Khamis, 10 September 2020

BERITA LOKMAN ADAM YANG BAIK




INI BERITA

LOKMAN ADAM

YG AMAT BAIK

AMIN

HARAP NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

AKAN DILANTIK

MENJADI 

PRESIDEN

GEROMBOLAN

SEKALI LAGI

AMIN

WAJIB SOKONG

NAJIB ROSMAH



Pemimpin Umno masih anggap Najib sebagai aset

PARA pemimpin Umno masih melihat Najib Razak sebagai satu aset berharga kepada parti walau majoriti rakyat mengakui bekas perdana menteri itu melakukan rasuah dan penyelewengan.

Seorang pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berpendapat, kajian menunjukkan rakyat masih berbelah bahagi kerana 47% masih tidak menerima keputusan tersebut.

Katanya ia memberi gambaran hampir 50:50 pengundi Melayu bersetuju dan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Maknanya yang menghairankan ramai juga yang tak boleh terima keputusan itu, 43%.

“Kalau perkara itu isu utama pada pilihan raya lepas yang sebabkan kekalahan Umno dan BN, kenapa ada orang yang tak setuju? Itu dikira (lebih kurang) 50:50 jugalah.

“Tapi keputusan itu dibuat oleh mahkamah, cuma dari segi politik ramai juga yang tak setuju dengan keputusan itu,” kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insight.

Beliau bagaimanapun mengakui, dinamik politik tanah air boleh berubah-ubah dan Najib yang juga ahli Parlimen Pekan itu kini mempunyai pengikut yang ramai.

“Dari segi sokongan parti memanglah Najib itu aset,” kata bekas menteri dalam Kabinet Najib itu.

Beliau mengulas kajian yang mendapati 57% pengundi Melayu menerima keputusan mahkamah yang mendapati Najib bersalah bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Kajian itu juga mendapati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Kajian itu mendedahkan tujuh daripada 10, atau 69% pengundi berpendapat Muhyiddin sudah menjalankan tugas yang baik sebagai perdana menteri.

Seramai 65% pengundi India dan 33% Cina juga berpuas hati dengan pentadbiran beliau.

Namun menurut Nur Jazlan, ia tidak menggambarkan sokongan sebenar dari kalangan pengundi Umno.

“Bila masuk pilihan raya nanti, tinjauan Merdeka Center itu tak menggambarkan keadaan sebenar sama ada penyokong Umno akan sokong Muhyiddin, sebab kajian itu menunjukkan ramai suka Muhyiddin.

“Sebelum ini pun, rating Najib tinggi sebelum kalah PRU14,” kata Nur Jazlan.

Jelasnya ia tidak boleh dijadikan sandaran utama kerana ia merupakan kajian berdasarkan masa lampau.

“Kita nampak lepas Najib (dijatuhkan hukuman), ramai juga orang tak boleh terima keputusan itu, maknanya semua rating hanya pada waktu lalu sahaja,” tambahnya.

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam juga sependapat dan menegaskan pola penolakan rakyat terhadap keputusan itu boleh dilihat secara jelas tanpa menggunakan kaji selidik.

“Maknanya baguslah, ada 43% lagi yang tak percaya dengan keputusan mahkamah. Zaman sekarang tak perlu buat kajian.

“Pola pemikiran rakyat dan kehendak mereka boleh didapati melalui respon yang rakyat buat melalui (media sosial) sama ada kepada kerajaan atau pembangkang.

“Tak payah bayar berjuta-juta ringgit buat kajian,” kata Lokman.

Najib didapati bersalah oleh mahkamah pada 28 Julai dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah.

Hukuman yang akan dijalankan serentak itu kini ditangguhkan untuk proses rayuan.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata kes Najib merupakan pengkhianatan kepada negara dan kes salah guna kuasa paling serius dalam sejarah Malaysia.

Menurut Nazlan, kesalahan itu juga sangat berat kerana Najib meluluskan pinjaman RM4 bilion dari dana persaraan perkhidmatan awam kepada SRC semasa menjadi perdana menteri.

Sebaik kerajaannya tewas dalam pilihan raya 2018, Najib menggerakkan kempen “Bossku” untuk kembali popular dengan mendekati rakyat dan menangkis tuduhan rasuah ke atas dirinya.

Bagaimanapun, selepas mahkamah mendapati beliau bersalah bagi kes tersebut pada akhir Julai, Najib tidak banyak mempertahankannya dan lebih banyak menyerang parti lawan.

Mengulas kedudukan Najib, Lokman yang merupakan salah seorang penyokong kuatnya menegaskan Najib masih menjadi satu aset Umno.

“Najib memang aset parti, tapi malangnya beliau duduk dalam parti yang takut terima hakikat yang beliau masih relevan dan beliau masih mendapat tempat di hati rakyat.

“Ketika kita kalah dalam pilihan raya umum ada yang berpendapat, Najib tak mungkin dapat kembali berkuasa, mereka ingat Najib dah jatuh tak akan bangkit semula,” katanya.

Menurutnya, pemimpin Umno terbabit mula menyerang Najib untuk menjadikan diri mereka popular dan diterima rakyat, namun langkah itu silap apabila rakyat menerima Najib.

“Itu sebabnya pemimpin macam KJ (ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar) jadi tak popular sebab serangan mereka kepada Najib.

“KJ sudah sedar dia silap langkah dalam menyerang Najib. Tapi bila (beliau masuk) dalam Kabinet Muhyiddin sekali lagi kebodohan ini menjangkiti beliau,” kata Lokman.

Beliau menjelaskan, Najib tetap popular walaupun selepas dijatuhkan hukuman bagi kesalahan berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International itu.

Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia Azizuddin Sani pula berpendapat walau kajian menunjukkan Najib popular, rakyat tetap menantikan pengakhiran terhadap kes mahkamahnya.

Walau kes melibatkan dana SRC International itu sudahpun diputuskan dan sedang dirayu, Najib masih berdepan 25 tuduhan berkaitan 1MDB.

Empat daripadanya bagi kesalahan salah guna kuasa melibatkan dana RM2.28 bilion dan 21 lagi bagi kesalahan pengubahan wang haram melibatkan dana RM2.08 bilion, RM2.197 bilion dan RM22.649 juta.

“Najib macam popular di kalangan ahli Umno, tapi rakyat mungkin berbelah bahagi dengan kedudukan beliau.

“Tapi proses mahkamah belum habis. Rakyat hendak lihat proses seterusnya dan tak buat pendirian yang katakan Najib bersalah selagi proses belum berakhir,” kata Azizuddin.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight walau terdapat pihak yang menerima, wujud penolakan dari kalangan pemimpin Umno sendiri terhadap Najib.

“Sokongan kepada Najib ada, walaupun kumpulan tertentu seperti KJ yang menolaknya, seperti kumpulan KJ mungkin mereka melihat Najib sebagai liabiliti.

“Tapi kumpulan lain mungkin melihat Najib sebagai aset,” kata Azizuddin.

Kajian Merdeka Center mendapati enam daripada 10 pengundi Melayu setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menetapkan Najib bersalah bagi kes SRC International. 

Kaji selidik bermula 15 Julai hingga 10 Ogos itu melibatkan kira-kira 3,415 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, 6% Bumiputera Islam dan 6% Bumiputra bukan Islam dari Sabah dan Sarawak. – 10 September, 2020.


PRU 15

PERLU ADA IKON

 YANG JELAS

 UNTUK DITIBAI

KAH KAH KAH

NAJIB ROSMAH

WAJIB KEMBALI

UNTUK KITA

BUAT KERJA

DGN SENANG

AMIN

Tiada ulasan: