Khamis, 10 September 2020

MEDIA TAK ADIL






MEDIA BUAT

LAPORAN

TAK ADIL 

TERHADAP

 ROSMAH MANSOR

AMIN


Permohonan peguam Rosmah sekat media lapor penyataan saksi ditolak

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bela Rosmah Mansor untuk menghalang media melaporkan beberapa perenggan tertentu dalam penyataan saksi, yang didakwa membunuh karakter isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan tersebut dengan alasan beliau percaya kepada kebebasan media.

“Saya percaya kepada kebebasan media, dan saya tidak boleh halang mereka melaporkan perbicaraan ini,” katanya.

Pasukan pembelaan memohon kepada hakim untuk menyekat media melaporkan beberapa perenggan dalam pernyataan saksi bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor, yang menurut mereka bersifat prejudis, tidak relevan dan boleh membunuh karakter tertuduh.

Ketua pasukan pembelaan Rosmah, Jagjit Singh, berkata beberapa perenggan dalam pernyataan saksi Rizal terlalu prejudis. Manakala seorang lagi peguam bela Rosmah,  Akberdin Abdul Kader pula berkata ia tidak boleh dilaporkan media demi keadilan.

Menurut Zaini, beliau hanya berpandukan kepada undang-undang, dan tiada asas bagi beliau untuk menghalang media melaporkan kandungan pernyataan saksi Rizal.

Tambah beliau, jika pernyataan saksi bersifat prejudis, maka sudah tentu media juga tidak boleh melaporkan dalam perbicaraan lain.

Katanya, pembelaan boleh membangkitkan isu tersebut pada penghujung kes pendakwaan dan beliau akan memutuskan sama ada pernyataan saksi Rizal boleh diterima sebagai bahan bukti.

Hakim itu kemudian mengarahkan Rizal membacakan pernyataan saksinya.

Rizal dalam pernyataan saksinya berkata beliau bertugas di Media Prima sebelum dilantik sebagai pegawai media Rosmah pada 2009 di bawah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM).

Bahagian FLOM  ditubuhkan khusus untuk menguruskan aktiviti harian rasmi dan tidak rasmi Rosmah.

Rizal berkhidmat dalam Bahagian FLOM sehingga Mei 2018.

Menurut Rizal, sepanjang pengalamannya bekerja dengan Rosmah, beliau mendapati isteri Najib itu seorang yang berkebolehan, pintar serta bijak merancang dan menyusun strategi

Rosmah katanya sangat mementingkan imej, reputasi dan persepsi orang ramai terhadap statusnya sebagai isteri perdana menteri.

Rizal juga berkata pada 2012 Rosmah mengarahka beliau menubuhkan satu pasukan cybertroopers untuk memantau kandungan media sosial yang kritikal atau memberi persepsi negatif terhadapnya.

“Pasukan ini juga perlu menangkis dan memberikan penjelasan ke atas setiap fitnah, tohmahan dan tuduhan terhadap Datin Seri Rosmah kepada orang ramai.

“Pasukan cybertroopers ini beroperasi dengan dana yang diberikan oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Beliau memberikan saya wang tunai berjumlah RM100,000 setiap bulan untuk membiayai pasukan tersebut,” katanya. 

Antara contoh berita negatif yang pernah tular antara lain adalah isu Rosmah memiliki beg tangan mahal, perbelanjaan majlis perkahwinan anak perempuannya yang terlampau tinggi, keperluan bagi individu berjumpa Rosmah untuk mendapatkan projek kerajaan dan beliau merupakan “boss” kepada Najib, kata Rizal.

Rizal juga memberitahu mahkamah, beliau juga diberi kepercayaan menerima hadiah bagi pihak Rosmah termasuk wang tunai daripada usahawan dan kontraktor yang berjaya mendapatkan projek kerajaan.

“Oleh kerana pemberian ini kesemuanya adalah atas dasar ‘sumbangan politik’, saya tidak pernah menganggap ia akan menjadi satu kesalahan untuk saya menerimanya bagi pihak beliau.” 

Selain itu, Rosmah juga mempunyai pengaruh yang besar dalam jentera pentadbiran kerajaan apabila agensi dan pegawai kerajaan sentiasa berasa keberatan untuk menolak kehendak dan permintaan Bahagian FLOM  dan Rosmah, kata Rizal.

“Beliau berkebolehan untuk mempengaruhi perdana menteri untuk memindahkan pegawai kerajaan, yang menentang atau mengingkari permintaan beliau, ke jawatan yang kurang penting atau dalam istilah biasa dalam kalangan penjawat awam iaitu jawatan ‘peti sejuk’ atau dipindahkan jauh dari tempat mereka bermastautin,” katanya.

Rosmah, 66, dibicarakan atas satu tuduhan meminta RM187.5 juta dari Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin, dan dua tuduhan menerima suapan RM6.5 juta juga dari Saidi pada 2016 dan 2017.

Awal tahun ini, pendakwaan menarik balik tuduhan terhadap Rizal kerana meminta dan menerima suapan untuk dirinya dan Rosmah. – 9 September, 2020.


MEDIA LAPOR

BERAT ROSMAH

289 KILO 

AMIN

INI BERITA PALSU

INI MENGHINA

ROSMAH

AMIN

BERAT BADAN

ROSMAH MANSOR

YANG TEPAT

LAGI SAHEH

IALAH  789 KILO

DAN 213.6 GRAM

AMIN

JANGAN SEBAR

BERITA PALSU

JANGAN HINA

ROSMAH MANSOR

AMIN

2 ulasan:

hamim berkata...

TT, macam mana Rosmah boleh gemok macam tu? Dulu dia kurus, slim cuma berisi sikt jika dibandingkan dengan Ziana Zian

Pencolekhangek berkata...

Hihihihihihihihohihi. Goliden.