Isnin, 27 Jun 2022

PRU 15 TAHUN DEPAN



Kerajaan tak sah, patut sudah lama buat PRU15, kata bekas pengerusi SPR

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dilaksanakan segera bagi menggantikan kerajaan yang tidak mempunyai mandat untuk memerintah kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ab Rashid Ab Rahman.

Katanya kerajaan hari ini yang diketuai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dibentuk melalui muslihat politik dalam keadaan tidak stabil serta tidak demokratik walaupun sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

“Betul mereka kata ini kerajaan ‘pintu istana’ bukan kerajaan rakyat…betul di sisi Perlembangaan tapi ini bukan kerajaan yang dipilih.

“Kerajaan sekarang tidak sah dari segi demokrasi. Sepatutnya lama dah kita kena adakan pilihan raya umum,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kerajaan hari ini merupakan kerajaan ketiga yang dibentuk sejak pilihan raya umum lalu di mana mandat itu akan berakhir 15 Julai 2023. 

Kerajaan berdepan gesaan dari dalam Umno sendiri agar pemilihan diadakan segera namun Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno meminta mereka bersabar untuk memberi ruang kepada ekonomi negara pulih terlebih dahulu.

Sebelum ini Pakatan Harapan membentuk kerajaan ketika PRU14 selepas menewaskan Barisan Nasional pada Mei 2018 namun ia hanya bertahan 22 bulan susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan  Muhyiddin Yassin memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun PN hanya bertahan 17 bulan apabila pada Ogos 2021 Muhyiddin dipaksa meletakkan jawatan selepas sekumpulan Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan seterusnya majoriti ahli Dewan Rakyat bersetuju mengangkat Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Menurut Rashid selepas PH tumbang tiada kerajaan yang stabil sebaliknya kini politik negara terus bergolak dek wakil rakyat yang berebut jawatan dan suasana ini tidak elok untuk negara jika dibiar berterusan.

“Perlu ada kerajaan yang sah. Kerajaan sekarang ini tidak stabil hasil gabungan banyak parti dan kepala.

“Perdana menteri kena selalu main politik antara parti…dengan masalah semasa negara lagi, ekonomi kita teruk, pelabur lari,” katanya.

PRU15 mungkin selepas Mac 2023

Rashid berpendapat PRU15 sesuai diadakan suku pertama tahun depan setelah melihat keadaan semasa dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kesesuaian logistik memandangkan kebiasaannya proses pengundian dijalankan di sekolah dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi dijadualkan pada Mac depan.

Beliau yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berkata banyak masalah politik selepas PRU14 boleh diatasi jika kerajaan melaksanakan cadangan jawatankuasa itu.

Ini termasuk penetapan tarikh pembubaran Parlimen yang hingga kini menjadi isu dan kekal menjadi teka-teki dalam kalangan rakyat sedangkan ia merupakan cadangan ke-17 daripada 49 cadangan ERC kepada kerajaan dalam usaha menambah baik proses demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

ERC menghantar laporan kepada perdana menteri pada Ogos 2020 menyebut agar tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) diumumkan enam bulan sebelum tarikh sebenar.

Sementara itu Rashid turut mempersoalkan tentang keseriusan ahli politik untuk mewujudkan Akta Pendanaan Politik kerana katanya sekarang ini tidak kelihatan sesiapa pun yang benar-benar mahukan undang-undang itu dilaksanakan.

“Perkara pertama kena fikir jika kita nak laksanakan undang-undang ini ialah siapa nak audit? Saya tidak fikir ini akan dilaksanakan. Saya tidak fikir semua parti politik akan suka sebab mereka nak bebas.

“Tanya DAP, mereka tak nak. Umno tak nak dah. Kerajaan pun tak nak, samalah pembangkang pun. Nanti mereka akan cari alasan untuk tolak (Akta Pendanaan Politik),” katanya.

Beri SPR kuasa

Rashid berkata ERC turut mencadangkan penyelesaian kepada isu dana politik termasuk bidang kuasa untuk mengaudit.

“Jadi lihatlah cadangan kami, macam mana nak kawal,” katanya.

Dalam laporan ERC itu juga mencadangkan agar SPR diberikan kuasa untuk menguatkuasa bagi membolehkan isu berkait proses pilihan raya diselesaikan secepat mungkin di mana semua isu-isu itu kini ditangani agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menyebut soal cadangan agar SPR diberi kuasa mengendalikan pendaftaran parti politik yang kini dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Tugas utama SPR tentukan undang-undang di Parlimen dan pelaksanannya. SPR jadi pemerhati yang tanggungjawabnya terhadap parti politik.

“Kami mahu SPR diberi kuasa untuk pantau parti politik ini. Sekarang (SPR) tak ada kuasa, RoS yang pantau. (RoS) Tak ada kena mengena dengan pilihan raya.

“Ini pendapat saya, jika kita mahukan demokrasi yang kukuh di negara kita. Ini mesti dibuat,” katanya. – 27 Jun, 2022.

SUARA 

POLIS PENCEN 

BERI CADANGAN

KAH KAH KAH

BERI RAMALAN

PRU 15 TAHUN DEPAN

BERNAFAS  SABRI 114

AMIN

JANGAN LUPA

AHLI GEROMBOLAN

ADA SEJARAH JADI 

PENGERUSI SPR

AMIN

SPR KERJA MENIPU

JANGAN LUPA

KES DAKWAT

HITAM TAK LEKAT

AMIN

KES SPR MENIPU

UNDI POS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: