Isnin, 7 Oktober 2019

BARU BOCOR










ADA ORANG

KLIM BUKU LARIS

RUPA RUPANYA

NAJIB BELI

TIMBANG KATI

PAKAI DUIT CURI

Siapa nak pulang duit buku Najib beli, tanya ITBM 

DUIT bekas Perdana Menteri Najib Razak kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Bhd (ITBM) adalah untuk pembelian buku, yang tidak diketahui oleh badan itu ada kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata pengurus besarnya Sakri Abdullah.

Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) dan polis juga sudah maklum mengenai pembelian buku yang dibuat oleh Najib dengan ITBM, katanya.

“Sebelum ini memang ada kes (disiasat) sebab pembelian buku. Pihak SPRM dan polis juga maklum, ia adalah pembelian buku daripada Najib,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau mengulas tindakan SPRM mengeluarkan kompaun ke atas ITBM bersama 79 yang lain bagi menuntut duit 1MDB yang mereka terima dari Najib.

Sakri menjelaskan pihak ITBM akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat dan pihaknya sedang menyemak perincian urusan jual beli buku yang dimaksudkannya itu.

Menurut Sakri, tidak adil sekiranya ITBM dikenakan kompaun sedangkan urusan jual beli sudah dibuat.

“Kita akan tengok macamana, sebab ini melibatkan pembelian fizikal. Bukan kita nak tahu dia (Najib) pakai duit siapa.

“Kalau (SPRM) nak duit balik, barang (buku yang dibeli) siapa nak pulangkan? Ini bukan isu pengubahan wang haram tetapi sebab kita menjual,” katanya, ketika ditanya mengenai kompaun tersebut.

Selain ITBM, SPRM juga mendenda agensi media dan komunikasi Cense Media Sdn Bhd dan Salt Media Consultancy Sdn Bhd, penerbit buku kartun Transformasi Najib, Qalif Umar Creative dan 19 syarikat lain.

Adik bekas perdana menteri, Mohd Nazir Abdul Razak, tokoh perbankan yang juga bekas Pengerusi Kumpulan CIMB juga dikenakan kompaun untuk tuntutan terhadap RM25.7 juta yang beliau terima dari dana 1MDB.

SPRM juga mengeluarkan kompaun ke atas bekas Pengerusi Felda, Shahrir Samad; bekas setiausaha politik Najib Razak, Mohamad Fatmi Che Salleh dan bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat.

Mereka diberi mana dua minggu untuk membayar denda berkenaan, atau berdepan tindakan mahkamah mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). – 7 Oktober, 2019.


BOLEH SELESAI

SENANG AJE

BERAPA RINGGIT

NAJIB BERI

PULANGKAN

KALAU TAK

PANGARAH

 MASUK

PENJARA

JANGAN BUAT

HELAH INI ITU
KHALAS


---------

Tiada ulasan: