Khamis, 20 Ogos 2020

BERITA BAIK UNTUK SEMUA




TAHNIAH

BARISAN DEPAN


Malaysia catat sifar kes penularan tempatan, 5 kes import Covid-19

MALAYSIA mencatatkan sifat kes penularan tempatan Covid-19 walaupun lima kes import dilaporkan.

Bagi tempoh 24 jam lepas, tujuh kes pulih juga direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu kenyataan bahawa lima kes import melibatkan empat krew sebuah kapal tangki dari Jepun yang berlabuh di Sarawak dan satu lagi kes merupakan seorang rakyat Bangladesh yang tiba di Malaysia.

Daripada empat krew kapal itu, dua merupakan rakyat Malaysia manakala dua lagi rakyat asing.

Noor Hisham berkata jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 9,240 manakala kes pulih pula 8,932.

Kes aktif adalah sebanyak 183 kes.

Tiada kematian baharu dicatatkan, sekali gus mengekalkan jumlah korban sebanyak 125.

Tujuh pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 20 Ogos, 2020.


WARGA WAJIB

PATUH ARAHAN

AMIN

Tiada ulasan: