKAI...kah kah kah

kah kah kah… KALAU MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH…KAH KAH KAH . kah kah kah..

kah kah kah…KALAU MACAM INI NEGARA KAPIR LAGI BAIK… kah kah kah..

kah kkah kah…. DI KAPIR SWEDEN – DI KAPIR DENMARK – DI KAPIR FINLAND - RASUAH TIDAK WUJUD…. kah kah kah…

kah kah kah… DI KAPIR SWEDEN…DI KAPIR DENMARK – DI KAPIR FINLAND – PEMIMPIN NEGARA MEREKA TIDAK TERLIBAT DALAM KES BUNUH…. kah kah kah…

kah kah kah… DI KAPIR SWEDEN – DI KAPIR DENMARK – DI KAPIR FINLAND - BELAJAR PERCUMA …HOSPITAL PERCUMA – SEMUA WARGA ADA HAK UNTUK DAPAT RUMAH…. kah kah kah..

kah kah kah… DI KAPIR FINLAND… BARU DILULUSKAN DALAM PERLEMBAGAAN - JALUR LEBAR ADALAH SEBAHAGIAN DARI HAK ASASI WARGA….kah kah kah..

woit... MALIKUL SEMBAB... RAKYAT MALAYSIA TAK SELERA MAKAN... JANGAN CAKAP BANYAK....kah kah kah..

woit... MALIKUL SEMBAB.... ANAK ANAK KECIK MENANGIS TAKUT.... kah kah kah..

woit.... MUKA SEMBAB HODOH SANGAT... PERGI LAA HOLYWOOD... BELAKON JADI FREDDY KRUEGER...kah kah kah...



Selasa, 10 November 2009

SAMPAI BILA MELAYU NAK KENA TIPU



INI DIA KAKI KELENTONG




ROYALTI JADI ESHAN SATU PERBUATAN KHIANAT DAN JAHAT – Harakahdaily

Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.

Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

"Sepertimana apa yang dilakukan oleh Najib di Parlimen dua hari lepas, dia kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan.

"Ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,"katanya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BUKAN SAHAJA JAHAT…. KHIANAT PULAK…. kah kah kah..

kah kah kah…. BUKAN SAHAJA KHIANAT…. TIPU LAGI…. kah kah kah…

woit…AGAKNYA KALAU GENG GENG YANG SYIOK NAK BERPADU PADU DFENGAN GEROMBOLAN BACA… MESTI BENGANG…. kah kah kah..

kah kah kah…ATAU MEREKA MENEBALKAN MUKA…. kah kah kah...

kah kah kah... ATAU BUAT MUKA CHINA DOLL DI BUKIT BINTANG…kah kah kah…

kah kah kah… HAMPIR 90% WARGA KELANTAN MELAYU… kah kah kah…

kah kah kah…ERTINYA… YANG KENA TIPU ORNAG MELAYU…kah kah kah..

woit… INI BUKAN SLOGAN HIDUP MELAYU… INI SOLGAN MARI KITA TIPU MELAYU…. kah kah kah..



Jumaat, 30 Oktober 2009

1 MALAYSIA KEMPEN BAHAYA




MANGSA MAUT 1 MALAYSIA BERTAMBAH





KEMATIAN BERGANDA UNTUK MANGSA KEM 1 MALAYSIA
– harakah daily

Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

nota:
inilah mangsa ke empat dalam kempen 1 malaysia
hari ini hari ke empat. langsung tidak ada disebut
siapakaah si kontrektor yang bertanggung jawab
membuat jambatan gantung ini.


kalau di eropah si kontrektor bukan sahaja juburnya
akan dibakar malah akan di tahan atas tuduhan membunuh.


di negara yang mengakui islam ini – siasatan akan dijalankan
hanya untuk meredakan kemarahan bukan untuk mencari
siapa yang bertanggung jawab.


kotrektor ini patut di tangkap.
yang meluluskan projek ini wajib di tangkap
.

siasatan wajib dijalankan bukan kerana dendam.

yang telah mati tetap mati. apa yang perlukan dilakukan
bukan hukuman tetapi melihat bagaimana projek ini lulus,
siapa meluluskan, siapa jurutera, siapa penjual simin – besi jenis
apa – semua ini penting untuk mengelakkan ianya berlaku lagi.

inilah cara bagaimana masyarakat eropah menyusun tamadun
mereka sehinggakan hampir seluruh dunia ingin memiliki beg
luis vuitton dan kereta bmw kah kah kah.





YANG DI BUNUH DAN YANG DI ROGOL



DI SINI LEBIH SELAMAT




ROGOL: PELATIH PLKN DESAK RAYUAN - malaysiakini

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendakwa dirogol jurulatihnya pada 2004 mendesak agar pihak pendakwaan memfailkan segera rayuan kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Mangsa menerusi peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu yang melepas dan membebaskan bekas jurulatih PLKN Zuki Mohd dari tuduhan merogol.

