Khamis, 20 Ogos 2020

SUSAH BERNAFAS





TERSEPIT

SUSAH 

BERNAFAS

AMIN

SUSAH 

BERNAFAS

BAWA MATI

AMIN

Bersatu tersepit antara Umno dan Dr Mahathir

BERSATU diterajui Muhyiddin Yassin kini tersepit antara Umno dan bekas pengasas dan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis.

Mereka berkata parti itu berdepan risiko kehilangan ahli selepas Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharunya, Pejuang, dan pada masa sama Umno, sekutunya dalam kerajaan Perikatan Nasional terus-terusan memperlekehnya.

Walaupun Muhyiddin kini menikmati populariti kerana kejayaan pentadbirannya menguatkuasa perintah kawalan pergerakan dan langkah pemulihan ekonomi bagi menangani kesan Covid-19, pergerakan keluar ahli partinya dan kekurangan kepercayaan Umno melemahkan Bersatu, kata penganalisis lagi.

Penganalisis politik Mazlan Ali berkata walaupun Bersatu sudah memecat Dr Mahathir, bayang bekas perdana menteri itu terus menghantui parti itu.

Beliau menegaskan siri keluar beramai-ramai ahli akar umbi Bersatu untuk menyertai Pejuang boleh jadi petunjuk yang walaupun kepimpinan tinggi menyokong Muhyiddin, ahli akar umbi dan jentera tidak memihak kepadanya.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia itu memberitahu The Malaysian Insight yang pergerakan keluar ahli memberi imej buruk Bersatu kepada sekutunya, yang boleh mencetuskan cabaran besar kepada hubungannya dengan Umno yang dominan.

Malah, sebelum Bersatu menyuarakan hasrat menyertai kerjasama Muafakat Nasional lagi, parti itu sudah dikecam hebat pelbagai tokoh Umno berkaitan tuntutan pembahagian kerusi untuk pilihan raya akan datang.

Kini, Bersatu jadi sasaran Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berkata keputusan sama ada Muafakat Nasional akan menerima parti itu bergantung kepada sumbangannya kepada calon Umno-Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Slim yang sedang berlangsung.

Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN beberapa hari lalu, beliau menyatakan hasrat mahu melihat 6,000 undi diterima Bersatu pada pilihan raya 2018 akan beralih kepada calon BN pada pengundian 29 Ogos ini.

“Kalau tidak dapat 8,000 atau 6,000 undi, kita harus tanya, apa nilai perkongsian politik dengan mereka,” kata Zahid.

Mazlan berkata pilihan diberi Zahid boleh dianggap mustahil dicapai Bersatu dan menunjukkan bagaimana Umno sebenarnya pandang rendah kepada parti itu.

Ia juga membayangkan kesukaran yang bakal dihadapi Bersatu dalam rundingan pembahagian kerusi.

“Untuk pertahankan kerusi yang dipegangnya pada PRU14 pun akan susah.”

Sekutu kuat Umno dalam Muafakat Nasional, PAS, pula tiada bantahan untuk kemasukan Bersatu kerana mereka tidak akan rugi apa-apa, tambah Mazlan.

Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno bertanding di banyak kerusi Melayu pada PRU14 melawan Umno-BN. Selepas BN kalah di Putrajaya, ramai pemimpin Umno keluar untuk masuk Bersatu.

Malah ahli akar umbi Umno sendiri merasakan Bersatu tidak mampu menyumbang apa-apa kepada dunia politik mereka.

Ramai beranggapan Umno mampu mempertahankan kerusinya sendiri tanpa pertolongan Bersatu.

Lebih baik untuk Bersatu diserap masuk Umno seperti cadangan beberapa pemimpin dan ahli Umno, walaupun ia bermaksud akan memalukan Bersatu dan Muhyiddin. – 20 Ogos, 202


MUHYIDDIN

BERNAFAS DALAM

LUMPUR

AMIN

DALAM POLITIK

PASTI ADA

JALAN UNTUK

CARI OXYGEN

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas suda kawhin bini tua umno. Skrg kawin lagi satu bini muda bersatu. Bini tua protes la apalagi! Bini skandal mca mic tadak hal. Main pakai buang
Suda lumrah mat ketayap memang kaki kahwin dua. Dan tukang intai bini orang tehtek besar. Semua sapu. Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Tersepit nie macam2..tersepit celah nenas ker atau terspit celah kupang....tapi yg paling naya tersepit celah telur Titanium atok...KAKAKAKAK