Sabtu, 14 September 2024

MENGAWAL INTERNET



Musk gelar kerajaan Australia 'fasis' kerana undang-undang salah maklumat

SYDNEY: Usahawan billionair, Elon Musk, menggelar kerajaan Australia sebagai 'fasis' susulan cadangan undang-undang untuk mengenakan denda terhadap syarikat media sosial yang gagal mencegah penyebaran maklumat palsu dalam talian.

Semalam, kerajaan Australia memberi amaran akan mendenda platform internet sehingga lima peratus daripada hasil global mereka jika gagal menghalang penyebaran maklumat salah dalam talian.

Undang-undang yang dicadangkan itu memerlukan platform teknologi menetapkan kod kelakuan untuk mengawal cara menghentikan penyebaran maklumat palsu berbahaya sebelum diluluskan oleh pengawal selia.

Pengawal selia akan menetapkan piawaiannya sendiri dan sekiranya platform gagal berbuat demikian, maka syarikat akan didenda kerana ketidakpatuhan.


Musk melihat dirinya sebagai pejuang kebebasan bersuara itu memberi respon kepada hantaran oleh seorang pengguna platform X yang mengaitkan laporan Reuters mengenai undang-undang maklumat palsu dengan perkataan 'fasis'.

Dalam perselisihan dengan kerajaan Australia sebelum ini, X pada April lalu membawa kes ke mahkamah untuk mencabar perintah pengawal selia siber supaya memadam beberapa hantaran mengenai kejadian tikaman seorang paderi di Sydney yang mendorong Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menggelar Musk sebagai 'jutawan sombong'.

Kritikan terbaru Musk terhadap usaha membanteras maklumat palsu mendapat kecaman daripada penggubal undang-undang Australia di mana Penolong Bendahari Stephen Jones menyifatkan komen Musk itu sebagai mengarut.

"Ia adalah mengenai kedaulatan dan sama ada kerajaan Australia atau mana-mana kerajaan di seluruh dunia, kami menegaskan hak kami untuk meluluskan undang-undang bagi memastikan keselamatan rakyat Australia.

"Platform media sosial tidak sepatutnya menyiarkan kandungan penipuan, bahan 'deepfake' dan siaran langsung keganasan atas nama kebebasan bersuara," kata Jones kepada televisyen ABC. - REUTERS

KERAJAAN

YANG ZALIM

TAKUT PADA

SUARA BEBAS

AMIN

KAWAL KONTROL

TUTUP SEMUA

TALIAN PORTAL

YANG BEBAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: