Isnin, 27 Jun 2022

EVENT 201 - APAKAH SATU KONSPIRASI ?



Event 201:

 Apakah satu konspirasi?



Semua ini berlaku ketika Ustaz kita sibuk dengan khurafat di  Gunung Jerai.  Sibuk tentang kesah Nabi Adam dibuang dari syurga tercampak ke Gunung Jerai Kedah. 

Perkara ini  juga berlaku ketika Ustaz kita mengeluarkan pendapat dalam Youtube tentang hukum halal , haram atau makruh  terusik  kemaluan Sang Isteri  ketika  dalam bulan puasa.

Perkara ini juga berlaku ketika  Ismail Sabri  di Tokyo. Perkara ini berlaku  ketika Zuraida  letak jawatan sebagai menteri.  Perkara ini berlaku ketika warga maya sedang heboh dengan gambar seorang perempuan Melayu memaut  manja  lengan Najib. Perkara ini terjadi ketika warga maya di Malaysia sedang heboh berceloteh tentang  gambar seorang Mak Janda.

Apakah  perkara  yang sedang berlaku dalam rantaian jangka masa semua ini.

Biar saya nyatakan disini : satu konspirasi telah berlaku ketika Ustaz kita heboh dengan soalan terusik kemaluan isteri pada bulan  puasa. Bila saya menulis konspirasi maka ramai akan bertanya apa dia konspirasi itu. 

Perkataan konspirasi ini menjadi ‘ hot’ pada tahun 1998. Ini ketika krisis ekonomi  berlaku dan Anwar Ibrahim  Timbalan Perdana Menteri kerajaan Mahathir telah di tangkap atas tuduhan meliwat pemandu keretanya.

Penangkapan Anwar di baca sebagai satu konspirasi. Nama-nama seperti  Aziz Shamsuddin, Megat Junid muncul sebagai watak-watak terlibat dalam konspirasi. Ini mengikut pandangan penyokong Anwar Ibrahim.

Apa sebenarnya konspirasi?

Konspirasi ialah pertemuan sosok-sosok atau kumpulan untuk merancang dan membuat sesuatu. Ada rancangan baik ada rancangan jahat. Konspirasi ini dikaitkan dengan yang jahat. Mereka berkumpul berbincang dan merancang untuk membuat sesuatu. 

Perbincangan ini ada yang tersurat banyak yang tersirat.  Yang tersurat di lapor untuk  umum dalam media. Tetapi ada banyak  yang tersorok gelap. Manakala laporan  media digunakan untuk menjadi pengabur kepada pembaca dan orang ramai. 

Maknanya yang tersurat dapat dibaca. Yang tersirat tak ada siapa yang tahu. Biar saya paparkan rakaman sejarah untuk memahami contoh-contoh konspirasi. 

Dari fakta  sejarah kita membaca Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London. Dia bertemu dengan David Rees. Davis Rees  ialah  Setiausaha Tanah Jajahan Britain dalam kerajaan Konservatif di bawah Perdana  Menteri  Anthony Eden  (1897-1977). 

David Rees pula memperkenalkan Tunku dengan  Oliver Lyttelton. Sosok ini seorang pemodal dan juga pemegang jawatan kabinet dalam kerajaan British. 

Bengolan-bengolan ini berkonspirasi untuk mengalahkan perjuangan rakyat Tanah Melayu yang mengangkat senjata menentang penjajah British. Mereka berkonspirasi untuk mengalahkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya.

Mereka berkonspirasi hendak mematahkan perjuangan Rashid Mydin, Abdullah Sidi, Syamsiah Fakeh dan para nasionalis Melayu.

Konspirasi juga telah dilakukan oleh   Tunku bersama  Kolonel H.S Lee dan Tan Cheng Lock. Konspirasi mereka telah mengubah  demografi Tanah  Melayu. Mereka berkonspirasi untuk  menerima pendatang China  menjadi warga negara Tanah Melayu.  Apa yang mereka persetujui dalam gelap ini   tanpa apa apa rujukan kepada Orang Melayu pada ketika itu.
Hasil konspirasi Tunku dengan kuasa kolonial  Inggeris dan para Cukong  di lapor dalam suratan media  sebagai – Merdeka. Babak ini membawa bala dan mengakibatkan malapetaka yang kita semua hadapi hingga ke hari ini.

Ini contoh konspirasi  lama.  Konspirasi ini  kini menjadi  babak rakaman sejarah. Saya gunakan sebagai contoh untuk memahami apa itu konspirasi.

Konspirasi terbaru yang sedang berlaku ini memiliki garis masa yang sama dengan politik Zuraida , dengan gambar Mak Janda dan  ketika Ismail Sabri di Jepun.

Sebelum saya membuka kesah konspirasi  baru ini biar saya buka satu lagi fakta sejarah yang mungkin akan dilupakan. Atau sengaja mahu dipadamkan dari sejarah.

Ini konspirasi virus dari Wuhan.  Satu dunia telah mengalami malapetaka dari Virus Wuhan. Malah kita di Malaysia baru saja membatalkan PKP – Pergerakan Kawalan Perjalanan. Pada 1 April 2022 kita mansuhkan PKP satelah lebih dari 80% warga kecil besar tua dan muda di suntik dengan vaksin - produk dari pelbagai syarikat pembuat ubat.

Walau pun tanpa PKP kita  masih lagi diserang oleh Omicron. Virus Omicron jenis baru ini  tidak seganas virus Delta yang meragut nyawa.

Perkara yang hendak saya tulis ini telah lama terpendam dalam hati.  Telah lebih dua tahun saya simpan. Apabila muncul berita Virus Wuhan di awal Januari 2020 saya telah menyimpan  - menahan diri – dari menulis – tentang perkara ini.

Saya memiliki janji pada diri sendiri untuk menyebar pencerahan tanpa segan dan silu. Tanpa takut dan tanpa pura-pura. Perjanjian  dengan diri sendiri ini menjadi pegagan falsafah hidup.

Tetapi apabila Virus Wuhan merebak saya berperang dengan diri saya sendiri. Apakah saya wajib memaparkan fakta ini kepada umum demi pencerahan. Apakah babak dan berita yang akan saya tulis ini membawa kecelaruan ketika kita menghadapi Virus Wuhan.

Apakah saya menjadi sosok dan warga  yang tidak bertanggung jawab jika saya bukakan berita konspirasi ini kepada umum ketika kita semua dalam bahaya Covid19.

Justeru apabila serangan  Virus Wuhan ini semakin mereda maka rasa saya adalah masa yang sesuai untuk saya menulis  perkara ini.

Faktanya begini : Saya yakin bahawa Virus Wuhan ini menetas atau dieramkan  dalam bilik makmal biologi di Wuhan. Fakta menunjukkan bahawa  dana dari Amerika ada membantu sama untuk menetaskan virus ini. 

Anthony Fauci (NIAID) Pengarah  Penyakit Berjangkit dan juga Penasihat untuk Presiden Trump tahu hal ini. Untuk menyedapkan cerita  Si Fauci ini  sendiri memiliki saham dalam syarikat yang membuat kajian tentang virus kelawar ini di Amerika dan di Wuhan

Bagaimana virus kelawar ini merebak dari bilik makmal masih menjadi tanda tanya. Penguasa China  telah melupuskan semua data dan bahan bukti.  China telah  melarang badan dan  penyelidik luar datang menyiasat.

Apa yang menjadi tanya dan menimbulkan teori bahawa wujud satu konspirasi  pendemik ini ialah  Event 201. Apa yang berlaku di Event 201 ini adalah asap  senapang sebagai bahan bukti.

Mari kita lihat kembali garis masa merebaknya Virus Wuhan ini. Pada 31 Disember 2019 virus ini telah  menetas dan menyerang penyelidik yang bekerja di makmal. Pada 7 Januari WHO ( Badan Kesihatan Dunia) diberitahu tentang virus ini. Pada 11 Mac WHO umum pendemik untuk seluruh dunia.

Apa sangkut paut garis masa Virus Wuhan ini dengan Event 201?

Event 201 ini di adakan   di John Hopkins Universiti Amerika. Ada 15  syarikat perniagaan  gergasi, syarikat pembuat ubat, pakar penyakit merebak, sosok menjaga dana dan pelaburan, malah para biologi dari Wuhan juga turut hadir. 

Mereka  berseminar, berbincang,  dan membuat raptai  dan simulasi yang mereka sedang berhadapan dengan pendemik. Mereka  juga berlatih dan menyusun ayat dan mengatur ucapan untuk berhadapan dengan media dalam hal pendemik.