"Kami mendapat arahan dari anak guam kami (mangsa) untuk memohon dan mendesak pendakwaraya negeri Terengganu memfailkan rayuan segera ke Mahkamah Rayuan memandangkan terdapat isu-isu penting dan asas yang perlu diselesaikan oleh mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di Kuantan hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… YANG MATI … TERUS MATI… kah kah kah…

kah kah kah… YANG HIDUP KENA ROGOL…. kah kah kah..

kah kah kah… KES ROGOL TAHUN 2004… 2009…BELUM SELESAI..kah kah kah..

kah kah kah… DAH MASUK TADIKA KE ANAK ITU?... kah kah kah…

nota:

ibu bapa wajib berjaga jaga
dijalan raya mati di langgar kereta
di sekolah – sekolah runtuh
bermain di stadium – stadium runtuh
masuk plkn – mati kena belasah
kalau cun – kena rogol
camping 1 malaysia – mati tenggelam

kalau macam ini lebih selamat duduk di baghdad kah kah kah




Rabu, 21 Oktober 2009

SATU LAGI CARA NAK MENIPU




INTENSIF FDI INTI BAJET 2010
– melayau

Insentif bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka menjadi antara inti pati Bajet 2010.

"Memang sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan insentif-insentif perlu bagi menggalakkan FDI ke negara ini," kata , Mukhriz Mahathir..

"Apapun, kita bersaing dengan negara lain, terutama di rantau ini, untuk meraih pelaburan. Saya tidak dapat mengumumkan mengenai insentif khusus dalam Bajet itu.

KAH KAH KAH…

woit… FDI INI KAPALA BANA APA ?.... kah kah kah…

kah kah kah… MI SPIK NO INLIS… MI BOROW TWO ZERO DOLAR…kah kah kah…

kah kah kah… NAK MASUK MELABOR BUAT APA?.... kah kah kah…

woit…SYARIKAT ARAB KENA KELENTONG DI PELABUHAN KLANG… MEREKA LARI…. kah kah kah…

woit…. SYARIKAT INDIA BUAT KERETA API LETERIK … KENA KELENTONG ..MEREKA LARI LAGI…. kah kah kah…

woit…SYARIKAT NEGARA CHINA NAK BUAT JAMBATAN KEDUA DI PULAU PINANG… KENA KELENTONG… TAKUT…. kah kah kah….

woit… INI BELUM KIRA… BAKSHEEEH UNTUK.. JKK… KETUA CAWANGAN… KETUA BAHAGIAN…YB…MB…MENTERI… kah kah kah..

woit…. PROJEK 80 SEN…. BOLEH NAIK SAMPAI 80 JUTA RINGGIT…. kah kah kah…

TAK PERCAYA BACA NAWAH INI KENAPA ORANG LARI:

PELABUR RISAU , INTERNET MALAYSIA LEMBAB - malaysiakini

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

nota:
gerombolan takut nak buat internet laju.
kalau internet laju kita boleh buat radio dan tv sendiri.


di serata dunia sekarang akhbar yang besar besar macam
new york times, boston globe, times of london – semua
menguncup. mana mana media arus perdana yang pro pemodal
anti anak muda, anti kaum buruh – semua mengecut pembaca.
di malaysia pun sama. ini dalam keadaan internet macam hampeh
bayangkan kalau cepat dan pantas.


tukar tiub akan jadi tv station
tukar tiub akan jadi radio station


semua siaran terus menerus.
jadi arwah rtm dan tv3 kah kah kah
hari hari kita ketawa kah kah kah




Sabtu, 17 Oktober 2009

LAGI SATU JAMBAN




UNITED MALINGSIA NUMBER ONE



UMNO PERLIS CADANG GAGASAN SATU MELAYU – berita hairan

Wakil Umno Perlis, Ahmad Bakri Ali mencadangkan penubuhan gagasan 1Melayu bagi memupuk kembali perpaduan orang Melayu yang berpecah berikutan keadaan politik semasa.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya umum Mac tahun lalu menunjukkan perpecahan dikalangan orang Melayu semakin serius.

"Gagasan 1Melayu tidak pernah wujud berbanding orang Cina dan India yang mempunyai gagasan mereka sendiri. Inilah masalah orang Melayu yang asyik berkelahi.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..


woit… INI SATU LAGI KAKI BODEK…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA SEMINAR SATU JAMBAN… kah kah kah…

kah kah kah… ADA SEMINAR SATU MALINGSIA… kah kah kah…

woit… YANG INI SATU MELAYU PULAAAAAK…. kah kah kah…

kah kah kah... SATU MALINGSIA TAK ADA KE?... kah kah kah

nota:
apa akan jadi kepada azeeez naina mydeeen
kutty baharudeen saleem kaseem -
boleh masuk satu melayu ke …. kah kah kah..

nasib baik jabatan pendaftar cekap mengesan
kalau tidak satu malaysia kena tipu. hari ini
kaklau ada eeee kita tahu munkeee mana ni kah kah kah





Jumaat, 9 Oktober 2009

SAMAN JANGAN TIDAK SAMAN



MB NEGERI SEMBILAN TIMBANG SAMAN PEMBANGKANG


Mohamad Hasan sedang mengkaji kemungkinan menyaman pembangkang yang didakwa melemparkan pelbagai tomahan dan fitnah terhadap beliau dan kerajaan Negeri Sembilan.

