Sabtu, 20 Mei 2017

MEREKA YANG BAIK HATI








DALAM DUNIA

INI YANG BAIK

LEBIH BANYAK

DARI YG JAHAT

JAHAT HANYA

NAJIB  DAN

GENG JUAL

NEGARA PADA

CHINA MERAH



Mahasiswa pungut 80 kucing terbiar

KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap kucing-kucing terbiar, sukarelawan di kalangan mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaya (UM) mempunyai inisiatif mereka tersendiri.

Salah seorang sukarelawan pusat jagaan kucing di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB) yang dikenali sebagai House of Muezza (HoM), semenjak tahun lalu mereka telah berjaya menjaga dan merawat 80 ekor kucing terbiar dari sekitar institut itu.

“Dari mula sampai sekarang kami dah jaga 80 ekor kucing. Sejak Oktober 2016.rumah kucing1

“Ada juga orang awam dari sekitar Petaling jaya beri kucing terbiar kepada kami, kami terima tetapi keutamaan yang berada di dalam kampus sahaja,” katanya kepada Berita Daily.

Idea dan inspirasi yang dicetuskan oleh salah seorang pensyarahnya, pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan berusia 22 tahun itu berkata usaha murninya itu dirasakan tidak membebankan dengan pertolongan 29 mahasiswa yang turut secara sukarela menjadi ahli HoM.

“Ada seorang pensyarah di fakulti saya, selalu beri makanan kepada kucing terbiar di kawasan fakulti, selepas itu tengok memang banyak kucing di situ.

“Dia beri idea untuk kami buat projek di kolej (asrama) menjaga kucing-kucing terbiar di universiti ini.

azrah“Sukarelawan yang menjaga ada 30 orang yang akan ditugaskan setiap hari tiga orang di kolej (asrama) ini. Setiap akan ada yang ada kelas setiap hari, siapa yang ada masa sahaja yang akan ditugaskan menjaga kucing,” ujarnya.

Satu-satunya pusat jagaan kucing terbiar pertama dalam negara yang diinisiatifkan oleh mahasiswa ini meneruskan tugas seperti biasa sebagai mahasiswa, menjaga haiwan penyatang ini dan dalam masa sama menggunakan kelebihan mereka berniaga secara kecil-kecilan dengan menghasilkan begi tangan sendiri bagi tujuan meraih pendapatan.

Wang yang dijana itu dikumpul bagi peruntukan belanjawan kos perubatan semua kucing di bawah jagaan mereka.

“Peruntukan sebulan untuk perubatan kucing lebih kurang RM300. Kami raih wang menerusi jualan beg dijahit sendiri, berniaga kecil-kecilan yang kami lakukan kami gunakan untuk beli ubat-ubat kucing.

“Kami kumpulkan dan menghantar mereka ke klinik untuk pemeriksaan agar kesihatan mereka lebih terjamin.

“Dari segi peruntukan makanan kami dapat tajaan daripada Power Cat hasil daripada kami menghubung kelab-kelab pencinta kucing dan kemudian ke Power Cat, kami gunakan media sosial” tambah Azrah.

Menjadikan HoM sebagai platform mahasiswa untuk mencintai haiwan dan menggalakkan mahasiswa meggunakan masa dengan lebih berfaedah, Azrah berharap institut pengajian yang lain juga akan terinspirasi dengan HoM untuk memastikan kucing-kucing jalanan tidak lagi terbiar.






---------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAGING KUCING pun ada nilai ekonomi

Buat BAKSO pun mana ada orang tau

Sedap jugak kan kalau FREE

Ada MASYOOOKKKKKKKKK

Tanpa Nama berkata...

bagus sayang kucing, lagi bagus sayang negara. kucing hidup tak lama. manusia hidup lama. bila nak protes bila tanah dijual. sayang kucing saja,? aset negara kena jual tak kesian rakyat? nak belajar pun kena hutang, hutang mak bapak, hutang kawan kawan, hutang ptptn, mula gidup ngan hutang...sebab taiko lanun. sebab taiko penyamun, sebab taiko mau hutwng kah kah kah...jgm sayangbkucing...ramai tau kenapa pompuan syka kucing...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

anjing takde?
daging bole x-pot kat YUNAN
takpe HALAL ke HARAM
asalkan ada MASOOOOOOOOK

babi HARAM tapi x-pot oleh menteri pertanian berugama ISLANG,
kenapa daging anjing tak bole?

kalo ikut FULUSKOM, bole x-pot tenggiling, ular, gajah, dan banyak lagi!
banyak 'MAAAAAAAAAAAAAAASOOOOOOOOOOOK"


terlalu banyak "ULAR" kat mesia! (ULAR-MAK)