LAT KOYA
TERUSKAN LAGI
KASI BERSIH
NEGARA DARI
NAJIS RASUAH
SPRM terima 20 aduan kes rasuah institusi kehakiman
AGENSI antirasuah menerima 20 aduan mengenai unsur rasuah dan salah guna kuasa membabitkan institusi kehakiman dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata, aduan itu membabitkan hakim dan para pegawai mahkamah sesyen dan majistret.
“20 aduan ke atas hakim mahkamah sesyen dan ke bawah memang membimbangkan,” katanya yang turut mendedahkan terdapat aduan berganda terhadap individu sama.
Menurut Latheefa, SPRM tidak membuka kertas siasatan ke atas semua aduan dan tidak memanggil kesemua individu terlibat.
“Kami menerima pelbagai aduan dan daripada jumlah itu hanya 20 yang membabitkan unsur rasuah dan salah guna kuasa.
“Ada juga pihak yang kalah dalam perbicaraan kes dan terus membuat aduan menyatakan hakim itu berat sebelah.
“Jadi kami perlu meneliti semua aduan itu dan sekiranya ada yang didakwa atau direman, kami akan maklumkan,” katanya.
Ketika ditanya, beliau enggan mendedahkan sekiranya siasatan itu turut meliputi kes seorang hakim serta individu lain yang bertugas di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu.
22 Julai lalu, SPRM menahan seorang hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk membantu siasatan berhubung kes sogokan untuk melepaskan pendatang tanpa izin.
Turut ditahan, timbalan pendakwaraya, peguam dan beberapa anggota polis yang bertugas di mahkamah yang sama kerana terbabit dalam kes yang sama. – 15 Oktober, 2019.
MENENTANG
RASUAH BUKAN
SATU KERJA
YANG SENANG
SISTEM NEGARA
PENUH DENGAN
JARING DAN RAGA
MENUNGGU
FULUS MASUK
1 ulasan:
tt, lat koya sedang tunjuk taring, bagus laa. kasi cuci semua pembaham rasuah. tapi sapa yg pantau lat koya? macamana nak tau dia tak buat siasatan terpilih?
Catat Ulasan