Sambil menyifatkan tohmahan pembangkang itu sebagai amat melampau, beliau berkata semua dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang merupakan fitnah yang cuba hendak memburukkan dan menjejaskan imej beliau dan kerajaan negeri.

"Kita dah muak dengan tohmahan mereka...dia orang pakai cakap saja. Kita akan lihat dan kaji, kalau ada kemungkinan yang kita boleh saman, saya akan mengambil tindakan saman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolam air Teluk Kemang di sini, hari.

KAH KAH KAH…..

woit…. PIHAK PEMBANGKANG TOLONG JANGAN FITNAH…kah kah kah..

woit…. PEMBANGKANG TOLONG JANGAN TOHMAH… kah kah kah…

kah kah kah… KENAPA SEBARKAN CERITA MAT ASAN INI MB BIJAK… kah kah kah…

woit… INI FITNAH NAMANYA…. kah kah kah…

woit…. KENAPA SEBARKAN BERITA MAT ASAN INI TAK ADA KRONI… kah kah kah….

kah kah kah… INI TOHMAH NAMANYA… kah kah kah

woit… PASAL APA PEMBANGKANG TUDUH MAT ASAN INI BIJAK DAN CEKAP… TAK BUANG MASA DI PADANG GOLF…. kah kah kah…

Cisssss…. SEMUA INI FITNAH DAN TOHMAH... MEMANG PATUT DI SAMAN… kah kah kah..

nota:
hari hari akhir seorang mb.

mat asan ini sedang panas radang.
kroni dan macai mat asan sedang kerja kuat
untuk pastikan isa di hapus dan dimansukan
mereka telah menjadi penyokong
gmi - gerakan mansuhkan isa kah kah kah




Jumaat, 18 September 2009

DULU DUA INDIA GADUH SEKARANG DUA RAJA GOPAL GADUH




PERANG BESAR DUA KELUARGA DIRAJA
–mStar

Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Insiden tersebut pernah dilaporkan di portal internet dan hangat diperkata di dalam blog.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan

nota:
ini macam satu scene yang ditulis oleh
mario puzo dalam ayahtuhan. tapi siapa
nak main brando? sapa nak main micheal?
tak kan bik mama nak jadi don?

pelik? betul betul pelik – satu tahun kes ini
kenapa tak ada tangkapan. kalau vigil
pasang lilin beratus fru datang. kalau nak lempar
selipar pada madey musa hasan nak siasat.

kalau mat punk melepak di bukit bintang cepat
kena tahan. kalau anak muda duduk relak relak
di taman ada saja yang nak menangkap. ini ada
sepitol pun satu habuk taraaak.

ada satu idea: buat laporan yang menibai ini ialah ahli
pakatan rakyat. kalau nak cepat lagi tuduh yang bawa sepitol ini
ialah adun pakatan. jamin trak polis akan sampai kah kah kah





Selasa, 15 September 2009

SIAPA NAK MASUK BENGKEL SILA DAFTAR SEKARANG !




TEKNIK BENGKEL MEMBALING KASUT



KASUT DISEDIAKAN



WARTAWAN BALING KASUT BEBAS DARI PENJARA
– berita hairan

BAGHDAD: Wartawan televisyen Iraq yang mendapat perhatian dunia kerana membaling kasutnya ke arah bekas presiden Amerika Syarikat, George W Bush, Muntazer al-Zaidi dijadual dibebaskan hari ini.

Peguamnya, Dhiya al-Saadi, berkata Zaidi, 30, sebenarnya dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana mengkasari ketua negara tetapi tempoh itu dikurangkan setahun selepas mahkamah menerima rayuannya. Beliau dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik.

nota:
diberitakan muntazer al-zaidi akan dijemput
oleh pemuda mic datang ke malaysia
apabila keluar dari penjara nanti.

menurut sumber dalaman mic yang tidak mahu nama disebut:
muntazer akan mengadakan beberapa bengkel untuk
mengajar pemuda mic cara terbaik untuk membaling kasut.

menurut sumber ini: membaling kasut telah menjadi
satu feshen politik dan wajib di popularkan di malaysia.

semua anak muda di bawah 25tahun dijemput
untuk mendaftar sekarang jika ingin menyertai bengkel ini.
peluang ini terbuka untuk semua tanpa mengira warna kulit.

kasut dan selipar akan disediakan.

hanya satu syarat akan di kenakan.
setiap anak muda yang menyertai bengekl ini
diwajibkan membawa sekeping gambar muka madey.
muka madey ini akan menjadi sasaran dalam bengkel
membaling kasut.

sila jangan lepaskan peluang makan pisang ini kah kah kah