Selasa, 1 Oktober 2019

MUSTAHIL TERLEPAS









TERIMA

KASEH

KENG2


AS$790 juta yang diseleweng masuk akaun bank Najib, kata saksi 1MDB

SEJUMLAH AS$790 juta (RM2.37 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak, wang itu sepatutnya dijadikan deposit sekuriti untuk International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Emiriah Arab Bersatu, kata seorang saksi pada perbicaraan 1MDB hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagaimanapun tidak menyatakan bilakah transaksi itu berlaku.

IPIC membuat perjanjian pada 2012 untuk menjamin dua bon berasingan dikeluarkan 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion. Bon pertama dikeluarkan pada awal 2012 menjana AS$1.75 bilion untuk pengambialihan tapak jana kuasa bebas (IPP) Tanjong Energy Ltd daripada taikun Ananda Krishnan.

Beberapa bulan kemudian, bon kedua dikeluarkan yang menjana AS$1.75 bilion lagi untuk pembiayaan pengambilalihan sebuah lagi IPP- Genting Sanyen Sdn Bhd. Pembelian Genting itu juga dibantu oleh pinjaman penghubung berjumlah RM700 juta.

Dalam urus niaga untuk IPIC menjamin pengeluaran bon berkaitan Genting Sanyen, 1MDB akan membayar deposit sekuriti berjumlah AS$ 790,354,855 kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS.

Bagaimanapun, wang itu sebaliknya dipindahkan kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) pada 19 Oktober 2012, sebuah syarikat berpangkalan di Kepulauan British Virgin, mahkamah dimaklumkan hari ini.

Pendakwa raya berkata Aabar BVI sebenarnya dikawal oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho- Jho Low- dan sekutunya.

Najib sedang berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya dengan menerima suapan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. Beliau boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun sekiranya sabit bersalah.

“Saya mengakui ada banyak lebihan daripada pembiayaan pengambilan (Genting Sanyen),” kata Shahrol.

“Tetapi saya ingi tekankan sekali lagi yang saya tidak tahu wang lebih itu yang patutnya digunakan untuk bayaran deposit sekuriti berjumlah AS$ 790,354,855 kepada Aabar diseleweng pihak lain.” – 30 September, 2019.


NASIB RAKYAT

MALAYSIA BAIK

KITA ADA 

RAMAI KENG

YANG  BELOT

KALAU TAKDA

SUSAH KES NAK

LEKAT

NAJIB BOLEH

TERLEPAS

SEKARANG INI

MUSTAHIL

 TERLEPAS
KAH KAH KAH
---------

3 ulasan:

Arymanchino berkata...

Kepala bapak penyamun...

herman adnan berkata...

Cipam pekan tu akan terlopeh jija cino tombam tu tak kunjung kunjung tiba

Al buyut berkata...

Lepas habis kes ni semua keng mesti diarak atas tandu laksana pejuang berani mati. Nama dorang kena letak setaraf dengan mandela, mahatma gandi