Khamis, 12 April 2012

TIGA PULUH TAHUN KENA KENCING - BILA PAKATAN SAMPAI RAKYAT BEERJAYA




KOMENTAR TUKAR TIUB

lihat selama 30 tahun menunggu
akhirnya dapat
selama 30 tahun menelan janji
selama 30 tahun tidak dipedulikan

bagimana mereka dapat?

senang sahaja caranya
baru baru ini
orang kampong telah kumpul-kumpul
tubuh cawangan pkr
orang kampong kumpul kumpul
tubuh cawangan pas

kemudian orang kampong jemput anwar untuk ceramah
kemudian orang kampong jemput mat sabut untuk ceramah

lihatlah
inilah yang dikatkan ada hikmah
inilah dia hikmah pakatan rakyat
jika tak ada pakatan rakyat
sampai mampooos geeran tak dapat
sampai mampoos air tak masuk
sampai mammpoos tak ada 500 ringgit

gerombolan sedang gelabah
ini baik untuk orang ramai

kerajaan yang gelabah
rakyat yang menuai

justeei pada 28 april ini
sila turun ke dataran merdeka
kita gelabahkan lagi
500 ribu rakyat berdemo
mat mongol kencing dalam seluar!







PENANTIAN 30 TAHUN BERAKHIR
- meloya

BATU PAHAT 11 April – Penantian 200 peneroka selama 30 tahun untuk memiliki tanah yang diterokai mereka di Bukit Jintan, Parit Sulong dekat sini berakhir apabila masing-masing menerima geran tanah tersebut semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, pemberian geran itu melibatkan keluasan keseluruhan 480 hektar dengan setiap peneroka menerima tanah seluas antara 1.6 hingga 2.4 hektar.

“Ini membuktikan kerajaan sama sekali tidak meminggirkan nasib peneroka yang sememangnya berhak menerima tanah terbabit atas usaha mereka meneroka dan mengusahakannya.

“Setiap permohonan tidak pernah diketepikan malah kerajaan ingin membantu dalam setiap permohonan terbabit. Cuma rakyat perlu faham dan sabar kerana setiap permohonan memerlukan masa kerana ada peraturan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya semasa penyerahan geran di Dewan Balai Budaya, Kampung Separap di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin; Ketua Peneroka Bukit Jintan, Abd. Samad Yunus dan wakil Pejabat Tanah dan Daerah Batu Pahat, Mahdon Marnin.

Sementara itu, salah seorang peneroka, Alias Ahmad, 71, berkata, dia amat bersyukur dengan pemberian geran berkenaan setelah mula meneroka tanah tersebut sejak 1986.

Katanya, dia pernah memohon untuk mendapatkan geran sebanyak dua kali dan berkat kesabaran, akhirnya tanah itu berjaya dimiliki bersama peneroka yang lain.

“Sebelum ini, sekitar tahun 1980-an, saya menanam buah-buahan di tanah ini tetapi bermula tahun 1994, saya telah menukarnya kepada kelapa sawit kerana dusun buah-buahan terlalu banyak penjagaannya.

“Dulu saya risau dan bimbang kerana tanah ini tiada geran, takut dikatakan penceroboh tetapi setelah menerimanya, saya rasa lega,” katanya.








3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak kisah dan tak ambil pot langsung samada BN atau PR yang akan menang dalam PRU akan datang,

Tapi yang aku bengang giler apabila seseorang pemimpin itu menang dengan sistem penipu.

Ingatlah bila sistem kotor, secara automatik kita akan dpt pemimpin kotor, apabila pemimpin kotor mereka akan suka menindas rakyat, apabila rakyat ditindas, hidup seharian jadi semakin susah...

Tanpa Nama berkata...

huyoo kerajaan perihatin 30 tahun baru dapat geran macamana pulak kerajaan yang bagi geran tak sampai setahun ni yea apa tahap kerajaan camni mungkin superb perihatin :D

anak liar berkata...

perihatin yg 30 tahun..kalau xprihatin?? hehe