Khamis, 12 April 2012
BAKAL: PM MALAYSIA SOKONG DEMO DATARAN MERDEKA
KOMENTAR TUKAR TIUB
ku li ini memiliki
potensi untuk menjadi pm
dia pernah kena tipu oleh mahathir
tetapi ku li ini
agak slooo sikit
baru sekarang nak bersuara
dalam politik lambat
membuat keputusan
akan kena cicir
walau apa pun
tukar tiub mengalu-alukan
kenyataan ku li
yang menyokong bersih
apa yang perlu dinyatakan
sejelas mungkin oleh ku li
ialah menggalak kan orang ramai
untuk turun ke dataran merdeka
500 RIBU DATARAN MERDEKA
KU LI NYATAK SOKONGAN PERHIMPUAN BERSIH 3.0 - minsider
KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.
Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.
“Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.
“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.
KU LI SOKONG PERHIMPUAN BERSIH 3.0- harakah daily
KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.
“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.
“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Alhamdullilah masih ada orang yang baik.. tak kira di mana jua parti dan lokasi.. semoga kebaikan dapat membersihkan kejahatan.. Ku Li ni mungkin amat baik sangup jadi kuli walau darah raja.. patut la dia masih berjaya mendapat sokongan.. :)
Tahniah juga kepada peserta Bersih 1 & 2 yang telah menunjukan demo paling aman didunia.. Bukan mudah nak mengawal keselamatan dan emosi dalam keriuhan ribuan orang.. apapon buat semua yang akan menyertai bersih 3 utamakan keselamatan diri.. semoga masa depan yang lebih baik untuk Malaysia..
ea,sesiapa sahaja yang kira rasa mampu membawa rakyat kearah kebaikan akan disokong.sesiapa yang telah ada bau taik.sila bersihkan untuk dapat kembali kepercayaan.
macam mat sabu yang kata anwar aljuburi.2,2 orang dah bau taik.
saya hanya berterima kasih kepada anda kerana membantu dalam menunpaskan kerajaan sekarang.terima kasih.
jangan lupa juga pada sesiapa sahaja yang naik selepas ini,anda juga akan dinilai oleh kami.
ku li,anda kawan kami.
he is one of 'the best pm we never had'...ada satu lagi dlm proses.
Ku Li SOKONG Himpunan Bersih 3.0 video
http://www.youtube.com/watch?v=aoLvDdk9cKY
Catat Ulasan