Apa yang menimbulkan was-was dan curiga terhadap Event 201 ini ialah ianya di jalankan ada 18 October 2019.

Saya ulangi tarikhnya 18 Oktober 2019.

Virus Wuhan hanya di temui pada 31 Disember 2019.Dua bulan sebelum Virus Wuhan merebak ke luar sempadan China Event 201 telah membuat simulasi serangan pendemik virus.

Event 201 ini ditaja oleh Yayasan Bill & Merinda Gates dengan  kerjasama  Davos World Economic Forum (WEF) dan John Hopkins Center for Health and Security.

Soalan timbul – Apakah Bill Gates seorang bilionair  telah tahu dua bulan lebih awal bahawa satu pendemik akan meledak ? Justeru mereka semua telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan media.

Pada 12 April 2020 Bill Gates telah di tanya tentang Event 201 di mana dia telah melakukan raptai dan simulasi dunia di serang  oleh pendemik Covid 19.

Bill Gates menafikan Event 201 pernah berlaku. Saya pungut kata-kata Bill Gates dari rakaman BBC :  “Now here we are. We didn’t simulate this, we didn’t practice, so both the health policies and economic policies, we find ourselves in uncharted territory.”

Saya baru menimbulkan  perkara ini pada tahun 2022 kerana seperti saya nyatakan awal tadi saya tidak mahu menimbulkan keraguan terhadap langkah suntikan vaksin yang sedang dijalankan oleh  kerajaan.

Pada hemat saya jika saya bangkitkan  perkara Event 201  pada tahun 2020 saya akan dituduh anti-vaksin. Ini  tidak membawa apa-apa manafaat kepada saya dan juga kepada orang ramai.

Justeru satelah memahami Event 201 mari kita kembali  kepada konspirasi terbaru.  

Konspirasi ini berlaku di Davos Switzerland pada minggu akhir bulan  Mei 2022. Sekali lagi nama World Economic Forum (WEF) muncul. Ketika  raptai dan simulasi Event 201 dulu WEF telah bekerjasama dengan Yayasan Bill Gates. Kali  ini di Davos WEF adalah tuan rumah dan penganjur.

World Economic Forum  ini ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Professor Klaus Schwab yang kini menjadi  Pengarah WEF. Beribu pejabat di Cologny  Switzerland. WEF adalah badan antarabangsa yang ada hubungan rapat dengan kerajaan , syarikat swasta, sosok-sosok bilionair terkaya dalam dunia dan juga NGO.

WEF menjadi tuan rumah dan menganjurkan forum  untuk mengumpul pertemuan sosok yang pembuat  dasar politik dan dasar  ekonomi  dalam kerajaan dengan pemilik syarikat multinasional  yang membuat  dasar ekonomi dalam syarikat swasta dari seluruh dunia. Badan  NGO juga ada dijemput sama. 

Tujuan pertemuan dan forum perbincangan di Davos ini  bertujuan  untuk memastikan pandangan dan  dasar ekonomi, politik dan sosial yang diajukan dapat dibincangkan. Rumusan dari pertemuan WEF ini akan dijadikan dasar untuk diguna pakai oleh kerajaan dan swasta.

WEF menjalinkan hubungan erat antara kerajaan dengan pihak swasta.

Tahun 2021 ketika Virus Wuhan sedang  mengamuk WEF muncul dengan agenda Reset – atau  Set Semula.  Projek Set Semula ini akan mengubah suai semua yang kita tahu sekarang. 

Forum terakhir WEF di Davos  yang baru selesai   Mei 2022 lalu mahu meneruskan dengan  agenda Set Semula tahun 2021.
 
Salah satu agenda ‘gelap Set Semula’  yang dirumuskan ialah memberi takrifkan baru terhadap pendemik untuk WHO. Penyakit merebak dan membawa jumlah maut yang banyak akan ditakrif sengai pendemik.  

Kali ini WEF telah merumuskan kepada WHO bahawa pendemik hanya penyakit berjangkit yang berpotensi merebak.  Jumlah kematian tidak lagi diambil kira untuk memberi definisi apa itu pendemik.

Apakah ini satu konspirasi?  Pencerahan belum selesai lagi. Kita tunggu perkembangan seterusnya.an.  ( TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/388410











1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Conspiracy according to renowned Irish philosopher Henry Omagh is a mutually beneficial collusion between consultant + pirate which became universally known as conspiracy.