Sabtu, 14 September 2024

DULU SAYANG .... SEKARANG ?




 

Pertemuan Pengerusi Eksekutif GISB Holdings dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM Malaysia

PUTRAJAYA, 04.04.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan kepimpinan GISBH telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jabatan Perdana Menteri di sini 10.30 pagi semalam.

Ini adalah kunjungan hormat buat kali pertama kepimpinan GISBH ke atas YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri ke 10 oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov 2022 yang lalu.

Pertemuan penuh mesra dan ceria ini turut dihadiri oleh Datuk Baharuddin Ahmad, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman manakala Pengerusi Eksekutif GISBH pula diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim, tiga orang Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, dua orang kepimpinan Muslimah dan lima orang staf.

YAB PM mengatakan bahawa sejak kebelakangan ini beliau kerap bertemu dengan wakil-wakil GISBH di banyak tempat antaranya di Turki, Kemboja, Arab Saudi dan lain-lain.

Di pertemuan ini, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menonton video profil GISBH terkini dan mendengar taklimat perkembangan hala tuju syarikat masakini di dalam dan luar negara.

Beliau turut tertarik dengan misi Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah yang dibawa oleh YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif ke seluruh dunia dan memperkenalkan Islam dan negara Malaysia.

Datuk Baharuddin turut menyampaikan misi YAB PM untuk membantu orang Melayu Islam khususnya para usahawan agar lebih maju di dalam perniagaan sekaligus institusi zakat akan menjadi lebih kuat dan dapat berperanan dengan lebih berkesan di tengah masyarakat.

YAB Perdana Menteri berjanji akan membantu segala usaha GISBH atas nama ekonomi umat Islam kerana projek-projek yang dibentangkan bukan di peringkat perancangan tetapi sudah sedia berjalan dan perlu dikembangkan dan dibesarkan lagi.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderahati berupa hamper produk-produk keluaran GISBH oleh YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif kepada YAB PM dan sesi bergambar beramai-ramai.

Moga pertemuan ini menjadi titik tolak untuk diadakan pertemuan seterusnya dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dalam menjayakan projek-projek yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat khasnya seluruh umat Islam di Malaysia.

SATU MASA

DULU

KAH KAH KAH

TAU TAU AJELAH

WHATEVERISMA

AMIN

KAHLAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama2 lewat...asal boleh...