Khamis, 12 April 2012
KE DATARAN MERDEKA 28 APRIL 2012
DATARAN MERDEKA 500 RIBU
KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 11 April 2012
Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0 perhimpun pada 28 April 2012. Perlu ditegaskan disini bahawa Bersih tidak akan beralih dari Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpuan.
BERSIH 2.0 memilih Dataran Merdeka sebagai tempat BERSIH 3.0 berhimpun kerana disini adalah tempat sejarah perjuangan rakyat menuntut Kemerdekaan dan wilayah pejuangan rakyat menuntut demokrasi.
BERSIH 2.0 menekan sekali lagi bahawa AKTA PERHIMPUAN AMAN (APA) tidak boleh dipakai dan masih belum digazet. Walau apa pun BERSIH 2.0 berpegang teguh kepada prinsip bahawa Akta Perhimpunan Aman ini bercanggah dan melanggar Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warga negara untuk berhimpun.
Kami pecaya bahawa tidak ada sebab kenapa Dataran Merdeka tidak sesuai kerana banyak perhimpunan telah dijalankan di Dataran ini termasuk Sambutan 205 Tahun Polis Diraja Malaysia.
BERSIH 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kami akan menulis surat kepada PDRM tentang perancangan kami. Kami berharap PDRM akan membantu perjalan lalu lintas pada 28hb April 2012 ini seperti mana yang telah dilakukan kepada beberapa perhimpuan orang ramai yang terdahulu.
Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!
RABU - RADIO BANGSAR UTAMA
PENGUMUMAN:
saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0
kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!
buka disini:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan